2 0ktober 2009, di sebuah SMK,
Tingkatan 3
“ Kalau dah siap susun meja kamu
semua boleh berehat. “ ujar cikgu . Itulah arahan yang aku tunggu-tunggu.
Hari ni kami takda kelas sebab kena kemas dewan. Minggu depan nak pergi
berperang kat situ. Periksa besar maa.. PMR.
Dewan yang sebelum ini lapang dan
luas kini sudah tersusun kemas dengan meja dan kerusi. Lajur dan barisnya
diperiksa kemas agar jaraknya sama supaya peperiksaan boleh berlaku dengan aman
dan adil. Kata cikgu begitulah. Jaraknya sudah dipastikan agar tiada pelajar
yang mampu meniru. Siap tanda guna tape putih lagi agar meja itu tetap berada
di posisi asalnya. Lantai dewan itu juga sudah kelihatan bersih dari biasa. Sehelai
rambut pun tidak dibenarkan bersemayam diatas lantai keramat itu. Cermin
tingkap juga sudah dilap bersih-bersih. Sekaligus buat aku dah boleh rasa aura
PMR di situ.
Dewan yang biasanya buruk dan berhabuk itu tiba-tiba buat aku
seram sejuk pula. Fuh, baik aku keluar.
Hari itu hari Jumaat, Isninnya kami
akan periksa besar. Macam tak percaya sekejap sahaja masa berlalu. Macam baru
semalam kami habis orientasi lepas masuk sekolah itu. Aku punya seram sejuk dan eksaited sampai
sudah terbayang-bayang, hari isnin nanti tah macam mana nak jawab periksa. Bila
teringat balik komik lawak kampus yang aku pernah baca, aku gelak sorang-sorang.
Mana tahu haritu aku jadi sewel macam Vanessa , Bepop, atau Si Kosong ikut
trick bodo diorang meniru. Haha. Merepek
apalah aku siang buta nih.
Suasana dekat nak PMR kat sekolah
ni macam leisure sahaja. Budak form 3 dah takde kelas bersepah pergi sini sana.
Tengah solat hajat atau studi grup agaknya. Teori tu buat aku ketawa lagi.
Budak sheikh Ahmad dan belajar time cikgu takde…itu namanya non-equivalent
equation. Lagi batch kitorang. Kalau tak sedang tawaf satu sekolah, barangkali
sedang mengukir memori di sini-sana. Maklumlah lepas ni mungkin dah tak jumpa.
Aku lain la. Haha. Sivik aku tinggi
jadi kejap lagi aku akan turun bengkel untuk hadam nama-nama keluarga mesin.
Perempuan belajar Kemahiran Teknikal macamtula. Mesin tu makhluk asing dalam
hidup dia, perlu masa nak jatuh cinta , dah dah isnin ni pula paper dia.
Harini disamping hari menelaah mesin
sebenarnya hari istimewa bagi aku. Jumaat pagi ini lain macam syahdunya sebab
hari ni hari aku lahir ke dunia. Sebab sebenar aku termotivasi pagi ini
lebih-lebih lagi untuk optimis belajar pasal mesin adalah kerana aku menerima
ucapan selamat hari jadi dari kawan-kawanku. Aku gembira kerana hari istimewa
hari ini, tiada kelas yang menjadikan hariku bosan seperti biasa. Aku tidak
berharap semua orang yang aku kenal wish burfday aku…Cuma si dia…jeng…jeng..jeng…pulok
dah.
Sapa takda crush masa zaman
sekolah. Aku ada, Siap tersenarai nama dia dalam doaku saban solat dhuha. Tapi
aku fine dengan fakta aku sorang jer suka dia. Dia tak payah suka aku la pendek
kata tapi aku harap dia wish burfday aku. Pulak. Tula, budak sekolah patutnya
tak elok baca shoujo manga.
Aku benam terus harapan tu sebab
taknak kecewa. Orang lain tengah sibuk risau PMR takkan aku tak nak risau sama.
