Epilogue
gambar sekadar hiasan.
"Sah!!"
Pak cik Luqman tersenyum mengiakan lafaz
nikah itu. Aku memanjat syukur didalam hati. Sempurna sudah sebahagian daripada
agamaku. Setelah pelbagai onak duri akhirnya Humairah selamat kunikahi. Berlalu
sudah segala kenangan pahit manis sepanjang melalui tempoh perkenalan ini. Aku
tidak mahu bercerita lanjut bagaimana kisah cinta kami , cara aku melamarnya dan
sebagainya. Tak perlu kau orang bayangkan juga kerana ia langsung tidak seperti
naskah-naskah drama cinta yang kau orang tonton. Usahaku selepas itu adalah lebih kepada berdoa
dan memperbaiki diri sendiri. Akhirnya, di
jalan dakwah kami bernikah. Sukar digambarkan
betapa tenang hatiku saat lafaz sakinah itu dilafazkan. Aku memandang ke
belakang. Kelihatan sang permaisuri hati tunduk. Seraya mendekati. Mata kami
bertembung namun...aku tertawa...
" Muka nak nanges dia tuh.."
aku tergelak didalam hati.Kala itu aku bagaikan terlihat imbasan dirinya
tujuh tahun yang lalu. Cuma kali ini muka nangisnya ditambah dengan sedikit
celak mata yang sudah comot. Itulah ekspresi yang aku rindui. Air mata Humairah
yang jatuh aku seka . Seraya tanganku dicapainya sambil menahan tangis.
"Selamat kembali Humairah..!!"bisikku sambil tersenyum nakal
menyambut salam isteriku itu. Dalam tangisnya dia tertawa bahagia.
*****
Humairah bangun untuk
menambah rakaat solat syukurnya. Malam itu seperti biasa dia bangun melunaskan
rindu kepada Robb-nya. Dalam keheningan malam dia memilih tikar sejadah dari
tidurnya. Namun tiba-tiba tangannya ditarik. Humairah menoleh kepada pemilik
tangan itu. Batal sudah air wuduknya.
" Solat apa ??" tanyaku lembut. Dia tersenyum memandang aku.
"Syukur.."jawabnya pendek.
Aku membuka telekungnya. Perlahan
isteriku itu kutarik ke katil.
" Awak tak sedar dah berapa hari kita kahwin?"lembut aku bertanya.
Dia terdiam. Berfikir sebentar. Jarinya digerakkan untuk mengira.
" 4 minggu.." dia mendongak. Matanya yang bening ku jatuh ke mataku.
"..sebulan lebih, sayang.." aku membetulkannya.
" ...dan sehingga sekarang kita belum pernah menikmati malam
pertama.." sambil tersenyum aku mengingatkan.
Gadis itu menepuk kepala.
" Maaf.." wajahnya tunduk.
Sejujurnya aku sendiri baru
teringat. Sudah beberapa malam ini kami
menghabiskan malam-malam kami dengan mensyukuri nikmat Allah yang amat banyak
diatas tikar sejadah. Begitu terharu dengan nikmat penyatuan ini sehingga kami
tidak sedar betapa cepat masa berlalu.
Dia melipat sejadahnya lalu duduk di
sebelah ku. Malam itu kami habiskan lagi dengan bertasbih memuji kebesaran
Allah lagi dengan cara yang berbeza.
Aminnn...
TAMAT
No comments:
Post a Comment