Saturday, February 27, 2016

Impian 6 dari 101 : menemukan barang yang hilang.



Hari ini,
Aku jadi sedar
terlalu banyak benda yang aku hilang,

Ketika aku berjimba dengan jahiliah,
Aku hilang rasa malu kepada Allah,
Aku reda dengan maksiat,
Aku suka kapel berkucupan,
Sedang aku tahu hukum Allah.

Aku hilang berani,
Menegakkan hukum Allah,
Aku diam dan merelakan maksiat,
Sedang salah tetap salah,

Aku hilang rasa hormat,
Pada ilmuan dan ulama,
Aku agungkan novel dari kitab,
Aku prefer manga dari buku-buku hikmah.

Aku hilang kesantunan,
Dalam melayani ibu ayah,
Kadangkala aku marah membentak,
Sedang aku seharusnya taat.

Aku hilang rasa syukur,
Ketika ditimpa musibah,
Aku bersangka buruk dengan Allah,
Sedang Dia tak pernah,
Sekalipun menzalimi aku.

Aku hilang khusyuk dalam solat,
Sedang ia adalah bekalan,
Sepanjang perjalanan ke akhirat.

Aku juga hilang takut,
Ketika menyampaikan ayat Allah,
Sedang aku tahu ,
Kelak aku akan dipersoalkan.

Aku hilang lemah-lembut,
Ketika berdakwah,
Aku marah dan keras,
Sedang maduu ku lebih disayang Allah.

Aku hilang rasa amanah,
Lupa yang aku perlu berdakwah,
Ketika aku seorang diri,
Aku merelakan diri ,
Dipergunakan setan.

Aku hilang rasa  tawakal,
Ketika mencari kekayaan.

Aku hilang sifat pemurah,
Sedang aku berkemampuan.

Aku hilang rasa ikhlas,
Ketika memberi bantuan,

Aku hilang tawaduk,
Ketika menerima pujian.

Aku hilang sayang,
Pada saudara seislam.

Terlalu banyak yang aku sudah hilang,
Dan aku tak mahu lebih kehilangan.
Aku harap masih tersisa harapan,
Agar barang hilang dapat ku temukan.

Jika satu hari aku hilang ingatan,
Jika satu hari aku hilang impian,
Temui aku dan ingatkan,
Agar aku masih punya harapan.
Menemukan barang yang hilang.

#heroin2oktober
#mencaribarangyanghilang



Wednesday, February 24, 2016

Impian 5 dari 101 : MLM si daie hipstersz.

Bismillah..



Dunia sekolah dan dunia mahasiswa
 Itu definisi dunia afimbia bagi aku,
2 alam.

Dan ancamannya juga berbeza.
Dunia mahasiswa lebih buas dan bahaya,
Kerana korang akan didatangi dengan pelbagai asosiasi,
Falsafah , Jemaah,  aktivis, peniaga MLM, geng , fashionista dan sebagainya.
Dan kau orang harus memilih untuk menjadi aper,

Dan seandainya korang menjadi ignorant,
Masih duduk  di ketiak ibu-bapa,
Pergi dan balik mengulang kitaran hidup yang sama,
Taknak masuk campur , dan ambil tahu,
Jadilah korang kera sumbang yang tak tahu apa-apa,

Hidup ini adalah pengalaman berharga untuk  dicerita,
Dan pengalaman itu hanya bila kau orang mencuba,

Dan aku juga,
Asosiasi yang membekas dalam hati aku ialah MLM,
Pahit dan manisnya aku rasa,
Sakit dan peritnya memberi pengalaman berharga,
Memberi aku gambaran resmi manusia,

Pengalaman duduk dan di table talk kan ,
Mengajar aku bahawa islam itu perlu diterangkan,

Pengalaman aku di follow-up leader,
Satu pengajaran,
dakwah itu bukan sekadar tanggungjawab yang dilepaskan,

Dan pengalaman aku yang dipaksa dalam rela menyertai seminar berbayar,
Mengajar aku, ilmu itu satu keperluan  jiwa ,
dan islam itu lebih baik kerana ia tidak meminta apa-apa pulangan.