Jadi dengan bismillah aku bukak langkah pertama. Ke bilik Kemahiran Hidup.
Tempat makhluk asing tu.
Walaupun rabun aku tahap kena pakai kanta pembesar, aku
tolak pakai spek mata di tempat awam sebab taknak tudung aku kembang. Tak lawa dan macam orang tua aku rasa... Tak kisahla, bukankah
yang penting aku belum buta nak nampak jalan pergi sana?
Tengah on the way tu,
aku nampak samar dua spesies manusia. Sorang mamat yang tengah pacak
rambut dia kat kereta dan sorang mamat pakai songkok hitam dengan kemeja
panjang yang dilipat tangannya. Rabun-rabun pun aku boleh agak salah seorang tu
adalah crush aku. Korang cuba teka yang mana satu.
Mesti korang rasa mamat songkok tu kan. Plot twist. Crush
aku mamat yang tengah pacak rambut dia bercermin kat tinted kereta tuh. Macam
mana aku boleh tersuka tanpa sengaja dia ni aku cerita lain kali la. Pengenalan
sikit mamat ni, macam dalam manga shoujo tu, agak keartisan dan popular di sekolah aku. Oh ya,
satu fakta lagi aku bukan orang asing untuk dia. Dia kenal aku.
Nak lari macam takde motif, nampak sangat nanti aku ni macam
ada feeling kat dia. Jadi dengan langkah yang yakin aku maju ke depan. Satu
persatu dengan beraninya aku berdepan dengan perasaan aku. Buat biasa saja,
sampailah kitorang selisih. Fuh , dah lepas aku urut dada,..tiba-tiba…
“ AKAK SELAMAT HARI JADI!!!..” Sebulat suara budak-budak
junior menyergah aku dari tingkat satu bangunan sains depan aku itu. Padu suara
diorang sampai tak terkata aku. Of All time yang korang boleh wish…
Diorang sengih, aku pula da ada tanda seru belakang kepala
aku.
“Pah..”
Itu nama yang dia selalu panggil aku. Berat kepala pon aku toleh
juga sikit kat dia. Malu-malu . Dia pula panah senyuman dan lambaian kat aku.
“ Happy birthday..”
Sebaris ayat itu buat aku
menulis panjang dalam diari aku. Wo-hen-khai-sing.
7 tahun berlalu,
Malam 2 Oktober 2016 , 1 Muharram
Aku tersenyum mengingati kenangan itu. Betapa mudanya aku
pada masa itu. Penat balik kerja tadi terasa hilang sebentar mengingatkan
betapa istimewanya tahun ini kerana hari jadiku jatuh pada tahun baru. Maknanya
setiap hari yang berlalu lepas ini aku patutnya lebih ingat akan pertambahan usiaku.
Baju kemeja putih yang tergantung di birai katil aku jeling
dan pastikan agar tidak perlu digosok lagi pagi nanti. Aku ambil syif pagi agar petangnya aku
dapat berbulatan gembira dengan ahli usrahku. Malamnya pula perlu aku perlu
pastikan homework kuliahku setel.
Syukurnya aku masih hidup tahun ini. Meskipun hidupku
bertambah sibuk, aku selalu merasakan Allah sedang menarikku untuk lebih dekat
pada Dia.
Hari ini dia datang dalam kenang-kenanganku.
Ada bertanya
apakah aku masih ingat dan mengharapkan dia.
Aku tersenyum.
Kadang-kadang teringat juga tapi
aku dah pencen dari mencari putera raja. Bukan dia atau mana-mana lelaki.
Aku sedar tugas aku
sekarang bukan lagi mengejar seorang lelaki tetapi syurga. Syurga yang lebih
susah untuk dimiliki tapi tidak mustahil jika Allah redha
Apa yang aku harapkan pada hari jadiku tahun ini?
Bukan wish dari sesiapa…ataupun kek dan hadiah sesiapa…
Cuma Allah.
Memberiku sesuatu yang istimewa.
Hanya Dia.
(^_^)
InsyaAllah