Tuesday, October 6, 2015

Bersyukur, menggapai lebih tinggi!!

Bismillahirrahmanirrahim....
(Istighfar 3X) 


credit: Alhamdulillah.


Selama 21 tahun  aku  hidup  di dunia ni,  baru aku sedar yang selama ini aku salah dalam mendefinisi syukur.  

Syukuri  apa yang ada , 
Hidup adalah anugerah,           
Tetap jalani hidup ini,
 Melakukan yang terbaik…

D’masiv melantunkan bait-bait  lagu ini dengan indah sekali. Syukur yang aku fahami selama ini adalah merasa cukup dengan apa yang ada. Menerima segalanya dengan reda sekaligus berpuas  hati seadanya. Tidak mengharapkan lebih dari itu. Tidak berhajat pada apa-apa lagi. Bak kata pemerintah di negara aku,  duduk dan bersyukurlah dengan apa yang ada. (Dengan erti kata lain, mengharapkan yang lebih baik daripada  itu adalah tidak bersyukur. Choyyy!!) haha... itulah...
Namun, kontras dengan pemahaman aku yg kurang cerah ni, Allah berfirman :


Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".  
  Surah Ibrahim: 7


Renungkan pemahaman yang terbalik daripada ayat ini. Contoh kalaulah orang tanya :
“ Macamana caranya  agar Allah tambahkan nikmatnya kepada kita?”

[tekan butang merah]                                                                                         
 jawapannya:   bersyukur!!

Ha!! Maksudnya, orang yang paling bersyukur dalam alam semesta ni adalah orang yang paling ghairah menggapai lebih tinggi. Yang paling mengharapkan agar Allah menambahkan nikmat padanya. Bukanlah orang yang berpuas hati. Malahan orang yang paling menghayati syukurnya , adalah orang yang paling merasa dirinya memerlukan Allah, menghajatkan nikmat-nikmatNya, lebih lagi dan lagi dan lagi dan lagi…

Merasa cukup apa adanya, hidup sederhana tanpa meminta lebih lagi, hidup bahagia selamanya. Happy Ending. Fullsetop. Itu konsep bahagia yang aku fahami. Tapi nampaknya itu bukanlah konsep bahagia melainkan itu adalah definisi  “ kepuasan”. Kadang2 aku wander jugak, adakah mungkin satu hari nanti aku tidak akan berhajat pada apa-apa lagi. Sebab lebih 20 tahun aku hidup hajat aku tk pernah berhenti..huhu,,,

Wahai sahabatku sekalian,

Aku tidak rasa “ loneranger” dalam permasalahan ini. Pak cik Salim A Fillah telah menerangkan pada ku tentang hal ini lalu aku terpanggil untuk berkongsi.
Konsep bahagia bagi seorang mukmin bukanlah pada kepuasan, tapi kepada rasa syukur kepada Allah Subhanahu Wataala. Dan syukur  ini  haruslah  dimanifestasikan. Ini formulanya:

[ Nikmat ] -->  [syukur] -->  [Nikmat berganda]2
Cth: [ harta ] --> [sedekah]  --> [harta berganda] 2 --> [sedekah berganda]2 --> ...

Dan seterusnya…orang yang paling bersyukur adalah orang yang terus meneruskan kitaran ini sehingga maut menjemputnya . Bersyukur mengajarkan kita untuk tidak berpuas hati dalam meminta  pada ilahi. Pasal itu Rasulullah s.a.w mengajar kita, “ Kalau meminta syurga mintalah Firdaus yang paling tinggi!!” Wah!!! Hebaattt….jadilah kita manusia bersyukur, sahutlah seruan Nabi.

Lalu apa pula maksudnya qana’ah?

Qana’ah adalah perasaan sedar akan  kedudukan: siapa Allah dan siapa kita ketika menerima kurniaanNya. Qana'ah ini adalah perasaan yang menuntun kita untuk bersyukur.  Saat kita terima anugerah Allah kita qana'ah, terima dengan penerimaan yang baik, hati yang terbuka, kitaa hargai sebaik-baiknya, dengn segenap hati yang menumbuhkan rasa cinta . Sesudah itu , kita bersyukur, kita mahu lagi dan lagi. Dan bila terima nikmat lagi kite qana'ah lagi…lepas tu kita bersyukur secara lebih dahsyat dan begitulah kitarannya..

Terjebak pada kepuasan hingga tiada ghairah untuk menggapai yang lebih tinggi adalah perangkap yang sangat bahaya. Maka  BERSYUKUR bukanlah BERPUAS. Syukur adalah menggerakkan segenap nikmat yang Allah kurniakan untuk melompat lebih tinggi. Yang berharta, jangan berpuas dengan sedekahnya. Yang berilmu jangan berpuas dengan amal dan dakwahnya. Yang bernafas, jangan sekadar puas hati  sekadar berbaring dan duduk. Bangkitlah. Dan Berlarilah…  



No comments:

Post a Comment