Saturday, May 28, 2016

Karya inspirasi : Ikhwah Perfect 10 (Teaser)



Bismillahirrahmanirrahim.

Part I:Coretan Memori


Zaman sekolah menengah, Fom 3,

ecoh satu aspura bila aku dapat surat cinta. Ini semua Suhaimi punya pasal la nih, mulut tempayan dia tuh memang tak boleh nak tutup langsung. Sekarang satu aspura tahu Siti Humairah tu syok kat aku. Perasaan aku? Aku tak kisah pasal aku bukan minat sangat nak layan bende-bede macam nih. Bukan nak bajet hot tapi aku memang dah biasa dapat love letter, just kali ni kecoh sebab surat tu terlepas kat tangan Suhaimi.. kesian kat Siti Humairah tuh, lepas ni mesti teruk dia kene usik. Nak bela lebih-lebih pun aku tak berani, tak pasal-pasal nanti diorang cakap aku pulak yang syok kat dia.

Zaman sekolah menengah, Fom 4.
Siti Humairah menggemparkan satu sekolah dengan keputusan PMR-nya yang cemerlang. Satu sekolah kecoh sebab Siti Humairah ni budak kelas bawah-bawah yang selalu dapat tempat tiga terbawah jer dalam batch. Semua cikgu yang suka kutuk dia dalam kelas dulu macam nak terjuling je biji mata bila tengok result board tuh.  Yalah, macam dunia sudah terbalik bak kata mereka. Cikgu Asiah, guru kelas dia jer yang kool sebab bebrapa bulan sebelum PMR memang dia ade nampak peningkatan dalam pelajaran Humairah ni.

 Saje tulis pasal Humairah ni, bagi aku persistent dia tu kena contohi...usaha tangga kejayaan. Kan...dah dapat kaler terbang....

Aku takpernah ambil tahu lagi pasal Humairah sebab lepas tuh aku pindah sekolah. Dengan result straight A aku melanjutkan pelajaran kat sekolah asrama penuh. Aku tak pernah fikir pun Humairah tu akan masuk balik dalam hidup aku sampai la sebulan berlalu. Humaira masuk ke sekolah yang sama dengan aku sebagai second intake dan kali ini dia jadi classmate aku.

Perasaan aku?

Takde la rase teruja ke ape masa tuh. Biasa je. Aku rase macam " Owh, ade jugak schoolmate aku kt sini.." and thats it. Takde rase lain.

Tapi sebab dia classmate aku masatuh aku nampak la yang kehidupan dia kat sini tidak mudah. Berbanding dengan budak-budak lain dia ni agak slow dalam pelajaran dia. Lagi-lagi bila dah duduk science stream. Nampak sangat dia ni merangkak-rangkak nak paham pelajaran menengah tinggi yang lebih susah..asyik blur pon ade jugak. Cikgu tanya pape dia selalu dia jawab dengan muka kasihan je. Selalu tertidur dalam kelas laa... Humairah, Humairah....dari sekolah lama sampai sekolah baru, dia masih cemerlang memegang watak budak blur.

Sedikit sebanyak rasa simpati aku mengalir juga kat dia ni. Bukan aku tak nampak usaha dia, bila dia bertanya itu ini, orang lain pon jenuh dengan homework memasing yang melambak. Dia ni pulak jenis yang lambat menangkap, lagi la.. orang malas nak ajar dia. Lagipon ini SBP, semua orang pon struggle nak jadi yang terbaik. Kapitalis sikitlah sebenarnya.

 Nak cakap dia tak berdoa , selalu jugak aku tengok dia ni terkejar-kejar waktu rehat untuk solat dhuha. Aku tahu la, sebab haritu masa aku puasa aku ada ternampak dia kat surau tu tengah solat time rehat.

Aku try tolong dia kalau ade study group ramai-ramai. Kebetulan, kitorang satu group study kat sini. Tapi tak banyak yang aku boleh tolong sebenarnya, tolong lebih-lebih kang tak pasal-pasal pula kene gosip dengan team Melodi kat sini. Kalau aku masuk blog Oh Bintang, atau Pen Biru macamana?

