Bismillahirrahmanirrahim..
Part V: Masa lalu dia.
![]() |
kredit |
Kusut. Hal Humairah memenuhi kepala aku. Malam itu aku berbual panjang
dengan Acap. Sabar jelä dia dgn aku. Yalah, hanya dia yang tahu kisah pasal aku
dan Humairah. Aku ni pon satu, sibuk pikir masalah orang, padahal aku perlu
berehat sebab esok giliran aku on-call.
Acap buat muka serius kali ni. Terkebil-kebil
jugak dia menahan ngantuk. Musyawarah(perbincangan) kami Acap tutup
dengan satu pertanyaan..
" Kau pernah tahu apa sebenarnya yang terjadi dengan hidup dia? Ko
cakap result SPM dia ok kan? Kenapa
dia tak sambung belajar? Kat mana pulak dia kenal si Yusra tuh?...
***
Persoalan yang diutarakan Acap menyebabkan aku mula mencari tahu mengenai
Humairah. Ku tebalkan muka menyuruh mak cik yang selalu menjadi org tengah
dalam baitul muslim itu bertanyakan perihal Humairah, pada sesiapa yang megenalinya.
Nak tanya Yusra sendri segan la aku . Sesekali aku cuba mencari tahu melalui
alumni lain. Tapi sebab Humairah ni lone-ranger
tak ramai yang tahu pasal hal dia...Mujur mk cik Halijah yang baik tu ada...
"Humairah selepas SPM melanjutkan pelajaran diploma di sebuah kolej
swasta. Lepastu dia kena tipu dan sijil dia disahkan tidak laku. Keluarga
diorang terlibat dengan kemalangan lepas itu dan ayah dia meninggal. Dia putus
asa nak menyambung pelajaran lepas tu jadi sekarang dia kerja untuk bayar hutang
dan menjaga ibunya yang sakit.." Panjang lebar Whatsapp Mak Cik Halijah.
Aku terkedu. Berliku sungguh hidup dia nih. Komplikated. Sebab tuh ke dia cakap dia
lulusan SPM jer. Teringat pulak aku berita student kene tipu macamtuh dalam
surat khabar. Bende ni rare sangat
sebenarnya nak jadi terutama kat budak sekolah aku. Yalah, kalau dah cemerlang
mesti banyak tawaran bagus buat ape amek risk
masuk swasta. Tak sangka Humairah ni la orang yang satu dalam seribu tuh.
Tapi Humairah ni memang lurus sikit daripada dulu, mungkin sebab tu jugak dia
kene tipu. Marah pulak aku kat orang yang menipu Humairah ni. Hish..
Malam itu aku on-call. Routine check-up sudahpun aku selesaikan
tadi. Mesej mak cik Halijah aku baca semula. Kalau boleh nak tanya lagi tapi
segan la pulak. Aku tarik nafas panjang.
Chill dulu Izz Haikal. Sibuk sahaja
nak tahu masalah orang. Check dulu
mutabaah amal, dah setel belom?
Riuh-rendah di wad 6a menarik perhatianku. Kedengaran suara dua anak
beranak bertikam lidah namun mereka cuba ditenangkan oleh doktor yang bertugas
agar tidak mengganggu pesakit lain.
"Mak cik tak nak duduk sini...nak balek....." seorang wanita
dalam lingkungan 50-an bersuara. Dia merengek-rengek bagai anak kecil.
Menghentak-hentak kaki.
" Mak duduk sini dulu..kaki mak sakit, nanti berulat kang.. macamana?
" Si anak kelihatan tegang namun cuba bertenang. Tangannya memegang kaki
ibunya agar si ibu tidak menghentak-hentak lagi.
"Tak nak...tak nak..mak cik nak jumpa anak mak cik..." wanita tua
itu kelihatan langsung tidak kenal anaknya. Dia meronta-ronta dan mula
menangis. Tangannya menolak semua bende di sekelilingnya sehingga jatuh.Bersepah
dan terabur. Doktor yang bertugas datang ke arah mereka. Si anak menarik
nafasnya. Wajahnya yang tegang cuba dilembutkan. Selajur istighfar meniti
bibirnya.
" Mak cik.. jangan menangis!” Pujuknya lembut. Dia mula menukar
panggilan itu. Tangannya dilekapkan ke bahu wanita itu seraya bertentang mata
dengannya. Matanya seolah berbicara lembut agar si ibu lebih bertenang. Berkesan. Si ibu tersedu-sedu menahan
tangisnya. Bagaikan anak kecil.
“ Esok kita balik ya mak cik, Aira sayang kat mak cik, tapi kalau mak cik
nangis macam ni Aira susah hati. Kak Long pun susah hati. Mak cik nak kami
gembira kan?” anak itu memandangnya
sayu. Tubuh tua itu diselimuti dengan penuh kasih sayang. Ibunya dipeluk
sekejap.
Si ibu tua itu mengangguk-ngangguk.
“ Aira, esok bawa mak cik
jumpa anak-anak mak cik ya. Mesti diorang risaukan mak cik..”
Gadis itu mengangguk. Senyumannya cuba diukir semanis mungkin
menyembunyikan seribu satu rasa di hatinya. Juga agar wanita tua itu lebih
tenang. Kemudian dia menoleh kearah doktor yang bertugas.
" Maaf doktor, Mak saya Alazheimer, Kaki dia cedera tadi sebab
merayau-rayau time kak long saya tertidur.
Baru sekejap tadi jumpa dia. Biar dia tidur di wad ni semalam dulu ya. Saya
jaga...malam ini kami tidak boleh balik, ada hal kat rumah...." tangannya
menepuk-nepuk tubuh tua itu sehingga tertidur.
" Ayah awak mana?"tanya si doktor. Tangannya mencatat-catat sesuatu dalam buku rekod.
Si anak diam.
"Dah takda..." tanpa memandang dia menjawab. Si doktor
mengangguk-ngangguk. Dia mengisyaratkan seorang
jururawat menulis sesuatu dalam bukunya.
" Ok..tapi esok boleh check-out
yer..kaki dia tak terok sangat tuh...mujur wad tak penoh..ade katil kosong...." pesan jururawat itu. Sekadar
mengingatkan ini adalah hospital kerajaan dimana lebih banyak pesakit lain yang
memerlukan katil itu.
Dia diam lagi. Hanya mengiakan doktor itu. Lambat-lambat dia mengemas barang-barang yang jatuh.
***
Aku memerhatikan drama swasta itu dengan rasa berbaur. Apa lagilah kisah si
Humairah ni yang aku tidak tahu. Drama-drama. Kebetulan atau takdir kami
bertemu begini? Oh aku terlupa, dalam dunia ini mana ada kebetulan. Semuanya pasti daripada Allah.
No comments:
Post a Comment