Wednesday, February 24, 2016

Impian 5 dari 101 : MLM si daie hipstersz.

Bismillah..



Dunia sekolah dan dunia mahasiswa
 Itu definisi dunia afimbia bagi aku,
2 alam.

Dan ancamannya juga berbeza.
Dunia mahasiswa lebih buas dan bahaya,
Kerana korang akan didatangi dengan pelbagai asosiasi,
Falsafah , Jemaah,  aktivis, peniaga MLM, geng , fashionista dan sebagainya.
Dan kau orang harus memilih untuk menjadi aper,

Dan seandainya korang menjadi ignorant,
Masih duduk  di ketiak ibu-bapa,
Pergi dan balik mengulang kitaran hidup yang sama,
Taknak masuk campur , dan ambil tahu,
Jadilah korang kera sumbang yang tak tahu apa-apa,

Hidup ini adalah pengalaman berharga untuk  dicerita,
Dan pengalaman itu hanya bila kau orang mencuba,

Dan aku juga,
Asosiasi yang membekas dalam hati aku ialah MLM,
Pahit dan manisnya aku rasa,
Sakit dan peritnya memberi pengalaman berharga,
Memberi aku gambaran resmi manusia,

Pengalaman duduk dan di table talk kan ,
Mengajar aku bahawa islam itu perlu diterangkan,

Pengalaman aku di follow-up leader,
Satu pengajaran,
dakwah itu bukan sekadar tanggungjawab yang dilepaskan,

Dan pengalaman aku yang dipaksa dalam rela menyertai seminar berbayar,
Mengajar aku, ilmu itu satu keperluan  jiwa ,
dan islam itu lebih baik kerana ia tidak meminta apa-apa pulangan.

Gerak kerja yang dihadamkan  mengajar aku,
Dakwah itu perlu berstrategi malahan mempunyai target besar dalam setiap timeline,
Dan ia juga mengajar,
Untuk kita memperkenalkan,
At least memudahkan daie-daie selepas kita,
 jika pun kita tidak berjaya.

Duduk di bilik seminar , aku membayangkan,
Seorang murobbi memberi pengisian dihadapan,
Dengan mata bersinar dan penuh tenaga mencerahkan,
Betapa islam itu terlalu berharga untuk disembunyikan.

Dan di satu bilik lagi aku membayangkan,
Semua daie membuka meja kaunter penerangan,
Untuk si pencari yang penuh pertanyaan,
Tanpa rasis dan ketaksuban ,  tanpa takbur dan menyalahkan ,
Dengan akhlak memikat dan sudi berkorban.

Dan akhirnya satu bilik lagi aku membayangkan,
Sekumpulan manusia sedang memerah akal fikiran,
Bagaimana supaya islam ini akan terus memakmurkan,
Bagaimana mahu menepis tohaman,
Bagaimana untuk lebih terus kehadapan,

Dan dengan penuh semangat satu kumpulan menjawab,

" Kami akan menjadi  yang terkaya dan terus membimbing si kaya yang lain agar meletakkan dunianya di tangan,"

" Kami pula akan menjadi ahli politik yang jujur dan menerapkan iman dalam setiap urusan,
Kami sedar sebelah kaki kami sudah pun di neraka dan ia perlu dikeluarkan."

Dan yang lain juga dengan ghairah memberi jawapan,
Dan pemikir-pemikir itu bukan sahaja si tua yang banyak pengalaman,
Namun *rijal2 nadi perjuangan,

Bukan kita takda,
Asosiasi yang memperjuangkan islam,

Cuma kita belum ada,
Imej tidak rasis dan mengalukan,
Kurang elemen  “distraction” bagi ignorant,

Semuanya kerana kurang penerangan ,
Dari daie’ yang lalai dan berlepas tangan,
Yang merasa masih ok buat biasa-biasa ,
sebab daie’ lain ada.

Allah.
Ampunkanlah aku yang tahu ini,
Andai satu hari aku lupa,

Semangat  daie’ MLM yang berkobar-kobar,
Kembalikan aku pada himmah ini,

Agar aku lebih bekerja.

#impianyangharusakurealisasikan.

No comments:

Post a Comment