       Lagipun, kat sini ikhtilat kene jage, kalau aku ade masa free pon takkan nak berdua-duaan study dengan dia. Boleh kene tangkap khalwat dengan BEDAH, eh silap,  Badan Dakwah dan Rohani a.k.a BADAR kat sini woo..

Tapi sebab aku tetap nak tolong dia , untuk mengelakkan sebarang salah faham aku treat dia dingin sedikit daripada orang lain. Kalau orang lain aku garang 20 peratus je, aku akan garang dengan dia 80 peratus lagi-lagi bila depan orang lain.  Buat-buat marah jer tapi lepas tuh aku tolong jugak dia. Satu sebab tak mahu orang salah faham, kedua tujuan aku sebenarnya nak letak line antara kitorang. Aku nak dia clear yang aku takda niat lain selain membantu dia. Risau jugak kalau dia ni menanam harapan lagi kat aku, padahal aku tak anggap dia lebih dari seorang kawan.

Kadang-kadang aku rasa aku ter-over menghayati karakter pula. Masa tu muka dia kene marah dengan aku memang nampak sangat macam nak nangis. Kesian dia..anak manja la katekan..kene buli sikit da emo... ke sebenarnya aku rase aku ni yang terer berdrama?. Kalau bro Syamsul Yusof nampak bakat terpendam aku ni mesti die offer aku berlakon. Haha. Yelah tu...tapi entah kenapa.. bila tengok si Humairah nih kene buli, bukan simpati yang aku rase, rase macam lawak dan seronok pulak kenakan dia.  

Aku ni takde la kejam sangat...kadang-kadang kalau dia nak pinjam nota ke ape aku bagi jer, aku dahulukan dia lagituh, sebab aku rase dia lebih memerlukan nota tu dari orang lain. Baik la jugak aku ni kan..

Zaman sekolah menengah form 5,

Masuk ke alam tingkatan 5 cuma satu jer matlamat budak-budak  kat sini,..mesti dapat straight A plus-plus SPM. 

 Pasal Humairah? Antara budak form 5 dia adelah yang paling popular kat sini..sebab? err...


  1.      suka bertanya itu dan ini dalam kelas, kalau boleh semua bende dia nak tanya.,,cikgu pon macam jadi takut dengan dia..
  2.          muka bottom 10 dalam batch. Kalau kitorang ada kuiz teka silang kata pasal isu ni, nama dia kita orang mention nombor satu
  3.      orang yang ade dalam setiap list kelas "Menggilap Permata" setiap subjek teras dan
  4.      budak yang gelabah dia  paling kelakar untuk ditonton setiap kali buat presentation solo.

Oh ya...

           5. dia jugak femes antara budak batch aku sebab dia nih "lone ranger". Selalu orang nampak dia sesorang jer dan lagi banyak bercampur dengan junior dari batch sendiri.Sampai aku pon lupa kadang-kadang dia ni batch aku sendiri...hmm..

Budak puteri macam tak da yang nak geng dengan dia. Kenapa ya? Aku pun tak faham, Humairah ni ade kutu ke? Bawak virus ke? ...

Kisah zaman sekolah dibungkus dengan dengan peperiksaan SPM yang menjadi mimpi siang malam budak fom 5. Beberapa bulan kemudian keputusan SPM diumumkan. Mase ambil result SPM tu aku saje la beratur belakang Humairah. Mana tahu keajaiban berlaku kali kedua. Tetibe rase macam nak tahu sangat pasal result dia daripada amek tahu pasal result aku sendiri.

Aku tersenyum bila aku nampak result dia daripada belakang. 10 A-, 1 B+. Alhamdulillah, tak teruk pon . Tak sia-sia aku volunteer gilap “permata” dia ni. Tapi aku sembunyikan senyum aku bila dia menoleh ke belakang. Mata kami bertembung dan aku nampak kolam matanya bertakung. Muka nak nangis la tu. Bwahaha. Hamir-hampir aku gagal kontrol macho aku. Dia tunduk dan kemudian berlalu dari situ.

