Juga surat buat diri saya di masa hadapan.
Korea tahun 202__
![]() |
kredit gambar. |
Angin lembut sepoi-sepoi bahasa musim bunga menyapa saya,
Saya yang tadinya menutup mata menghirup udara segar membuka mata.
" Alhamdulillah sampai juga ke Korea," detik hati saya sambil tersenyum.
Masa tu kalau tak mengenangkan orang ramai di sekeliling saya, pasti saya dah sujud syukur di bawah cherry blossom, cewah...
Cantiknya suasana taman itu sebiji seperti lanskap drama cerita korea yang menghiasi hari-hari jahiliah saya dulu.
Tapi bukan kerana drama saya berada di situ.
" Anyeonghaseyo.." saya menyambut kedatangan seorang wanita dan lelaki yang mewakili syarikat gergasi di negara yang amat mendaulatkan kebudayaan negara mereka itu dengan hormat dan ceria.
Mereka membalas senyuman saya sambil membalas.
" Selaamat pagi Afi..sshi " mereka cuba mengambil hati dengan bertutur bahasa bonda saya.
Mereka berminat untuk berkoloborasi dengan syarikat kami dalam menerbitkan sebuah filem inspirasi yang bakal meperkenalkan Islam di seluruh dunia.
"Through your company, country and people, we acknowledge that the value in Islam has nothing opposite with our culture. Instead we found it very beautiful, universal, good for everyone and help our society to be better. We would like to embrace the same faith as you all and spread this beautifulness to everyone along with promoting our culture. We inspired to uphold this value in our country so that less people get raped, killed, suicide and see the world with different eyes.."
Saya tersenyum memandang mereka. Ya, insya Allah.
Mata saya berair. Rupanya selama ini Allah menahan langkah saya ke sini kerana Allah ingin memberi sesuatu yang lebih manis kepada saya saat sampai di bumi ini.
Wanita korea itu tersenyum. Dia mengeluarkan skaf kuning dari handbag jenama "Beyond Closet" dan menghulurkannya pada saya.
" Afi-sshii, teach me about islam. Start from this scarf.." dia tersenyum manis pada saya.
=)
Nikmat Allah mana lagi yang kita mahu dustakan.
*Kelak saya akan membaca coretan ini sambil menangis kerana bersyukur. Hajat ini Allah telah kabulkan.
Jika bukan melalui saya,
Mungkin melalui anda yang sedang membaca.
Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment