" Kita seharusnya menjadi imam kepada cinta, bukan dimakmumkan olehnya. "
![]() |
Gambarnya kredit macam selalu. Bukan milik saya. |
Ikhwah perkataan Arab bermaksud saudara lelaki. Dalam versi novel ini, ikhwah bermaksud seorang lelaki yang berada dalam lingkungan tarbiyyah, beriman dengan keimanan yang sebenar dan mencintai Rasululllah.
Karya ini bukan karya kosong tanpa makna. Ia impian saya. Bagai menyahut seruan saidina Umar,
" BERIMPIANLAH ! " .
Maka inilah mimpi tanpa batasan saya. Mimpi dijodohkan dengan seorang ikhwah yang perfect 10. Bukanlah bermaksud dia perlu cukup kesempurnaan duniawinya, tetapi lebih penting dia cukup 10 muwasafat tarbiahnya.
Namun sudah saya katakan, watak Izz Haikal adalah mimpi tanpa limitasi saya, maka dalam cerpen ini saya hadirkan dia dengan pakej lengkap idaman wanita. Wajah kacak, genius, dan berkerjaya.
Namun sudah saya katakan, watak Izz Haikal adalah mimpi tanpa limitasi saya, maka dalam cerpen ini saya hadirkan dia dengan pakej lengkap idaman wanita. Wajah kacak, genius, dan berkerjaya.
Namun sebagai yang sangat mengenali diri sendiri, saya akui, agak keterlaluan untuk mengimpikan seorang lelaki yang begitu perfect jika diri sendiri tidak mahu diperbaiki. Maka saya menulis watak Siti Humairah. Dia fokus utama dalam cerpen ini dan juga impian utama yang saya mahu capai sebelum dijodohkan dengan ikhwah Perfect 10.
Menjadi Humairah, itu baru impian lejen yang melangkaui limitasi saya,
Watak Humairah hadir pada permulaan cerita sebagai gadis biasa-biasa yang jatuh cinta pada lelaki popular di sekolahnya. Mainstream sangat. Kes ini berlaku di mana-mana sekolah diseluruh dunia. Namun cinta si Humairah ini bukan cinta biasa. Cinta dia cinta obsesi, cinta tergila-gila. Dia mencabar kemampuan dirinya yang agak lurus, slow dan kurang cerdik dengan usaha maksima agar dapat berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan si dia. Dalam sedar akan kemampuan dirinya itu, dia sekali lagi menyahut cabaran, mencampakkan dirinya ke sebuah sekolah budak pandai yang semestinya membuatkan dia lebih tertekan selepas itu. Dia gagal menyesuaikan diri dan bergaul dalam lingkungan rakan sebaya yang baru kerana sifat lembap dan lurusnya itu.Namun kerana cinta dia bertahan.
Namun diakhir cerita zaman sekolah itu cintanya masih tidak berbalas.
Sampai di situ kisah ini masih mainstream lagi. Ya itu biasa. Naskah drama juga ada.
Bagi yang memahami, sebenarnya cinta Humairah ini bukan cinta suci. Ia adalah cinta yang keterlaluan. Cinta yang keterlaluan sia-sianya. Betapa sempitnya dunia dia hanya kerana seorang lelaki. Cintanya itu nyatanya satu kelemahan. Kerana dia adalah hamba kepada cinta.
“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”
- sohih Bukhari
Pada satu tahap, cinta Humairah ini tidak kesampaian. Dia hilang impian dan harapan. Apa yang lebih sakit dari hilang arah dan tujuan hidup? Kala itu Allah menghantar hidayah kepadanya.
Dan menjadilah Humairah manusia baru. Dia jatuh cinta sekali lagi, pada Allah dan RasulNya dengan cintanya yang tergila-gila. Kali ini cinta itu menjadi logam untuknya. Dia mewakafkan dirinya kejalan Allah dan membuktikan keikhlasannya dalam setiap ujian yang menimpanya.
Keupayaan melihat sesuatu kelemahan sebagai sesuatu kelebihan, itu skill yang perlu ada pada setiap pendakwah, agar kita tidak terlalu judgemental dan memilih-milih harus berdakwah kepada siapa.
Sudah habis reviewnya, saya tidak mahu bercerita panjang dan menspoilerkan cerita ini. Saya berharap review ini menarik minat anda untuk membaca.
Ini bukan karya kosong yang saya tulis sekadar mengisi masa senggang, tapi inilah impian tanpa limitasi yang saya ungkapkan dalam sebuah naskah bisu, agarnya ianya sentiasa hidup menjadi motivasi.
huhu.
Akhir tinta,
Bacalah dengan santai dan sejahtera.
Jazakallah kerana sudi baca.
No comments:
Post a Comment