Aku biarkan jer la, ape korang ingat ni citer hindustan nk kejar-mengejar?.. Ah..lapangnya hati. Aku tumpang gembira lebih-lebih macam itu result aku.

Berakhirnya hari itu bermakna berakhir juga zaman persekolahan kami. Dia datang kepada aku dan menyerahkankan kembali nota yang dipinjam nya dulu.

Di rumah aku menemui sesuatu ketika mengemas buku. Di dalam nota yang dipulangkan Humairah terjatuh satu lipatan kertas yang berkemut. Di satu belah nota itu diconteng dengan kiraan matematik di satu belah pula tertulis sesuatu..

" Meeting you was a fate, following you there was a choice, but loving you is beyond my control..sorry...and thank you."

Wah...power ayat dia. Google ke ape..

Aku nak gelak tapi tak jadi...entah kenapa aku rasa ayat itu ditulis untuk aku...

7  tahun berlalu.
Sejak haritu aku tak pernah jumpa Humairah lagi. Masa berlalu dan aku juga sudah lupa pasal dia. Sekarang aku berjaya menghabiskan pengajianku dalam jurusan perubatan di sebuah universiti swasta tempatan dan bergelar seorang housemen di sebuah hospital di ibu kota.Pembelajaran aku ditanggung sepenuhnya oleh sebuah NGO terkemuka. Semua itu atas izin Allah melalui keputusan SPM aku yang cemerlang.

Memasuki dunia mahasiswa, aku banyak terdedah dengan perkara baru. Terlalu banyak persatuan dan fahaman seputar isu agama, politik dan sahshiah. Macam-macam orang yang aku jumpa, ada yang terlalu sosial, ada yang terlalu fanatik tokoh-tokoh tertentu, tak kurang juga yang asyik-asyik ajak aku masuk peniagaan MLM dia.

Terdedah dengan pelbagai ragam dan fahaman, membuatkan aku lebih berhati-hati memilih kawan. Dan melalui itulah aku mula terjebak dengan geng-geng tarbiyyah.

***

Alhamdulillah,

Terima kasih kerana sudi membaca TEASER Ikhwah Perfect 10 . Mudah-mudahan karya ini mampu meberi manfaat kepada anda.

Sebenarnya ia karya bersiri.

Adakah anda ingin tahu kesudahan cerita jejaka idaman malaya  ini dengan Siti Humairah? Apakah kesan setelah dia menerima tarbiyyah?

Awalnya karya ini ditulis adalah untuk dijual. Namun penulis mengambil keputusan untuk menghadiahkan karya ini secara percuma sebagai memperkenalkan diri kepada semua kerana blog ini masih baru dan inilah karya pertama yang berjaya ditulis sehingga habis.

Jadi,
Mohon bantu disebarkan karya ini agar penulis amatur ini dapat terus menghasilkan karya yang lebih berkualiti. Semoga satu hari ia berjaya menjadi satu metode dakwah yang mengesankan jiwa anak-anak muda.

Harapan saya tiada sebarang plagiarasi berlaku disini. Ianya adab tahu! 

Terima kasih sekali lagi. Saya doakan kita semua dipermudahkan urusan. Amin

Episod kedua akan dipos kelak.

=)

Thursday, May 26, 2016

Review cerpen Ikhwah Perfect 10 : Impian tanpa sempadan.

" Kita seharusnya menjadi imam kepada cinta, bukan dimakmumkan olehnya. "

Gambarnya kredit macam selalu. Bukan milik saya.

Ikhwah perkataan Arab bermaksud saudara lelaki. Dalam versi novel ini, ikhwah bermaksud seorang lelaki yang berada dalam lingkungan tarbiyyah, beriman dengan keimanan yang sebenar dan mencintai Rasululllah.

