Monday, March 7, 2016

Bila rakyat memerhati deklarasi.

Bismillahirrahmanirrahim.

* Pos ini berani ditulis sebagai reminder 2016 yang penuh makna. Juga kerana saya hampir tiada pon follower. Saya tidak pernah berniat memburukkan nama sesiapa atau menyalahkan sesiapa.






Saya menulis pos ini setelah puas berjalan menjelajahi alam maya dan masuk ke muka buku banyak penulis indie yang inspiring dan banyak follower.

Bermula dengan scroll down profile Syed Sadiq yang hebat berdebat, sehinggalah masuk ke page Benz Ali yang agak sinis dan skeptik namun bicaranya penuh isi. Isu sangat hangat belakangan ini sudaH tentulah tentang deklarasi yang disain oleh bekas PM and the gang, Pakatan Pembangkang dan Parti baru timbul iaitu Parti Amanah Rakyat.

Persamaan antara Syed Sadiq dan Benz Ali, kedua-dua mereka orang bijak, dan despise kezaliman yang terzahir pada era pemerintahan Pak Ajib dan Co. masa kini. Namun mereka berbeza dari sudut inisiatif yang diambil untuk menangani masalah ini.

Syed Sadiq menyokong deklarasi. Dia sendiri adalah antara wakil anak muda yang menyain deklarasi itu dengan lantang menyuarakan pendapatnya dengan hujah-hujah yang bernas. He deserve a respect sebab semua hujah dia adalah hujah yang padu dan berisi. 

Di suatu sudut pula Benz Ali pula sangat jengkel dengan deklarasi itu lantas menyifatkan itu deklarasi Mahathir semata. Dia berpendapat masalah takkan selesai pun dengan hanya menyain. Hujah dia bernas juga. Dia bukan jenis lalang yang tak sokong memana sebab tak ambil tahu. He deserve a respect too..

Dan kita sebagai rakyat biasa yang tak mampu berfikir seperti mereka ini sekurang-kurangnya harus cakna serba sedikit tentang isu-semasa. Ignorant lah yang paling banyak menyumbang kepada perpecahan ummah bilamana kita hanya memilih one-stand dan menyalahkan pendapat orang lain.

Allah mewujudkan orang-orang yang bijak begini untuk mengajak kita lebih berfikir mencari solusi yang terbaik selain menge LIKE dan SHARE di status FB memasing.

Kita ketandusan pemikir dan kita juga ketandusan penggerak. Jangan sekadar mennggu fatwa dari daie indie seperti Inche Gabbana, Mat Luthfi dan lain-lain baru nak bergerak. Diam mereka bukan bermaksud mereka tidak peduli. Mereka ni daie yang sudahpun bergerak pada masyarakat dan barangkali sedang struggle juga memikirkan cara yang betul untuk menasihati dan membaiki negara kita ini.  

Yalah, bila kita masih melihat terlalu banyak jemaah yang berbeza pendapat, masakan mereka mahu menambah satu lagi saf perpecahan ummah.

Sikap tunggu dan lihat kita membuktikan kita ni sudah terlalu gemok dan hanya mahu disuap sahaja.

Masaalah ini sepatutnya menjadi catalyst untuk bangun dari tidur yang lena. Bangkit menggapai cita-cita yang mampu mengubah dunia bukan sibuk hapdet status FB sokong jemaah sapa ja.

Tidakkah kita belajar dari ahli politik yang dulunya bagai orang gila bergaduh di parlimen, yang di media saling mengutuk antara satu sama lain kini berjabat mesra menyambung deklarasi. Tidakkah anda sebagai penyokong fanatik dulu rasa terhina. Sia sia saja demonstrasi jalanan yang dibuat, dakwah kedai kopi dibuat untuk memenangkan parti memasing dulu. Sia-sia . 

Sejujurnya setelah memerhati deklarasi ini dan pendapat wira-wira FB ini saya juga tidak mahu menyokong sapa. Hujah kedua-duanya ada benarnya. 

Saya akhirnya membuat resolusi untuk lebih keras berusaha dalam dakwah , tarbiyyah dan cita-cita saya. Hanya dengan tertegak hukum dan kalimat Allah semua masalah akan setel. Satu hari jika saya tidak dapat mengubah dunia sekalipun, saya mahu menjadi batu batanya,

Dan akhirnya saya mengerti mengapa ada antara daie' yang saya kagumi tidak menyentuh pun bab POLITIK ini.

