Aku tertanya-tanya apakah kesudahan Ramadhan aku. Kekasih yang aku nantikan tapi bila depan mata aku persiakan. Aku ingin sekali semangat Ramadhan masa aku mula-mula dapat tarbiyyah dulu merasuk kembali.
Semangat nak berubah, semangat nak qiam tiap malam, semangat nak iktikaf , semangat nak berdakwah kepada adik2 dan keluarga. Allah. Di mana ruh aku itu sekarang.
Aku benar2 ingin membawa diriku ke syurga. Bersama-sama keluargaku, sahabat baikku, adik-adik usrahku dan orang2 yang aku cinta.
Wahai Ramadhan, bantulah aku mencintaimu. Ya Allah dekatkan aku padamu. Aku benar2 mahu menjadi seseorang yang pernah dirindukan oleh Rasulullah s.a.w dulu.
Aminn.
No comments:
Post a Comment