Karya ini bukan karya kosong tanpa makna. Ia impian saya. Bagai menyahut seruan saidina Umar, 

" BERIMPIANLAH ! " .

 Maka inilah mimpi tanpa batasan saya. Mimpi dijodohkan dengan seorang ikhwah yang perfect 10. Bukanlah bermaksud dia perlu cukup kesempurnaan duniawinya, tetapi lebih penting dia cukup 10 muwasafat tarbiahnya.

Namun sudah saya katakan, watak Izz Haikal adalah mimpi tanpa limitasi saya, maka dalam cerpen ini saya hadirkan dia dengan pakej lengkap idaman wanita. Wajah kacak, genius, dan berkerjaya.

Namun sebagai yang sangat mengenali diri sendiri, saya akui, agak keterlaluan untuk mengimpikan seorang lelaki yang begitu perfect jika diri sendiri tidak mahu diperbaiki. Maka saya menulis watak Siti Humairah. Dia fokus utama dalam cerpen ini dan juga impian utama yang saya mahu capai sebelum dijodohkan dengan ikhwah Perfect 10.

Menjadi Humairah, itu baru impian lejen yang melangkaui limitasi saya,

Watak Humairah hadir pada permulaan cerita sebagai gadis biasa-biasa yang jatuh cinta pada lelaki popular di sekolahnya. Mainstream sangat. Kes ini berlaku di mana-mana sekolah diseluruh dunia. Namun cinta si Humairah ini bukan cinta biasa. Cinta dia cinta obsesi, cinta tergila-gila. Dia mencabar kemampuan dirinya yang  agak lurus, slow dan kurang cerdik dengan usaha maksima agar dapat berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan si dia. Dalam sedar akan kemampuan dirinya itu, dia sekali lagi menyahut cabaran, mencampakkan dirinya ke sebuah sekolah budak pandai yang semestinya membuatkan dia lebih tertekan selepas itu. Dia gagal menyesuaikan diri dan bergaul dalam lingkungan rakan sebaya yang baru kerana sifat lembap dan lurusnya itu.Namun kerana cinta dia bertahan.

Namun diakhir cerita zaman sekolah itu cintanya masih tidak berbalas.

Sampai di situ kisah ini masih mainstream lagi. Ya itu biasa. Naskah drama juga ada.

Bagi yang memahami, sebenarnya cinta Humairah ini bukan cinta suci. Ia adalah cinta yang keterlaluan. Cinta yang keterlaluan sia-sianya. Betapa sempitnya dunia dia hanya kerana seorang lelaki. Cintanya itu nyatanya satu kelemahan. Kerana dia adalah hamba kepada cinta.

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham” 

- sohih Bukhari 

Pada satu tahap, cinta Humairah ini tidak kesampaian. Dia hilang impian dan harapan. Apa yang lebih sakit dari hilang arah dan tujuan hidup? Kala itu Allah menghantar hidayah kepadanya.

Dan menjadilah Humairah manusia baru. Dia jatuh cinta sekali lagi, pada Allah dan RasulNya dengan cintanya yang tergila-gila. Kali ini cinta itu menjadi logam untuknya. Dia mewakafkan dirinya kejalan Allah dan membuktikan keikhlasannya dalam setiap ujian yang menimpanya.

Keupayaan melihat sesuatu kelemahan sebagai sesuatu kelebihan, itu skill yang perlu ada pada setiap pendakwah, agar kita tidak terlalu judgemental dan memilih-milih harus berdakwah kepada siapa.

Sudah habis reviewnya, saya tidak mahu bercerita panjang dan menspoilerkan cerita ini. Saya berharap review ini  menarik minat anda untuk membaca. 

Ini bukan karya kosong yang saya tulis sekadar mengisi masa senggang, tapi inilah impian tanpa limitasi yang saya ungkapkan dalam sebuah naskah bisu, agarnya ianya sentiasa hidup menjadi motivasi. 


huhu.

Akhir tinta,
Bacalah dengan santai dan sejahtera. 

