Sunday, April 8, 2018

Bullet Journals : Selamat datang April.


  • 1 April 2018 , Ahad : Alaaa…malas nak citerr 
Tidak sambut April Fool pon. Jangan mengade… Tapi harini saya akan kehilangan seorang housemate saya. Dia nak pindah rumah.  Harini kerja seperti biasa namun pulang bersama rakan saya.  Balik lambat cari hadiah untuk rakan saya tu. Pusing satu mall singgah kedai kek dan kedai buku bagai..last –last belikan dia dompet  dari kedai aksesori sahaja. Perempuan...
 
Kami tak kenal lama tapi saya selesa tinggal bersama dia. Namun setiap pertemuan mesti ada perpisahan kan. So reda je. Saya doakan dia happy di rumah baru.
  • 2 April 2018, Isnin : Oi esok Mid sem

Off-day dan hari pertama minggu peperiksaan mid sem. Yang paling mengganggu adalah kesedaran yang banyaknya assignment yang menghampiri due-datenya selepas mid sem ni. Harus terus mohon keberkatan masa dari Allah. Semoga masa yang singkat ni dicukupkan olehnya.  
  • 3 April 2018, Selasa : Butang Pah Hilang
   Pagi tu saya periksa. Paper English Occupational Purpose. Suruh buat essay formal letter. Pandang belakang member takda. Dia tak datang periksa?  …Rupanya terlajak tidur. Rasanya selepas ni perlu lebih ambil berat dengan  member2 nih. 

     Dalam perjalanan balik kerja…Henfon saya jatuh buat kali ke 14+. Rasa cam tenang jer memula tapi pastu jadik susah hati pasal butang “back” ,” Home” button da tak boleh pakai da. Mujur ada apps “ Assistive Touch”. Kembali mengusai henfon tu.  Insiden ni buat saya terpikir camana la hidup tanpa henfon? Teringat pondok telefon awam kat sekolah lama saya .  Punya panjang beratur nak pakai.

     Harini juga ada satu discovery oleh ahli keluarga kami mengenai bakat terpendam datuk kami. Dia boleh berlakon ….

  • 4 April 2018, Rabu : Model oh model 
Ini sebenarnya model untuk subjek risk management. Keretapi la kunun. Seharian suntuk juga la menghadap menda ni.  Pastu feeling-feeling budak architecture jap.  Rasa nasib baek  tak tukar bidang dulu walaupun saya  ni kipas-susah-mati  (baca: die-hard- fan) Mat Luthfi.

  •   5 April 2018, Khamis : Panah hati akak ke dik ? 
Ikut kawan pergi tengok anak murid dia gi pertandingan memanah. Dah mula la feeling-feeling balik.  Berangan jadi seorang pemanah berkuda macam zaman Rasulullah dulu. Fuhhh….aku bayang la mesti cool gila kalau aku jadi salah seorang pemanah dalam perang umat islam dulu.  

  • 6 April 2018, Jumaat : Usrah diary 
Puasa ganti. Bangun awal arini. Berusaha jugakla nak buat assignment. Berbuka puasa bersama usrah mate yang tidak puasa. Kembali ke era liqo makan2. Di akhirnya kami berbincang mengenai Surah An Naml, Nabi Sulaiman dan politik memandangkan esok hari cabinet bubar.


  • 7 April 2018, Sabtu : Memilih yang mana?
Maka bubarlah cabinet pada harini. Harus memilih parti mana? Kita tengok nanti..yang penting jangan nak berlagak pandai masuk group pengundi rosak. Terokz hang kena tanya dengan Allah nanti.



Yang Benar, 


Voters-Susah-Mati