Friday, January 29, 2016

Technical side of Surah Abasa

Pengisian  ni diberi oleh seorang ikhwah, yang mana aku pon da tak ingat sangat nama dia apa. (huhu)

Latar belakang ayat ni as everyone know is, mase tuh Rasulullah s.a.w tengah berdakwah dengan para pembesar, time nih datanglah sahabat bernama Abdullah bin Ummi Makhtum macam nak tanya something kat Rasulullah. Rasulullah s.a.w  rasa terganggu. Lalu melalui surah Abasa ni Allah menegur Rasulullah s.a.w sekaligus membetulkan cara pandang baginda masa tuh. Betapa bestnyer hidup zaman Rasulullah ni salah satunya adalah sebab time tu tarbiyyah time ni memang macam dapat direct dari langit. Contohnya, sesuatu ayat al quran tu memang turun sesuai dengan peristiwa yang sedang berlaku dan teguran tu macam personally datang dari Allah…so “feel” Rasulullah s.a.w dan sahabat time tuh memang deep sangat tau…

Kita kalau nak ada feeling dengan Al quran nih kene build hubungan personal dengan Allah tuh. Salah satunya  adalah dengan cara banyakkan mengadu pada Allah. Allah berfirman dalam surah Al Mujadilah ayat 1,

“ Sesungguhnya ALLAH telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang  bersoal jawab denganmu ( wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada ALLAH (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang  Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi maha Maha Melihat “

Highlight utama ayat ni sebenarnya adalah betapa  besarnya  dan penting nya kita untuk mengadu kepada Allah. Dalam surah al fatihah yang kita ulang dalam setiap rakaat solat tupon ade ayat yang bermaksud,

“Hanya padaMu lah aku bersujud dan memohon segala hajat.”  -Ayat 5 Al Fatihah.
 Besar kan sebenarnya  perbuatan  “mengadu” pada Allah tuh?


Berbalik pada latar belakang surah abasa ni, . Abdullah bin Ummi Makhtum ni seorang yang buta. Sebab time tuh Rasullulah tengah nak dakwah kat pembesar, dia rasa terganggu dengan Abdullah ni. Kenapa? Pertama Rasulullah ni orangnya sangat berstrategi dan bercita-cita tinggi. Dia ni ada impian yang besar agar dakwah islam ni tersebar dengan lebih meluas salah satunya melalui orang2 yang berpengaruh macam pembesar2 nih. Kerana itu Rasulullah ni berusaha sangat mendakwahkan mereka. Dalam surah Al Aaraf ayat 103 juga ada menceritakan bahawa orang pertama yang Nabi Musa dakwahkan  (maduu’) adalah Firaun dan ketua-ketua kaumnya. Kenapa? Sebab dakwah ni sebenarnya adalah sampai satu tahap untuk menghasilkan perubahan. Bukan sekadar melepaskan tanggungjwab jer.  Seorang pemimpin tu memang sepatutnya ade target yang besar.  So apa yang Rasulullah rasa mase tuh memang betul dan kita boleh faham kan kenapa Rasulullah buat macam tuh...  Tapi, Allah ingin membetulkan lagi cara pandang Rasulullah ni sekaligus menjadi pengajaran yang sangat bermakna untuk para daie yang mentadabbur ayat ni. Dalam ayat ni kita boleh bahagikan subjek dakwah kita ni ke beberapa  grup dan sub-grup.



Pembahagian group2 ni sebenarnya adalah salah satu strategi supaya seorang daie tuh dapat allocate masa, tenaga dan semua resources yang kita dengan betul. Nak detect orang yang Anasir Taghyir ( agen pengubah) ni sendiri pon dah susah sebenarnya  sebab takde kriteria spesifik dan tak semestinya pemimpin. Just one thing, AT ni commonly adalah someone yang influence dia besar dalam masyarakat. Contohnya macam Ummar Al Khattab, Abu Jahal. Rasulullah sampai berdoa supaya antara dua orang ni seorang akan  masuk islam. Ummar ni boleh dikatakan dalam golongan AT yang Ghayru tuh sebab memang susah nak dapatkan dia tapi dalam masa yang sama bila dia dapat islam dan masuk islam tuh dia jadi someone yang sangat hebat.  Inilah golongan yang Rasulullah try dakwahkan time tuh.

.Tetapi dalam surah Abasa ni ALLAH mengajarkan Nabi Muhammad agar mendahulukan golongan 1 dan 2 itu dahulu. Bagi priority kat orang yang nak islam ni dulu. Sebabnya inilah golongan yang mencari islam tuh dan dapat menerima islam tuh dengan lebih mudah. Selain tuh, kita boleh guna graph distribution ni untuk bagi jawapan….