Jazakallah kerana sudi baca.



Thursday, May 12, 2016

Dari kaca mata islami : Review drama Liar game

Berlatarbelakangkan suasana sebuah daerah yang kelihatan damai, babak ini dimulakan dengan pengenalan protognisnya, seorang gadis muda yang lurus.

Gadis itu satu dalam seribu. Kita mungkin masih boleh bertahan dengan babak dia memulangkan syiling 10 yen kepada pejabat polis, namun bolehkah kita terima dengan akal apabila gadis ini hampir tertipu dengan panggilan hangit yang mengatakan adiknya dalam bahaya? Sedangkan dia sendiri anak tunggal. Pause. Babak itu buat saya terguling kejap.

Namun setelah berfikir sebentar, watak Nao(protognis lurus) dalam cerita ini sebenarnya bukan watak biasa. Dia adalah watak parodi yang dijelmakan untuk memerli kita sebenarnya. Anda tahu parodi?

Lumrahnya manusia, kadangkala bersifat skeptik , mementingkan diri dan memandang rendah kepada orang lain. Kadangkala kita menipu untuk kepentingan diri dan menindas orang lain. Namun kita mengharapkan ada manusia yang memandang tinggi dengan kita, mementingkan kita dan mempercayai apa yang kita kata. Kita marah jika ada yang bersangka buruk dan mengumpat kita, namun adakah kita semua tidak pernah melakukan perkara yang sama?

Bolehkah kita hidup di zaman millenium ini tanpa mementingkan diri, jujur dan hanya bersangka baik dengan orang lain? Bukankah semua itu sifat terpuji?...adeke manusia yang hidup tanpa menipu. Maka dari itu watak Nao dicipta. Gadis lurus-selurus-lurus dan lurus lagi.

Drama ni bukan bergenre cinta jadi watak heronya yang kacak bernama Akiyama dicipta lebih realistik walaupun kebijaksanaannya masih sukar untuk dipercaya. Si genius yang sinis ini menggunakan kepala otaknya untuk  membalas dendam dan akhirnya kepenjara. Namun dia bukan ke penjara untuk menyesali dosanya bahkan sekadar menerima hukumannya kerana baginya jenayah tetap jenayah.

Berhasrat untuk tutup buku dan move on dari masa lalunya selepas keluar penjara ternyata ia perkara yang sukar setelah dirinya terlibat pula dengan si protognis, Heroin  kita yang lurus tadi. Lebih2 lagi apabila satu rahsia tersingkap di mana pembalasannya dulu sebenarnya belum selesai lagi.

Maka di sini jalan cerita liar game bermula. Harus diingat watak utamanya yang sebenar adalah si lurus bukan si genius. Tipikal drama watak utamanya akan menang, tapi boleh kah gadis naif ini menaklukkan permainan para penipu itu dengan kejujurannya.

Cerita ini menunjukkan nilai sebenar sikap jujur, dimana ia tidak harus diamalkan dengan membuta tuli tapi jika anda benar2 seorang yang jujur sekalipun membuta tuli ia akan mengesankan orang lain dengan ke ikhlasan anda.

Tidak mengapa sekiranya anda tidak pandai atau dalam bahasa kasarnya anda seorang yg bodoh, buta atau tuli menilai tapi keikhlasan anda akan memenangkan pihak yang benar. Akan tetapi harus diingat, sikap lurus yang membuta tuli akan membawa padah. Ia bukan soal salah atau tidak untuk terus jujur tapi Allah mengurniakan  akal untuk manusia berfikir. Jadi mesej cerita ini adalah keikhlasan itu tidak perlu diterjemahkan dengan kata2, namun ia adalah perbuatan kita yang sanggup mengorbankan kepentingan diri demi kebaikan orang lain.  Hebatnya mesej cerita ini disampaikan dengan bersahaja sahaja.



Thursday, May 5, 2016

Teori iman menguncup.

