Bagaimana saya jadi sang story-teller (heroin 2 oktober)
.....sebab BANGAU.
Saya adalah seorang yang introvert sebenarnyer. Tidak seperti kakak dan adik saya, saya lebih cenderung berdiam diri dan tidak membebel semasa kecil. Satu pengalaman yang tidak boleh saya lupakan sampai bila-bila adalah apabila saya dipaksa untuk masuk ke satu pertandingan bercerita. Ya dipaksa. Saya menangis tidak mahu dan namun saya terus berlatih. Hinggalah saat pertandingan semakin hampir saya fed up.
Sebagai ibu bapa yang baik, ibu tidak mahu saya tertekan lantas menyarankan saya supaya menarik diri. Lalu anak kecil yang cembeng ini pun memberanikan diri bertentang mata dengan cikgu yang melatihnya. Dengan konfiden cakap.
" SAYA_TAKNAK_MAASUKK..CEGU..."
"Pang..." satu pelempang hinggap di pipi saya yang comel. Saya menangis namun tidak berani berkata apa-apa. Dalam hati , saya sungguh marah cikgu itu namun kerana dia garang saya biarkan je. Yalah , kang makan lagi satu pelempang terlebih kenyang pulak. Itulah kali pertama saya memahami istilah "kerana terpaksa aku relakan."
Beberapa hari saya terus berlatih walaupun muka saya sudah tidak boleh tersenyum selepas itu. Anak kecil yang sensitif, kuat merajuk dan mahu dipujuk. Itulah saya. Namun hampa. Guru itu tidak pun memujuk saya.
Hari pertandingan tiba-tiba. Masih segar dalam ingatan saya debaran berdiri diatas pentas saat membuka mulut menghulur salam. Oh ..saya tak mulakan dengan salam, tapi dengan melompat ke hadapan juri sambil berpura-pura terkejut..
"Eh , bangau..."
Saya rasa juri pun turut terkejut namun mereka cuba mengawal ekspresi muka agar tidak nampak sangat mereka teruja dengan imaginasi budak 9 tahun. Haha.
Cuba bertenang. Dengan suara separuh bergetar saya menyambung
"Nak tahu ceritanya? Tunggu..." sambil menayang 5 jari comel saya dihadapan mereka.
Usai habis bercerita saya menarik nafas panjang. Setel. Akhirnya saya bebas. Dengan dada yang kembang saya tersenyum pada ayah yang turut datang memberi sokongan.
Namun ironik bila kemudian sesuatu yang tidak dijangka berlaku...
" Pemenang tempat pertama Siti ..............."
Ah sudah....saya tak tahu nak rasa happy atau sedih masa tuh. Saya menang dan itu bermaksud saya perlu bertanding lagi ke peringkat seterusnya..
Ayah dan guru saya yang singa itu memeluk saya. Rasa happy lebih la pulak. Pelukan itu akhirnya sudah cukup membuat saya menyahut cabaran yang kedua.
Pendek cerita saya kalah akhirnya peringkat negeri. Namun sebelum sempat saya bergembira dengan peristiwa 'duka' itu sesuatu yang lebih ironik terjadi..
" Afi awak masuk bercerita ya..." itulah permintaan guru-guru setiap kali ada pertandingan bercerita. Kisah melayu ke, kisah sirah nabi ke, lejen adik beradik grim dan lain-lain semua saya sebat. Kemuncaknya adalah saya dinobatkan panglipur lara official sekolah dalam majlis perpisahan dan semua sambutan yang disambut oleh sekolah saya. Hmpph...hampas gas betol. Semua ini penangan cerita bangau yang terlebih gimik itu...
Tapi jika saya diberi peluang untuk kembali ke masa lalu. Saya tidak mahu mengubah apa-apa. Malahan saya berterima kasih kepada guru yang garang itu kerana membawa saya keluar dari dunia introvert saya dan membantu saya mebina keyakinan diri seperti sekarang.
Sekarang , saya masih mahu menjadi story -teller. Walaupun tanpa jemputan atau paksaan dari sesiapa. In shaa Allah di masa hadapan saya akan lebih banyak berkongsi pengetahuan saya yang tidak seberapa ini, moga-moga menjadi ilmu yang bermanfaat saham saya di akhirat.
Anda semua doakan saya ya. 😊
P/S : Cuba teka cerita bangau mana yang saya cerita sampai menang tuh..
Jawapan cliche : Bangau oh bangau
Jawapan saya :
Anda salah. Jawapannya " Cempaka dan sutera puteh" . Watak bangau tu jadi-jadian dia ja..Hang ingat aku boleh menang ka kalau bawak cerita lame camtu....hahaha
No comments:
Post a Comment