Bismillahirrahmanirrahim..
Part VII : Mengislah Cinta.
gambar sekadar hiasan.
Aku
memaklumkan pada abang Mikail malam itu bahawa aku ingin membatalkan
pertunanganku dengan ukhti Yusra. Terlebih dulu aku mengirim surat kepadanya
mengatakan aku memohon maaf kerana jika keputusanku itu menyakiti hatinya. Aku
menemui kembali keluargaku dan keluargnya menyatakan rasa hatiku.
Keluarga Yusra agak marah
pada mulanya namun akhirnya menerima keputusanku dengan reda. Untung keluargaku
memahami. Mereka tidak bertanya apa-apa.
Abang Mikail bertanya
tentang Humairah. Apakah aku mahu melamarnya. Aku terdiam sekejap. Jujur apa
yang terjadi mengajar aku banyak perkara. Aku belajar untuk lebih ikhlas dan
memperbetulkan niat sebelum membuat keputusan. Aku tidak mahu terburu-buru lagi
berkahwin dan meminta tempoh untuk beristikharah kepada Allah. Abang Mikail memahami.
Dia tidak lagi mahu bertanya atau mencadangkan aku mana-mana akhwat lagi.
Beberapa hari itu aku cuba
bermuhasabah diri. Hati ku tak berhenti-henti berdoa kepada Allah supaya
memberi petunjuk kepada ku tentang perasaan ku ini. Andai dia bukan jodohku dan
rasa ini hanya nafsu semata aku minta supaya Allah menjauhkan aku daripadanya,
dan jika sebaliknya aku mohon agar Allah mempermudahkan aku dengannya kelak.
Sepucuk surat sampai ke
tanganku daripada ukhti Yusra. Surat itu ku buka dan baca.
Assalamualaikum
saudara Aqeel Izz Haikal yang terhormat,
Surat
saudara sudahpun saya terima dan baca semalam dan jujur hati saya sungguh
terluka menerima penolakan saudara. Namun saya tidak terkejut kerana dari awal
saya dapat merasakan pandangan saudara yang amat berbeza kepada Humairah semasa
kita bertemu haritu. Saudara mencintainya bukan?
Humairah
itu sahabat saya dan dia mendapat tarbiyyah bersama dengan saya di kampus yang sama . Namun saya amat menyayanginya.
Selaku sahabatnya saya ingin mencontohi sahabat Rasulullah yang menyerahkan mas
kahwinnya sebaik sahaja mengetahui wanita idamannya mencintai sahabatnya.
Humairah
yang saya kenali itu seorang yang amat bersungguh-sungguh dan terang hatinya. Kami
mengambil jurusan berlainan namun kerapkali bertemu di makmal. Kala itu saya
berasa amat aneh bila melihat betapa susahnya dia memahami apa yang diajarkan
oleh pensyarah kami. Mengapa dia perlu bersusah payah mempelajari sesuatu yang
tidak diminatinya di sebuah kolej swasta?
Ketika ditanya dia bercerita bahawa tujuan dia
mengambil kos biomedik adalah kerana dia ingin menyaingi seorang lelaki yang
dicintainya pada zaman sekolah yang pada masa itu sedang menyambung jurusan
doktor. Bersungguh benar dia, walaupun tidak terlalu pandai , dia cukup
berusaha sehinggalah dia berjaya menghabiskan pengajiannya dengan lulus
cemerlang.
Sampai
di situ saya amat kagum dengannya. Namun nasib tidak menyebelahinya. Harapan
cintanya musnah apabila sijil kelulusan bagi jurusan itu gagal mendapat pengiktirafan
MQA. Biasalah institusi swasta hanya mementingkan keuntungaan. Saya cuma
bernasib baik kerana kos yang saya ambil itu sememangnya mendapat
pengiktirafan.
Ketika
dia dirudung kesedihan itulah dia menemui usrah dan menerima tarbiyyah. Dia
mengajak saya menyertainya dan itulah sesuatu saya tidak dapat lupakan sehingga
sekarang. Dia mengganti cintanya yang tidak kesampaian dengan cintanya kepada
Allah dan Rasulullah s.a.w. Kemuncaknya dia menyatakan kepada saya bahawa dia
ingin mewakafkannya dirinya ke jalan dakwah.
Namun
seperti yang saudara tahu menjadi mukmin itu tidak mudah. Saya menyaksikan
dengan mata dan kepala saya sendiri betapa hebatnya ujian yang dia alami
setelah mengumumkan ikrarnya untuk berwakaf di jalan dakwah. Dia diuji dengan
kehilangan ahli keluarga, sakit ibunya, masalah kewangan hinggalah ketika saya
menceritakan bahawa saya akan bertunang dengan anda..
Jujur
saya tidak pernah dapat meneka saudaralah lelaki yang hadir lewat impiannya
dulu sehinggalah selepas itu dia memberi tahu bahawa saudara bekas rakan
sekelasnya. Dia tidak pernah bercerita lagi selepas itu sehinggalah saya
mendapat tahu tentang saudara melalui rakan sekelasnya yang lain.
Saudara,
Humairah itu
baik dan ikhlas orangnya. Maka saya mohon percepatkanlah urusan sekiranya
saudara mahu menikahinya. Tidakkah saudara nampak betapa dia cuba menjaga
ikrarnya?
-Dewi Yusra-
Aku melipat surat Dewi Yusra itu dengan hati yang bercampur baur. Satu
persatu kenangan kami dari zaman sekolah kini bermain di kotak fikiranku.
Bagaikan semalam hari-hari itu baru berlalu.
Pandanganku terarah kearah
kotak hitam yang aku letak diatas almari baju. Kotak hitam itu aku tidak ingat
isinya namun aku bawa juga setiap kali aku berpindah rumah kerana merasakan ada
barang penting di dalamnya. Kotak itu ku bawa turun.
Isinya cuma barang-barang
lama seperti cermin mata patah dan keychain
yang putus. Terdapat juga beberapa
resit lama yuran pengajianku Namun kemudian ekor mataku menangkap sesuatu.
Sekeping ketas yang berkemut ku buka dan ku baca.
" Meeting
you was a fate, following you there was a choice, but loving you is beyond my
control..sorry...and thank you."
Di antara kertas-kertas itu juga aku
temui sepucuk sampul surat usang yang sudah pudar warnanya. Sampul surat itu ku
buka dan ku baca isinya.
Ia surat cinta yang
dikirim Humairah semasa form 3 dulu. Ya Allah ya Tuhanku, mengapa aku menyimpan
semua ini sehingga hari ini?.
Cinta. Rupanya perasaan itu pernah hadir
dulu tapi aku nafikan. Akhirnya aku dapat jawapan mengapa hatiku tidak pernah
terbuka pada gadis lain.