Macam biasa balik dari kelas , tengah hari...lapor pulak...maka aku pon mula mengidam makan2 yang pelik2...aku nak makan spaghetti yang paling murah, sedap dan tak muak...kalau boleh nak free..dari bayaran, rasa msg or cream susu yg warnanya pon harini membuatkan aku lemah semangat....oleh kerana ekonomi aku sekarang sangat gawat aku nekad xkan membeli apa2 pon dari kedai runcit or kedai makan tepi jlan....lagipon harini kan klas aku semua kensel so xde penat sangat sebenarnya...lapooo je lebih...macam biasa..moto aku " Masak nih x perlukan skil pon, tapi perlukan...GOOGLE..." hoho...
So hasil google lan aku diadun dengan sedikit kreativiti dan imaginasi terhasillah satu resepi pasta yang amat simple, mudah sedap dan murah....Guna jela apa yang ade kat dapor tuh...
Bahan-bahan:
( serve untuk 2 orang atau sorang kalau anda jenis mencekik darah..)
Pasta
Spaghetti yang halal separuh bungkus/kurang
1. Rebus sampai masak . toskan dan gaulkan dengan sedikit minyak kasi dia x melekat.
Kuah Pasta
Bwang putih dicincang halus
Bawang merah dicincang halus ( aku pakai seulas kecik cenonet je sebab bawang aku dah habis)
Sosej dicincang halus atau
Daging ayam dipotong macam nak dihancurkan
Sebiji Tomato ( didadu/ ptong kecil2)
sos tomato
minyak masak
air masak
garam secukup rasa
gula pon sama
sedikit lada hitam
sedikit lada sulah(optional
Cara.
1. tumis bawang sampai naik bau
2. jangan kasi bawang hangit plak, Terus masuk daging ayam / sosej cincang tadi
3. masak atas api sampai ayam /sosej masak
4. taruk sos tomato dalam ayam tadi. Sampai boleh gaul dengan semua ayam tadi. Gaul sebati.
5. campurkan terus dengan tomato telah didadu.
6. tambah sedikit air,
7 bubuh gula , garam , lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
dah siap
No comments:
Post a Comment