Ya ianya penting , namun ada masalah akar lebih besar yang perlu diselesaikan.

MASALAH  UNTUK  APA PERJUANGAN  ITU  SENDIRI...

Jika bukan kerana Allah, lupakan...

#monologtengahmalam





Hikayat story-teller.

Bagaimana saya jadi sang story-teller (heroin 2 oktober)




.....sebab BANGAU.

Saya adalah seorang yang introvert sebenarnyer. Tidak seperti kakak dan adik saya, saya lebih cenderung berdiam diri dan tidak membebel semasa kecil. Satu pengalaman yang tidak boleh saya lupakan sampai bila-bila adalah apabila saya dipaksa untuk masuk ke satu pertandingan bercerita. Ya dipaksa. Saya menangis tidak mahu dan namun saya terus berlatih. Hinggalah saat pertandingan semakin hampir saya fed up.

Sebagai ibu bapa yang baik, ibu tidak mahu saya tertekan lantas menyarankan saya supaya menarik diri. Lalu anak kecil yang cembeng ini pun memberanikan diri bertentang mata dengan cikgu yang melatihnya. Dengan konfiden cakap.

" SAYA_TAKNAK_MAASUKK..CEGU..."

"Pang..." satu pelempang hinggap di pipi saya yang comel. Saya menangis namun tidak berani berkata apa-apa. Dalam hati , saya sungguh marah cikgu itu namun kerana dia garang saya biarkan je. Yalah , kang makan lagi satu pelempang terlebih kenyang pulak. Itulah kali pertama saya memahami istilah "kerana terpaksa aku relakan."

Beberapa hari saya terus berlatih walaupun muka saya sudah tidak boleh tersenyum selepas itu. Anak kecil yang sensitif, kuat merajuk dan mahu dipujuk. Itulah saya. Namun hampa. Guru itu tidak pun memujuk saya.

Hari pertandingan tiba-tiba. Masih segar dalam ingatan saya debaran berdiri diatas pentas saat membuka mulut menghulur salam. Oh ..saya tak mulakan dengan salam, tapi dengan melompat ke hadapan juri sambil berpura-pura terkejut..

"Eh , bangau..."

Saya rasa juri pun turut terkejut namun mereka cuba mengawal ekspresi muka agar tidak nampak sangat mereka teruja dengan imaginasi budak 9 tahun. Haha.

Cuba bertenang. Dengan suara separuh bergetar saya menyambung

"Nak tahu ceritanya? Tunggu..." sambil menayang 5 jari comel saya dihadapan mereka.

Usai habis bercerita saya menarik nafas panjang. Setel. Akhirnya saya bebas. Dengan dada yang kembang saya tersenyum pada ayah yang turut datang memberi sokongan.

Namun ironik bila kemudian sesuatu yang tidak dijangka berlaku...

" Pemenang tempat pertama Siti ..............."

Ah sudah....saya tak tahu nak rasa happy atau sedih masa tuh. Saya menang dan itu bermaksud saya perlu bertanding lagi ke peringkat seterusnya..

Ayah dan guru saya yang singa itu memeluk saya. Rasa happy lebih la pulak. Pelukan itu akhirnya sudah cukup membuat saya menyahut cabaran yang kedua.

Pendek cerita saya kalah akhirnya peringkat negeri. Namun sebelum sempat saya bergembira dengan peristiwa 'duka' itu sesuatu yang lebih ironik terjadi..

" Afi awak masuk bercerita ya..." itulah permintaan guru-guru setiap kali ada pertandingan bercerita. Kisah melayu ke, kisah sirah nabi ke, lejen adik beradik grim dan lain-lain semua saya sebat. Kemuncaknya adalah saya dinobatkan panglipur lara official sekolah dalam majlis perpisahan dan semua sambutan yang disambut oleh sekolah saya. Hmpph...hampas gas betol. Semua ini penangan cerita bangau yang terlebih gimik itu...

Tapi jika saya diberi peluang untuk kembali ke masa lalu. Saya tidak mahu mengubah apa-apa. Malahan saya berterima kasih kepada guru yang garang itu kerana membawa saya keluar dari dunia introvert saya dan membantu saya mebina keyakinan diri seperti sekarang.