Gerak kerja yang dihadamkan  mengajar aku,
Dakwah itu perlu berstrategi malahan mempunyai target besar dalam setiap timeline,
Dan ia juga mengajar,
Untuk kita memperkenalkan,
At least memudahkan daie-daie selepas kita,
 jika pun kita tidak berjaya.

Duduk di bilik seminar , aku membayangkan,
Seorang murobbi memberi pengisian dihadapan,
Dengan mata bersinar dan penuh tenaga mencerahkan,
Betapa islam itu terlalu berharga untuk disembunyikan.

Dan di satu bilik lagi aku membayangkan,
Semua daie membuka meja kaunter penerangan,
Untuk si pencari yang penuh pertanyaan,
Tanpa rasis dan ketaksuban ,  tanpa takbur dan menyalahkan ,
Dengan akhlak memikat dan sudi berkorban.

Dan akhirnya satu bilik lagi aku membayangkan,
Sekumpulan manusia sedang memerah akal fikiran,
Bagaimana supaya islam ini akan terus memakmurkan,
Bagaimana mahu menepis tohaman,
Bagaimana untuk lebih terus kehadapan,

Dan dengan penuh semangat satu kumpulan menjawab,

" Kami akan menjadi  yang terkaya dan terus membimbing si kaya yang lain agar meletakkan dunianya di tangan,"

" Kami pula akan menjadi ahli politik yang jujur dan menerapkan iman dalam setiap urusan,
Kami sedar sebelah kaki kami sudah pun di neraka dan ia perlu dikeluarkan."

Dan yang lain juga dengan ghairah memberi jawapan,
Dan pemikir-pemikir itu bukan sahaja si tua yang banyak pengalaman,
Namun *rijal2 nadi perjuangan,

Bukan kita takda,
Asosiasi yang memperjuangkan islam,

Cuma kita belum ada,
Imej tidak rasis dan mengalukan,
Kurang elemen  “distraction” bagi ignorant,

Semuanya kerana kurang penerangan ,
Dari daie’ yang lalai dan berlepas tangan,
Yang merasa masih ok buat biasa-biasa ,
sebab daie’ lain ada.

Allah.
Ampunkanlah aku yang tahu ini,
Andai satu hari aku lupa,

Semangat  daie’ MLM yang berkobar-kobar,
Kembalikan aku pada himmah ini,

Agar aku lebih bekerja.

#impianyangharusakurealisasikan.

impian 4 dari 101 : bayar harga kaya

Bismillah.



Hesitate nak jadi kaya,
Pernah tak rasa macam tu?
Ya, itu juga aku rasa dulu,

Yalah,
Bukan Allah tak cerita,
Kisah orang kaya dalam neraka,
Takutlah ,
Kita termasuk dalam salah satu.
Stigma.

Tapi lepas tu aku buka mata,
Cuba perati dengan hati,
Masyarakat kat luar sana.
Tengok ekonomi kita,

Kenapa islam masih lemah.
Kerana ramai daie berjiwa kecil,

kita nampak kaya perkataan besar,
sedangkan “value” si kaya itu terletak pada usahanya,

takda orang,
yang nak jadi kaya,
lahir kaya.
Dia usaha,
Dia doa,
Dia berkorban.
Itu yang mengkayakan dia.

Firman Allah ,  Al Mulk ayat 15
Ayat itu mengenai ibadah mencari rezeki.
Masyi = berjalan
Phase mode = tenang

Then lihat pula Ali Imran ayat 133
Seruan ukhrawi,
Sariu’ = bersegera
Phase mode = lebih bertenaga. Laju.

Bermakna .
Dalam apa-apa yang kita buat,
Kita harus distinguishkan dengan jelas ,
antara ibadah ukhrawi ,
dan dunia,
Kat mana kita distribute lebih usaha kita,

Kalau kita perlu kaya dengan berjalan,
Untuk ke sorga,
Kita perlu berlari,
Lebih dahsyat lagi.

