Saturday, July 23, 2016

Ikhwah Perfect 10 (Part 6)

Bismillahirrahmanirrahim..
Part VI: Garis besar

kredit


Aku menutup pintu kereta. Usai menekan kunci sensor aku bergerak masuk ke dalam rumah. Namun langkahku terhenti separuh jalan bila dia memanggil namaku.

" Izz Haikal..." datar sahaja suaranya.
Sebaik sahaja aku menoleh ke belakang, sehelai sampul dihulur kepada ku.

" Saya tak perlukan bantuan awak..terima kasih..." wajahnya tiada perasaan. Sampul itu aku ambil. Selajur dia berpaling meninggalkan aku. Aku dapat teka isi didalamnya. Duit. Bil hospital dan ubat ibu Humairah yang aku tolong bayarkan. Aku termanggu seketika. Humairah ni kan...

" Niat saya cuma membantu..." mendatar suara aku. Sedaya upaya mengawal rasa kecewa ditolak begitu. Niat aku benar-benar sekadar membantu.

" Izz Haikal, awak suka kat saya kew?" Sinis suaranya.

Aku diam.

"Saya tahu jawapan awak. Jadi jangan buat saya konfius lagi. Jangan ganggu saya lagi. Awak dah bertunang pun dengan Yusra" Tegas dia menjawab. Meletakkan garisan jelas antara kami. Tenang dia melangkah meninggalkan aku.

"Satu lagi..." langkahnya dihentikan sambil menoleh kebelakang...                    
                                                                                                
“ Awak jangan risaukan saya. Saya ada Allah dan cukuplah dia sebagai Penjaga. “ suaranya kedengaran yakin.                                                                                                                                                                
Sekaligus aku terpana dengan jawapannya. Ia seolah satu tamparan hebat untuk aku. Mengingatkan aku juga tentang batas yang aku sepatutnya jaga sebagai seorang ikhwah.

***

Malam itu aku bermalam di rumah naqibku setelah dua hari bermalam di hospital. Aku tidak pulang ke rumah sewa kerana tidak mahu bertembung dengan Humairah. Aku malu padanya.  Mujur hari itu isteri abang Mikail tiada dirumah. Seminar katanya. Namun beberapa hari itu tidak berlalu sepi...fikiranku asyik teringatkan Humairah..sekaligus membuatkan aku terpaksa mengakui...

Ya..mungkin aku sudah jatuh cinta padanya. Cuma aku tidak yakin samaada ini rasa kasihan atau sekadar melawan ego. Aku ingin sekali melamarnya, namun penolakan demi penolakan juga buat aku takut mengambil langkah lebih jauh...aku takot kecewa. Dahlah aku pernah cakap nak bertunang dengan orang lain.

Namun aku semakin risau dengan diri sendiri. Aku tidak boleh terus menghabiskan hari-hari aku dengan memikirkan Humairah. Sepatutnya hari-hari aku dihabiskan memikirkan kerja-kerja dakwahku, dan maslahah umat. Mengapa aku boleh jadi begini kerana seorang wanita..Astaghfirullahalazim...baru aku sedar betapa aku masih perlu ditarbiyah lagi.

***

" Izz, Abang nak tanya sikit nih...." abang naqibku Mikail bertanya. Lamunanku terputus. Aku mengangguk.

" Ko ade problem ke??cerita la kat ,abang.."..pujuknya..Aku diam sahaja. Abang Mikail semakin risau.
" ....izz...pesal ni?..anak usrah izz pon risau pasal izz..sampai tanya kat abang kenapa liqa' diorg izz asyik kansel jer...Izz sakit ke?.."

Pertanyaan itu menyedarkan aku. Selajur aku beristighfar lagi. Rasa bersalah menghantui aku. Baru aku teringat liqa' terakhirku adalah pada sebulan lepas. Ternyata masa yang aku peruntukkan untuk dakwah berkurang lantaran terlalu memikirkan masalah peribadi.

Astaghfirullah...Futurkah aku begini? Serabut. Dalam masa yang sama hatiku bertingkah. Bagaimana aku bisa membawa liqa' dan memberi pengisian sedang jiwa aku sendiri larut dengan dunia....cinta... Astaghfirullah. Layakkah aku menjadi murobbi begini? Aku memandang abang Mikail yang aku hormati itu. Barangkali ada  baiknya aku bercerita padanya..dia murobbiku, kalau bukan dia siapa lagi yang boleh memahami aku...

*****

Terkebil-kebil Abang Mika memandangku. Aku menumbuk bahunya perlahan.

" Bro.."panggilku.

Abang Mika tiba-tiba tertawa.

" Sorry, abang sebenarnya hepi sangat ko cerita kat abang masalah ko.." Mikail menggosok-gosok bahunya.

Aku angkat kening tinggi-tinggi. Sepesen dengan Acap jawapan dia. Muka aku mintak jawapan tanda aku tak faham maksud dia. Takkan la abang Mika pon ingat aku ni perfect 10 jugak kowt.

