Thursday, January 9, 2014

cerpen: scene yang paling style saya bayangkan dalam istikharah saya...

 gadis itu berlari dan terus berlari, Danish mengejarnya dari belakang.

" tunggu!!" suara lelaki itu meninggi tetapi gadis itu terus berlari. Sesekali dia memandang ke belakang kearah lelaki itu. Entah kenapa dia tiak mahu berhenti berlari.

 Suasana disitu tidak lengang..penuh dengan manusia walaupun tidak sesak. Dengan pelbagai  ragam. Ada yang membeli tiket, ada yang beratur, ada yg lalu lalang ada yang duduk, berdiri, bersembang,mudar madir dan banyak lagi kerenah mereka...

afifi terus berlari kearah entrance ambil menghulurkan tiket berwarna hijau..terus dia membelok kekanan menuruni satu platform disitu..danish terhenti di entrance..teragak-agak dia merenung ke pegawai tiket yg meminta tiketnya...akhirenya dia lepas..segera ia membuntuti langkah gadis itu turun di platform yg sama...

Langkah Afifi mati sebaik sahaja menuruni tangga...seorang lelaki yang amat dikenalinya berdiri tak jauh depan sambil menggandar gitar, berkacamata hitam...perlahan dia menapak....mendekat untuk memerhati lebih dekat lelaki itu...

lelaki itu menoleh. pandangan mereka bersatu. alam masa yang sama Danish sudahpun berdiri di belakangnya.

masa seakan terhenti.

..Syed....terlepas nama itu di bibirku...kalau dulu maybe sekarang nih aku akan menangis rindu dan lagu "Kembali Pulang" nyanyian Kangen band itu  akan berkumandang di atmosfera sekekelilingku...namun sekarang tidak lagi....aku ada satu misi yang lebih penting yang aku fikirkan selain daripada bercinta jer...Danish yg pernah aku terjatuh cinta juga aku x pedulikan....

Aku mahu bebas..bebas...daripada sangkar ciptaanku sendiri...hidupku yg penuh angan2 dan bebanan jahiliah yg aku tidak tinggalkan...kali ni aku nekad...teman sekerja yang baik , Danish dan si penyanyi cinta pertamaku, Syed...dua2 sudah tidak bermakna lagi bila aku mengetahui hakikat cinta yang sebenarnya...Allah...

kini aku berdiri antara mereka, si penyanyi menanggalkan spek hitamnya, sambil tersenyum tangannya dihulur mahu menggapai aku, sementara Danish perlahan menapak dengan mata yg penuh pengharapan....aku jadi goyah saat itu...

keretapi pon sampai...

keretaapi yg aku tunggu sampai...segera pintu automatiknya terbuka seolah menjemputku kedalam...ku lihat beberapa sahabatku, Siti, Kak Jannah, Kak Najwa , Kak Wawa, Fatimah semua sudah berada disitu...aku ingin melngkah menyertai mereka tapi kakiku seolah terkunci di situ...hamper menangis aku...butang amaran sudah berbunyi menandakan kereta api itu akan bergerak kembali...sahabat2 ku memandang sedih....

aku menangis semahunya...Allah,,aku mahu menyertai mereka....ke syurga bersama...jerit hatiku....aku benar2 sudah tidak kisah lagi tentang dua..bahkan semua lelaki dan nikmat dunia yg aku kecapi dulu...aku mahu masuk gerabak itu...aku tidak mahu tertinggal....

aku menangis terisak-isak...ketika pintu gerabak hamper ditutup, satu tangan menggapaiku...aku tertarik masuk....dan selepas itu pintu terus tertutup dan keretapi mula bergerak semula...

Aku rasa sangat berterima kasih kepda pemilik tangan itu. serentak aku mendongak...si pemilik tangan tersenyum manis padaku...kaget...dia seorang lelaki...tanganku ku rentap kembali dari pegangannnya....

kau siapa? ujarku..

aku "wildan"mu...dia tersenyum penuh makna....


TAMAT.

Di sebalik cerita.

Gerabak keretapi yg aku nak naik itu adalah gerabak tarbiyah menuju reda Allah.

Wildan adalah bakal suamiku didunia dan akhirat. Yang bakal membimbing dan menyelamatkan aku dari jahiliahku.

Danish dan Syed keduanya jahiliahku yg amat mempesonakn. Danish melambangkan cintaku terhadap kerjaya sehingga ia menjadi jahiliahku...Syed adalh simbolik cintaku pada lelaki, keglamouran dan benda2 lagha....kerana keduanya masih aku sayangkan lalu hadirlah mereka
 menjadi jahiliahku yang kemudian memeberatkan dan melambatkan diriku dalam perjuangan islam....

No comments:

Post a Comment