Berjalan itu sifatnya abstrak,
Andai kau dah bekerja separuh mati untuk jadi kaya,
itulah berjalan bagimu.
Lalu kau perlu berusaha sampai mati untuk akhirat,
itulah larianmu.
Lebih banyak tenaga untuk dakwah,
namun lebih sikit itu bukan bermaksud sambil lewa,

Allah,
Kau tahu betapa besar cita-cita aku,
Dan aku juga tahu,
Betapa besarnya harga yang perlu ku bayar untuk itu,

Allah yang maha KUAT,
Bantulah aku,
Yang lemah ini.



Monday, February 22, 2016

Impian 3 dari 101: Unfriend Jahiliah




From the day till night till the day,
I was a person, who easily gets distracted,
Sorry I couldn't handle this anymore,
Frankly speaking, in my mother language..

Seiring usia,  jahiliah aku berevolusi,
Kalau mase kecik hero antagonis  fevret aku Vegeta of Dragon Ballz,
Bila besar sikit aku furious dengan Orochimaru,
Lagu OST Gundam pon aku tau.

Waktu remaja aku minat korea,
Yalah kita dah ada modenisasi,
 Wat apa layan benda yg obvious surreal dan x reality,

Lepaih tu,
Jepun,
Taiwan,
Cina
Thai…
Uwekk …semua cerita drama filem aku sebat sapu.
Aku sendiri xpernah berani kira,
 Berapa percent dari hidup aku dihabiskan dengan benda 2 macam tu,
Tak campur lagi manga, novel semua.

Bukan la semua yg aku tengok tu x baguih,
Dalam 10 mgkinlah satu,
yg inspired dan bagi nilai positif kat aku,
Masalahnya,
Yang 9 tu bagi ape?
Buat aku berangan sini sana,
Menambah titik dosa,
Keraskan hati aku..

Aku bersyukur meskipun dalam 21 tahun aku hidup ni,
Akal aku masih waras lagi bezakan yg betol atau salah,
Kalau dulu aku tak blajar agama,
Sekarang bukan level cosplayer,
mungkin aku dah jadi crossdresser,
Paling tak tengah duk kat street dancing raver,
Fuh seram,
Alhamdulillah hidayah tu smpai kat aku,
Sebelom aku sampai ke kubor.

Tapi..
Susahlah..
Setiap kali aku azam nak berubah,
Macam-macam cobaan datang kat aku,
Mungkin jugak jahiliah tu dah sebati dengan darah aku,
Jadi amek masa nak buang darah kotor tu,
Ceh..pujuk diri ler tu...
,
Pandang cermin tengok muka sendri,
Ish Ish Ish… lawa tak berape. akhlak pun huduh juga…
Kalau la Allah kira dengan equation,
1 dosa=1 jerawat
ke korealah kiter,
wat plastic surgery.
Wuu..

Cuma satu,
Setebal jahiliah aku, tebal jugak muka aku,
Aku stay dalam jalan ni walaupun aku tau,
Betapa hinanya aku sebagai pemaksiat,
Betapa malupon aku dengan Allah,
Satu saat pon haram jadah aku taknak masuk neraka tu.

Alamak terpoyo lagi,
Da cakap camtu patutnya jangan la lupa lagi.

Sememangnya jahiliah itu akan sentiasa berevolusi,
Tapi level 1 susah nak pas camana ni..
Adoii…
Kalau ni Candy Crush,
 Aku ni kira loser yang buta cekelat,

Kerana  gelas yg kosong perlu diisi sebelum berhabok,
Aku menulis,
Hobi seorang yang visualisasi macam aku ni perlukan penggantian,
Dosa aku bertimbun siang tadi dan hari sebelumnya perlu diingatkan,
Harap-harap dapatla dilawankan dengan taubat,
Jadi peringatan bila mana aku perasan jadi manusia SUCI,
Jadi peringatan seriap kali rasa takbur mengetuk diri.

Impian aku,
Nak unfriend Jahiliah ni selama-lamanya,
Nak jadi Masked Rider bergaya  lawan setan durjana,
Setiap masa ingat,
Woi setan,

Kita ENEMY sampai mati.

Sunday, February 21, 2016

Impian 2 dari 101 : Minah KOOL




Aku memangla kategori yang cepat sentap sikit.
Sana sentap, sini sentap , situ sentap..