" Dalam banyak-banyak anak usrah abang , ko sorang jer yang macam takde problem sebelom nih, merungut pasal kerja ko pun langsung tidak..." jelasnya. Izz Haikal yang dikenali oleh Mikail tak pernah mengeluh apa-apa pada dia.

            Aku tersengih jer. Bukan aku takde masalah. Aku ni memang jenis pendam sebenarnya. Tak suka cerita. Aku lagi suka mendengar.

"...Bila anta mengadu macam nih baru abang confirm anta pon ikhwah normal juga..."sambung Mikail. Sah, aku tak normal sebelum ini.

" tuan doktor, tuan doktor..." seru abang Mikail lagi dengan nada bercanda. Dia menggeleng-geleng sambil mengusap-ngusap bahuku.

" Sepatutnya definisi cinta itu adalah sesuatu yang memberi berkah, sakinah dan mawaddah kan..? . Anta tahu beza cinta biasa dan cinta para pejuang? " Abang Mika mula berceramah.

Aku menggeleng. Jangan tanya aku pasal cinta, aku memanglah zero pasal perkataan lima huruf ini. Lagi-lagi kepada insan bergelar wanita kecuali ibuku. Selama ini aku tidak pernah memupuk cinta lain selain kepada Allah dan Rasulullah.

" Bak kata Sternberg cinta ni ada tiga komponen. Keintiman, ghairah dan komitmen. Fahaman yang ditanamkan oleh barat ialah urutannya bermula dengan keintiman, selepas itu ghairah dan akhirnya barulah komitmen lebih besar seperti perkahwinan. Tapi..."

Abang Mikail memegang bahuku. Mata kami saling menatap.

" Sebagai pejuang islam. Tugas kita mengislah ummah Izz...Urutan kita bermula dengan komitmen...ikatan kesetiaan...ikrar kerelaan untuk berkorban, ...dalam jalan dakwah ni...kita adalah imam kepada cinta bukan diimamkan oleh cinta..."

" Manusia memang dijadikan dengan ego izz, dan kadang-kadang dengan ego kita mengawal perasaan kita. Cinta tu fitrah, normal Izz.. tapi anta kene belajar memahaminya...Anta kecewa mungkin sebab posisi jiwa anta salah.."

Aku sabar menanti penjelasan selanjutnya.

" Abang bagi contoh, kita mencintai seseorang lalu kita anggap kita akan bahagia jika kita dapat hidup bersama dia. So bila kita ditolak, kita tak dapat hidup bersama dia, itu da jadi satu penderitaan. Kita derita bukan sebab kita mencintai atau cinta tu sendiri tapi sebab kita terjemahkan bahagia kita sebagai satu kebersamaan..."

Lembut Abang Mika memujuk.

" Anta tak pernah diuji dengan ujian cinta bukan? "

Diam. Berfikir sekejap. Selajur mengangguk.

Mikail tertawa. Dia tidak menafikan , di sebalik kesempurnaan yang terlihat pada Izz Haikal, lelaki yang dikenalinya itu memang agak jahil tentang cinta, hati atau perasaan., slow dan tak berapa reti mendisplaykan perasaan sayangnya meskipun pada anak usrahnya sendri. Kalau bukan dia ikhwah sudah tentu dia akan sangka si Izz Haikal ni tidak straight.

 Dia mengenali pemuda sebelum pemuda itu masuk tarbiyyah lagi. Aqeel Izz Haikal adalah jejaka tampan yang tegas, yang punya ramai peminat perempuan namun tidak pernah menunjukkan tanda-tanda dia berminat dengan perempuan. Pendiam dan namun punya prinsip.

            Tidak dinafikan ego lelaki itu sedikit tinggi, namun selepas tarbiyyah dia nampak lelaki itu cuba berubah. Dia amat tegas dalam soal ikhtilat dan menundukkan pandangan nih. Dia tidak sekalipun memanfaatkan ketampanan wajahnya untuk mempermainkan perempuan atau untuk dirinya sendri. Dia punya cara tersendiri dalam berdakwah sekalipun tidak teragak-agak menasihati.  Walaupun kadang-kadang tegurannya ada melukai hati orang lain, namun lama-kelamaan mereka akan sedar bahawa si pendiam itu tidak akan bersuara melainkan perkara yang ditegur itu benar-benar salah. Bila ditegur pula lelaki itu akan cuba bersabar dan mengambil hikmah. Jarang sekali dia cepat marah atau melatah. Ikhwah syadid kate orang.

Namun kerana sikap tegas itu juga  Mikail hampir sahaja terfikir yang Izz Haikal mungkin selama-lamanya agak sukar menemukan jodoh yang sesuai sekiranya dia mencari sendiri. Kerana itu dia mengambil inisiatif bertanyakan soal baitul muslim kepada pemuda itu.


            Dia tidak menyangka hari ini lelaki itu menunjukkan sisi normal tentang perasaanya pada seorang wanita. 

Izz Haikal terdiam. Dia beristighfar lagi dan lagi.Menangis dalam hati. Dia sangat malu dengan Allah dan Rasulnya. Dia benar-benar mengharapkan petunjuk Allah ke atas dirinya sendiri kali ini.

bersambung...

No comments:

Post a Comment