Sekarang , saya masih mahu menjadi story -teller. Walaupun tanpa jemputan atau paksaan dari sesiapa. In shaa Allah di masa hadapan saya akan lebih banyak berkongsi pengetahuan saya yang tidak seberapa ini, moga-moga menjadi ilmu yang bermanfaat saham saya di akhirat.

Anda semua doakan saya ya. 😊


P/S : Cuba teka cerita bangau mana yang saya cerita sampai menang tuh..

Jawapan cliche : Bangau oh bangau

Jawapan saya :

Anda salah. Jawapannya " Cempaka dan sutera puteh" .  Watak bangau tu jadi-jadian dia ja..Hang ingat aku boleh menang ka kalau bawak cerita lame camtu....hahaha
                     

Friday, March 4, 2016

9 Penyakit Pendakwah Untuk Direnungi

Artikel Wajib Simpan : 9 Penyakit Pendakwah Untuk Direnungi

3 March, 2016 oleh QuranicGen






Meskipun kita membuat kerja dakwah menyeru manusia kepada kebaikan kita masih tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Tetapi jangan pula kerana merasakan diri tidak cukup baik menghalangi diri kita untuk terus mengajak manusia ke arah kebaikan.




Ada beberapa penyakit sebagai seorang daie kita perlu berwaspada antaranya ialah :



#1 Lemahnya Budaya Bertabayun



Bila mana kita mendengar khabar yang baik-baik sahaja tentang perihal ikhwah akhwat kita, kita akan mudah rasa gembira dan senang hati.


Tetapi apabila kita mendengar khabar yang buruk atau fitnah kepada ikhwah akhwat kita, kita lebih mudah untuk terus percaya. Berziarah pun tidak apa entah lagi mahu bertabayun secara berdepan dengan akh atau ukht tersebut.


Kita lebih mudah percaya kepada mereka yang membawa berita tersebut berbanding akh atau ukht tersebut. Jika anda betul-betul percaya pada mereka jumpalah secara berdepan dan bertabayunlah secara berhikmah.



#2 Menganggap Para Qiyadah, Syuyukh, Nuqaba Manusia Yang Maksum



Walaupun mereka memegang tampuk kepimpinan tetapi kita perlu sedar mereka juga manusia seperti kita. Adakah ketika mana mereka membuat silap kita akan meninggalkan jemaah kita kerana merasakan orang atasan pun tak selesai lagi apa entah lagi nak membimbing orang yang dibawahnya?


merasakan diri lebih mulia


#3 Rasa Lebih Mulia Daripada Orang Biasa



Hanya kerana kita buat kerja dakwah tak bermakna kita lebih mulia dan tinggi darjat kita berbanding orang biasa. Kononnya kita buat kerja dakwah kita pun memandang enteng dan hina orang yang tak dapat lagi kefahaman tentang agama.


Anda sebagai daie boleh jadi lebih hina daripada mereka. Caranya adalah dengan anda menyembunyikan kebenaran atau kefahaman tentang agama yang anda dapat untuk orang-orang yang tertentu sahaja. Itulah benda paling jijik dan teruk bagi seorang yang menggelar diri mereka seorang penyeru!



#4 Merasakan Kelompok Dakwah Kita Yang Paling Terbaik



Bila kita kata jemaah kita kena faham ianya dikelola oleh manusia. Jadi sangat mustahil untuk kita merasakan jemaah kita adalah satu-satunya yang paling baik dan sempurna.


Dan jika ada perbezaan antara kelompok dakwah kita dengan kelompok dakwah yang lain kita harus sedar dan faham bahawa pendekatan setiap dari kita berbeza dan jangan pula kita kata “sesat betul geng dakwah tu tak ikut cara macam kita”.


berdakwah kepada keluarga

kredit



#5 Lupa Untuk Berdakwah Kepada Keluarga Atau Saudara Kita Yang Dekat



Ini penyakit yang boleh tahan juga hairannya. Kita sibuk berpenat lelah siang malam berdakwah pada orang luar sana sini sehinggakan kita terlupa mereka yang setiap hari sentiasa berada disekeliling kita iaitu keluarga kita.


Mereka juga ada hak untuk diberikan kefahaman tentang islam. Jangan biarkan mereka lihat sahaja kita menyebarkan kemanisan beragama ini pada orang lain, berikanlah juga kepada mereka kemanisan itu dan sama-sama kita masuk syurga dengan mereka.



#6 Kita Sahaja Yang Layak Difahami



Peduli orang lain biar orang faham tentang diri kita sahaja dan diberikan hak yang sepatutnya. Ini tanggapan yang kurang tepat.


