Berlatarbelakangkan suasana sebuah daerah yang kelihatan damai, babak ini dimulakan dengan pengenalan protognisnya, seorang gadis muda yang lurus.
Gadis itu satu dalam seribu. Kita mungkin masih boleh bertahan dengan babak dia memulangkan syiling 10 yen kepada pejabat polis, namun bolehkah kita terima dengan akal apabila gadis ini hampir tertipu dengan panggilan hangit yang mengatakan adiknya dalam bahaya? Sedangkan dia sendiri anak tunggal. Pause. Babak itu buat saya terguling kejap.
Namun setelah berfikir sebentar, watak Nao(protognis lurus) dalam cerita ini sebenarnya bukan watak biasa. Dia adalah watak parodi yang dijelmakan untuk memerli kita sebenarnya. Anda tahu parodi?
Lumrahnya manusia, kadangkala bersifat skeptik , mementingkan diri dan memandang rendah kepada orang lain. Kadangkala kita menipu untuk kepentingan diri dan menindas orang lain. Namun kita mengharapkan ada manusia yang memandang tinggi dengan kita, mementingkan kita dan mempercayai apa yang kita kata. Kita marah jika ada yang bersangka buruk dan mengumpat kita, namun adakah kita semua tidak pernah melakukan perkara yang sama?
Bolehkah kita hidup di zaman millenium ini tanpa mementingkan diri, jujur dan hanya bersangka baik dengan orang lain? Bukankah semua itu sifat terpuji?...adeke manusia yang hidup tanpa menipu. Maka dari itu watak Nao dicipta. Gadis lurus-selurus-lurus dan lurus lagi.
Drama ni bukan bergenre cinta jadi watak heronya yang kacak bernama Akiyama dicipta lebih realistik walaupun kebijaksanaannya masih sukar untuk dipercaya. Si genius yang sinis ini menggunakan kepala otaknya untuk membalas dendam dan akhirnya kepenjara. Namun dia bukan ke penjara untuk menyesali dosanya bahkan sekadar menerima hukumannya kerana baginya jenayah tetap jenayah.
Berhasrat untuk tutup buku dan move on dari masa lalunya selepas keluar penjara ternyata ia perkara yang sukar setelah dirinya terlibat pula dengan si protognis, Heroin kita yang lurus tadi. Lebih2 lagi apabila satu rahsia tersingkap di mana pembalasannya dulu sebenarnya belum selesai lagi.
Maka di sini jalan cerita liar game bermula. Harus diingat watak utamanya yang sebenar adalah si lurus bukan si genius. Tipikal drama watak utamanya akan menang, tapi boleh kah gadis naif ini menaklukkan permainan para penipu itu dengan kejujurannya.
Cerita ini menunjukkan nilai sebenar sikap jujur, dimana ia tidak harus diamalkan dengan membuta tuli tapi jika anda benar2 seorang yang jujur sekalipun membuta tuli ia akan mengesankan orang lain dengan ke ikhlasan anda.
Tidak mengapa sekiranya anda tidak pandai atau dalam bahasa kasarnya anda seorang yg bodoh, buta atau tuli menilai tapi keikhlasan anda akan memenangkan pihak yang benar. Akan tetapi harus diingat, sikap lurus yang membuta tuli akan membawa padah. Ia bukan soal salah atau tidak untuk terus jujur tapi Allah mengurniakan akal untuk manusia berfikir. Jadi mesej cerita ini adalah keikhlasan itu tidak perlu diterjemahkan dengan kata2, namun ia adalah perbuatan kita yang sanggup mengorbankan kepentingan diri demi kebaikan orang lain. Hebatnya mesej cerita ini disampaikan dengan bersahaja sahaja.
No comments:
Post a Comment