Kadang-kadang aku ni kategori selpish la juga,
Xnak amek tahu sampai la kene batang hidung aku sendiri..
Mgkin pasai tu jugak aku makin lama makin sensitip isu2 politik ni,
Paling pantang kalau mak pak menteri maen sebat keluar statement ikot sedap mulut dia,,,
Masa tu mula la rancak mulut aku ni nak sembang  sini sana,

Aku ni kalau sembang kencang wooo…
Punya kencang  sampai kalau korang dengar mesti tabik spring toing2 punya,
Bukan apa,
Saja kasi cakna sikit masalah umah kat ignorant macam aku dulu..
Saja nak bagitau apa jadi kat dunia bila hukum Allah kita x pakai,

Yalah tu,
Dah kena baru nak nasihat orang,
Jadi aku tak expect pon orang dengar cakap aku,
Sajalah kasi tahu.

Wuu hauaeber….bila da TERsentap, mula la TERsembang, then TERkomplen, TERkutuk...
TER...sangatt...( bola mata naik atas, dua tangan sentuh bahu..)

Nasib baik dalam berbelas kali Fatihah aku baca dalam solat tuh,
Allah makbulkan satu..
Datanglah keninsapan dalam diri aku,
Sembang  kencang macam angin taufan pon,
Kalau berenti kat situ je x jadi jugak,
Kalau still ngadap ASTRO 24 jam tak jadi jugak,

Sentap  bila kak Bedah sorang tu kata rakyat Malaysia PEMALAS ,
Yalah takkan aku rakyat Zimbabwe kowt.
Tapi duk bashing dia sini sana takdapat apa pon,
Kita da ada pelbagai punca perpecahan kat Mesia ni takkan nk tambah satu Jemaah lagi kowt,

Resolusi aku,

Ali Imran 133-134

" 133. Bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan surga yang
luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa,

134. (yaitu) orang-orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit[1], dan orang-orang yang menahan amarahnya[2] dan mema'afkan (kesalahan) orang lain[3]. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan[4]."

Aku nak jadi manusia  paling cool,
Encem akhlaknya macam Rasulullah ,
Try tahan marah bila TERsentap,
Dan tidaklah terjadi  ter..ter..ter yg seterusnya…

Dan asal korang tahu,
Marah yang korang tahan tu hanya akan release,
Bila korang maapkan orang tu. 

Percayalah cakap aku,

SENTAP tu tak semestinya tak bagus,
Kalau sikit-sikit nak tersentap sini sana kalau sebab orang TEGOR bende baik,
Korang boleh blah ke  Zimbabwe sane… takkan tersentap lagi,
Yalah…kalau diaorang  men"anjeng"  korang  pon,
belom tentu korang dapat translate lagi. 

Tapi kalau hati ko da x tersentap lagi dengan ape2 itu lagi bahaye,
Tak sensitip, tak amek peduli,
Ade mate bute, ade telinga tuli, ade hati batu.

Ko tau BATU?
Batu tu pon tak keras macam hati ko tuh.

#monologku

Saturday, February 20, 2016

Impian 1 dari 101 : Mukhlisin





Aku memang ada passion menulis,

kadang-kadang jeles sangat dengan orang yang pandai menulis,


yang femes kerana penulisan,

yang dapat banyak LIKES n Share


so kekadang aku pon bace ape yg spesial sngat dengan diorang nih,

kekonon nk sikit tunjuk iri =p

tapi then aku sedar,


mereka ini

yang menulis dari hati,

yang menulis dengan ikhlas

yang menulis bukan sebab nk dpat LIKES atau share..


wuu...sentap pulak aku...

sakitnyatuh di sini (pegang dada belah kiri)



rupanya,

hati ni kena kasi cuci lagi,

bersih-bersih dan kasi sental lagi,

bukan sekali kena hari-hari,

sampai mati..



Selepas aku sedar hakikat itu,

aku berhenti bermimpi,

MIMPI NAK JADI SELEBRITI...kihkihkih...



membina impian baru,

nak jadi MUKHLISIN yg sejati.






‪#‎monologtengahmalam‬