Wednesday, February 24, 2016

impian 4 dari 101 : bayar harga kaya

Bismillah.



Hesitate nak jadi kaya,
Pernah tak rasa macam tu?
Ya, itu juga aku rasa dulu,

Yalah,
Bukan Allah tak cerita,
Kisah orang kaya dalam neraka,
Takutlah ,
Kita termasuk dalam salah satu.
Stigma.

Tapi lepas tu aku buka mata,
Cuba perati dengan hati,
Masyarakat kat luar sana.
Tengok ekonomi kita,

Kenapa islam masih lemah.
Kerana ramai daie berjiwa kecil,

kita nampak kaya perkataan besar,
sedangkan “value” si kaya itu terletak pada usahanya,

takda orang,
yang nak jadi kaya,
lahir kaya.
Dia usaha,
Dia doa,
Dia berkorban.
Itu yang mengkayakan dia.

Firman Allah ,  Al Mulk ayat 15
Ayat itu mengenai ibadah mencari rezeki.
Masyi = berjalan
Phase mode = tenang

Then lihat pula Ali Imran ayat 133
Seruan ukhrawi,
Sariu’ = bersegera
Phase mode = lebih bertenaga. Laju.

Bermakna .
Dalam apa-apa yang kita buat,
Kita harus distinguishkan dengan jelas ,
antara ibadah ukhrawi ,
dan dunia,
Kat mana kita distribute lebih usaha kita,

Kalau kita perlu kaya dengan berjalan,
Untuk ke sorga,
Kita perlu berlari,
Lebih dahsyat lagi.

Berjalan itu sifatnya abstrak,
Andai kau dah bekerja separuh mati untuk jadi kaya,
itulah berjalan bagimu.
Lalu kau perlu berusaha sampai mati untuk akhirat,
itulah larianmu.
Lebih banyak tenaga untuk dakwah,
namun lebih sikit itu bukan bermaksud sambil lewa,

Allah,
Kau tahu betapa besar cita-cita aku,
Dan aku juga tahu,
Betapa besarnya harga yang perlu ku bayar untuk itu,

Allah yang maha KUAT,
Bantulah aku,
Yang lemah ini.



No comments:

Post a Comment