Anda juga perlu memahami keadaan ikhwah dan akhwat yang lain. Kenapa?


Contoh yang mudah anda baru sahaja kerugian bisnes RM500 sedangkan pada masa yang sama ada akh atau ukht yang rumahnya dipecah masuk telah kerugian sebanyak RM4000 jadi mana satu yang perlu diberikan hak untuk dibantu dahulu?


Kalau kita nak orang faham keadaan kita sahaja memang nak terjun gaung la akh atau ukht tersebut sebab tak ada orang nak tolong dalam keadaan sangat terdesak. Jadi berlaku adil lah pada orang lain juga.



#7 Benda Baik Kita Seorang Dapat, Musibah Semua Orang Kena Dapat



Bila kita dapat khabar gembira kita bolot sorang apabila dapat musibah boleh pula dikongsikan pada orang lain supaya mengharapkan bantuan.


Kalau kita dapat khabar gembira seperti bonus gaji kongsikan sedikit dengan ikhwah akhwat. Belanja makan sekali sekala. Bila tiba anda mendapat musibah barulah adil bila kita mengharapkan bantuan.


cakap tapi tidak beramal



#8 Semangat Berbicara Mengalahkan Semangat Amal



Bila kita cakap lebih daripada amal kita maka kita kena periksa semula diri kita. Yang bagusnya adalah kita cakap sikit tetapi amalnya banyak.


Jangan kita bising suruh orang buat itu ini tetapi akhirnya kita yang tak buat perkara tersebut. Jangan aktif dalam syura atau meeting sahaja tapi di medan amal biji mata pun tak nampak.



#9 Anggap Kita Seorang Sahaja Yang Buat Kerja



Kita dengan mudahnya menganggap orang yang tidak dapat menghadirkan diri di medan amal mereka ini tidak bekerja. Sedangkan mereka ini tanggungjawab mereka lebih besar dan berat cuma mungkin medannya sedikit berbeza. Tidak sama mereka yang bujang dengan yang sudah berumah tangga.


Mungkin juga mereka mahu amal mereka hanya Allah sahaja yang tahu. Jadi berbaik sangkalah dengan rakan-rakan kita, jangan sangkaan seperti ini merenggangkan silaturahim sesama kita.


Semoga kita semua terhindar daripada penyakit ini. Wallhua’lam

Jumaat quotes


Wednesday, March 2, 2016

Throwback SPM.






Arini 3 Mac tarikh untuk semua adik-adik yang amek SPM tahun lepas amek result SPM diorang.

Sempene ari bersejarah ni gak pos ini ditulis meskipun blog ni takde follower sangat,
Sajelah jadi salah satu memori 2016 nih,

Untuk ibu bapa yang anaknya ambil result SPM harini,
Peluklah anak-anak anda walau apa pun result yang mereka dapat.

Adik-adik yang dengan penuh debaran menunggu result harini,
Set kan hati adik-adik untuk sentiasa bersangka baik dengan Allah.

Keputusan SPM yang bagus mungkin asbab adik lebih berjaya,
Tapi sandarkanlah rasa percaya kepada Allah kerana Dia yang menentukan segalanya.

Mai sini akak cerita sikit,

Akak dapat 10 A SPM,
Tapi akak tak belajar universiti,
Rezeki akak belajar kat kolej je.

Akak blajar kat kolej je,
Tapi akak jumpa islam kat sini,
Akak jumpa tarbiyyah.

Akak jumpa tarbiyyah kat situ,
Tapi bila akak graduate,
Sijil akak tak sah, takde akreditasi.

Sijil akak tak sah,
Tapi then akak berjaya masuk universiti,
Walaupun dengan susah payah.

Akak berjaya masuk universiti,
Tapi kemudian ekonomi tak ok, biasiswa dimansuhkan,
Akak ade masalah kewangan.

Akak ade masalah kewangan,
Akak tangguh belajar then tukar kos lagi murah,
Tapi Allah bagi akak happy.
.
...dan banyak lagi suka duka akak. Cukuplah akak cerite sampai sini.

Allah mengajar kita dari kehidupan. Supaya kita jadi lebih tenang dan reda. Dan supaya kita tak terlalu happy dan sedih dengan apa yang terjadi.

Akak harap korang hayati betul-betul firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 216 nih:

" Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

(Senyum manis)