Bak kate inche ikhwah tu, orang genius dalam dunia ni tak ramai dan susah nak detect...sebab distribution orang biasa yang ramai tula salah satu sebab jugak kenapa Amatunnas yang mahu jatuh no 2 ..

Dalam dakwah ni manusia memang akan sentiasa diuji kerana itu ia perlu berstrategi.

“ Kebatilan yang terancang akan dapat mengalahkan kebenaran yang tidak terancang. “

Fuh…tarik nafas dalam2 dulu…kita sambung…

Problem dakwah kita adalah kita nak target seluruh lapisan masyarakat macam yang Rasulullah buat tapi kita masih tidak punya kapasiti daie yang cukup untuk cater semua orang.
Lalu strategi ini bukanlah untuk memilih2 siapa yang harus kita dakwahkan tapi untuk menyusun kembali  tenaga dan masa yang kita ada mengikut keperluan.

Kalau korang belajar ekonomi korang akan belajar first skali “ law of demand” . Graph ni dalam bentuk inversely proportional  dan boleh diinterpretasikan sebagai panduan untuk kita cater maduu nih..


Jadi apa2 yang daie perlu buat?
1.      Buat list. Senaraikan nama2 orang yang korang nak dakwahkan .
2.      Kenalpasti  mereka ni adalah golongan 1, 2 ,3 atau 4
3.      Boleh susun diorang kat graph diatas dan allocate kan masa dan tenaga yang betul untuk semua golongan kawan tuh.

*   *    Nota kaki

Dulu sebenarnya aku pernah belajar benda yang lebih kurang sama dengan benda ni dalam perniagaan MLM. Guidline aku buat senarai kawan ni pun dulu senang jer….first, senaraikan rakan hati, yakni orang yang kita sayang dan rapat dengan kita, second rakan suam2 kuku orang yang kita jumpa sekali sekala dan orang awam.  Orang Awam ni bak kate leader aku dulu orang yang kau orang jumpa no. telefon dia kat tandas awam tuh..kihkih… 

  Dalam daurah syahadatul haq pon ade ajar sebenarnya cane nak listkan orang which is A, B dan C.  Cara berdakwah ade banyak dan cara kita approach orang2 yang kita sayang macam family pon lain2 kan. Event kita da blajar untuk mendakwahkan  golongan  ATN  seperti  yg diatas , kita boleh simplify lagi  golongan tu macam diagram yg diajar dalam Shahadatul Haq dibwah. At the same time jangan lupa plak berdakwah kat orang yang korang sayang.  Allah berfirman dalam surah At Tahrim, ayat 6 :  

“ Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.  “  [66:6] 



Seingat aku la ini la poin SH, tapi serius kalau salah tolong betulkan ae..

Muslim commited: muslim yang dah setel aurat, solat, puasa, dan ibadah wajib lain tapi tiada kesedaran untuk berdakwah. Kita dahulukan sebab golongan ni lebih mudah diajak dan lebih senang nak didakwah sebab diorang memang suka benda baik
Muslim Biasa: Muslim yang memilih-milih melakukan islam dan tiada kesedaran untuk berdakwah. Usaha dan kapasiti yang lebih besar diperlukan untuk mendakwahkan mereka ni.
Musyarakat Awam: adalah golongan selain 2 golongan yang diatas termasuklah non-muslim. Last target sebab selalunya golongan ni lagi susah. Tapi kalau diorang memang mencari islam tu, kita kena la dahulukan jugak dari orang yang taknak


Pendekatan hati/ emosi jugak bermula dari urutan dimana yang lebih senang dan mahu didahulukan iaitu seperti gambar rajah diatas. 

Fuh, panjang tak panjang post nih....korang kira power la sebenarnya kalau korang boleh hadam ayat aku dari atas sampai bawah..haha...lagi power sebenarnya kalau korang boleh fuse-kan semua cara nak menyenaraikan orang yang aku cerita panjang lebar kat atas.

Disklemer: Maybe post kali ni kelihatan sangat teknikal, huhu…saper yg follow sampai habis ni memang  terbaek...harap korang boleh dapat manfaatnya.... Post ni maybe tak masuk jugak pada orang-orang yg  tak ikut usrah dan tidak mahu membawa usrah. Just for the notes and reminder for me and uolls , other  side of surah Abasa yang sebenarnya mengajarkan kita sesuatu.  (kenyit mate)

Wallahualam,,