Salam israk mikraj.
kredit
Sekiranya anda belajar ekonomi, salah satu yang anda patut tahu adalah apa yang akan jadi sekiranya ekonomi meleset (baca:recession),

Graf ekonomi berbentuk bukit bukau tetapi mendaki dan menuruninya bukanlah satu perjalanan yang menyeronokkan,

Menaiki hingga ke puncak (baca:economic growth), bererti harus berhadapan risiko kenaikan jenayah dan korupsi,

Manakala turun ke lembah paling bawah (recession), bermakna harus tegar mengharungi krisis ekonomi yang buruk, seperti peningkatan inflasi dan pengangguran.

Chia-chia sangat, boring giler kalau pos ni terlalu ilmiah.

Terus kepada poin.
Teori Fiskal Menguncup. Haa...kuncup tak kuncup..Dengan menaikkan cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan, ia salah satu cara untuk mengatasi risesi ini.

So?
Takdela..
Beberapa hari ini terasa begitu menggebu sibuk. Hanya berfikir mahu menyiapkan assignment sahaja, balik rumah terperuk dibilik dan esoknya celik mata sambung buat esaiment balik. Alahai, minum tea lipton hidup lebih bermakna..

Sekiranya ada nombor lebih kosong dari kosong pasti saya kata itulah skala perasaan saya.
Sibuk apa tah sampai ahli rumah juga ada yang tak sempat disapa..

Jujur terasa iman saya terasa sedang recession sekarang,
Jahiliah lama belum habis move-on, jahiliah baru pula move-in..

Teori Iman Menguncup..boleh saya kata begitu. Terasa sedang mencukai masa saya dengan dunia sedang pelaburan akhirat semakin kurang.
Otoke.
Manusia itu asalnya dari syurga, maka carilah jalan pulang ke syurga.

Doakan saya dapat balik ke kampung halaman.

‪-heroin2oktober-
Student investment yang hobinya mengayat.
P/S: Naik dan turun. Bukankah ianya signifikan dengan sirah israk mikraj?

Tuesday, May 3, 2016

Impian 9 dari 101 : Anak yang lebih berguna.

sehari sebelum kejadian




Masa itu, kereta dalam perjalanan pulang ke rumah dari kampung halaman.


Radio dipasang kuat benar. Kadang-kadang mak buat pop kuiz " Teka Siapa Nyanyi" , mengurut-ngurut bapak yang sedang mengantuk , penat dari pemanduan yang panjang. Kdangkala mak menyergah bapak seketika, dan bapak akan ketawa..namun masih tidak berjaya mengusir syaitonirrajim yg dipercayai memberatkan kelopak matanya.


" Yaa..I guess hero got old too.." bisik saya dalam hati.


Anaknya yang kurang berguna waktu ini baru bangun dari tidurnya yang panjang. Yalah, Kereta belumpon masuk ke lebuhraya dia sudah bertolak ke alam mimipi.


Teringat satu pos Aiman Azlan yang bertajuk "Rumah tangga dalam kereta". Rasanya saya dah paham apa yang cuba disampaikan.


One day, I will got old and I dream the same scene too.


Tapi risau jugak, penyakit tidoq dalam keta ni sudah menjadi sindrom yang belum ditemukan penawarnya.


Silap aribulan scene ini akan bertukar dengan saya pula yang dikejutkan oleh pemandu saya.

Hehe.


Relationship goal. Ini mimpi la..mimpi.. =p


Post ini saya tidak pernah sambung dalam fb.


Saya punya lesen kereta sebenarnya namun itu LESEN GANTUNG. Maksud?

Lesen itu cuma sekadar hiasan sahaja. Saya dah lama tak bawa keeta jadi takut-takut lagi. Masa-masa beginilah sebenarnya saya rasa saya benar-benar tak berguna.


Impian saya ke 9 dari 101, bukan mencapai relationship goal sebenarnya tapi menjadi anak yang berguna. Tak susahkan hati mak bapa dan memimpin mereka ke syurga. Amin, amin, amin..