Wednesday, March 29, 2017

Ikhwah Perfect 10 (Part 7)

Bismillahirrahmanirrahim..

Part VII : Mengislah Cinta.

gambar sekadar hiasan.



                Aku memaklumkan pada abang Mikail malam itu bahawa aku ingin membatalkan pertunanganku dengan ukhti Yusra. Terlebih dulu aku mengirim surat kepadanya mengatakan aku memohon maaf kerana jika keputusanku itu menyakiti hatinya. Aku menemui kembali keluargaku dan keluargnya menyatakan rasa hatiku.

            Keluarga Yusra agak marah pada mulanya namun akhirnya menerima keputusanku dengan reda. Untung keluargaku memahami. Mereka tidak bertanya apa-apa.

            Abang Mikail bertanya tentang Humairah. Apakah aku mahu melamarnya. Aku terdiam sekejap. Jujur apa yang terjadi mengajar aku banyak perkara. Aku belajar untuk lebih ikhlas dan memperbetulkan niat sebelum membuat keputusan. Aku tidak mahu terburu-buru lagi berkahwin dan meminta tempoh untuk beristikharah kepada Allah. Abang Mikail memahami. Dia tidak lagi mahu bertanya atau mencadangkan aku mana-mana akhwat lagi.

            Beberapa hari itu aku cuba bermuhasabah diri. Hati ku tak berhenti-henti berdoa kepada Allah supaya memberi petunjuk kepada ku tentang perasaan ku ini. Andai dia bukan jodohku dan rasa ini hanya nafsu semata aku minta supaya Allah menjauhkan aku daripadanya, dan jika sebaliknya aku mohon agar Allah mempermudahkan aku dengannya kelak.

            Sepucuk surat sampai ke tanganku daripada ukhti Yusra. Surat itu ku buka dan baca.

Assalamualaikum saudara Aqeel Izz Haikal yang terhormat,

Surat saudara sudahpun saya terima dan baca semalam dan jujur hati saya sungguh terluka menerima penolakan saudara. Namun saya tidak terkejut kerana dari awal saya dapat merasakan pandangan saudara yang amat berbeza kepada Humairah semasa kita bertemu haritu. Saudara mencintainya bukan?

Humairah itu sahabat saya dan dia mendapat tarbiyyah bersama dengan saya di kampus  yang sama . Namun saya amat menyayanginya. Selaku sahabatnya saya ingin mencontohi sahabat Rasulullah yang menyerahkan mas kahwinnya sebaik sahaja mengetahui wanita idamannya mencintai sahabatnya. 

Humairah yang saya kenali itu seorang yang amat bersungguh-sungguh dan terang hatinya. Kami mengambil jurusan berlainan namun kerapkali bertemu di makmal. Kala itu saya berasa amat aneh bila melihat betapa susahnya dia memahami apa yang diajarkan oleh pensyarah kami. Mengapa dia perlu bersusah payah mempelajari sesuatu yang tidak diminatinya di sebuah kolej swasta?

 Ketika ditanya dia bercerita bahawa tujuan dia mengambil kos biomedik adalah kerana dia ingin menyaingi seorang lelaki yang dicintainya pada zaman sekolah yang pada masa itu sedang menyambung jurusan doktor. Bersungguh benar dia, walaupun tidak terlalu pandai , dia cukup berusaha sehinggalah dia berjaya menghabiskan pengajiannya dengan lulus cemerlang.

Sampai di situ saya amat kagum dengannya. Namun nasib tidak menyebelahinya. Harapan cintanya musnah apabila sijil kelulusan bagi jurusan itu gagal mendapat pengiktirafan MQA. Biasalah institusi swasta hanya mementingkan keuntungaan. Saya cuma bernasib baik kerana kos yang saya ambil itu sememangnya mendapat pengiktirafan.

Ketika dia dirudung kesedihan itulah dia menemui usrah dan menerima tarbiyyah. Dia mengajak saya menyertainya dan itulah sesuatu saya tidak dapat lupakan sehingga sekarang. Dia mengganti cintanya yang tidak kesampaian dengan cintanya kepada Allah dan Rasulullah s.a.w. Kemuncaknya dia menyatakan kepada saya bahawa dia ingin mewakafkannya dirinya ke jalan dakwah.

Namun seperti yang saudara tahu menjadi mukmin itu tidak mudah. Saya menyaksikan dengan mata dan kepala saya sendiri betapa hebatnya ujian yang dia alami setelah mengumumkan ikrarnya untuk berwakaf di jalan dakwah. Dia diuji dengan kehilangan ahli keluarga, sakit ibunya, masalah kewangan hinggalah ketika saya menceritakan bahawa saya akan bertunang dengan anda..

Jujur saya tidak pernah dapat meneka saudaralah lelaki yang hadir lewat impiannya dulu sehinggalah selepas itu dia memberi tahu bahawa saudara bekas rakan sekelasnya. Dia tidak pernah bercerita lagi selepas itu sehinggalah saya mendapat tahu tentang saudara melalui rakan sekelasnya yang lain.

Saudara,
Humairah itu baik dan ikhlas orangnya. Maka saya mohon percepatkanlah urusan sekiranya saudara mahu menikahinya. Tidakkah saudara nampak betapa dia cuba menjaga ikrarnya?
-Dewi Yusra-

Aku melipat surat Dewi Yusra itu dengan hati yang bercampur baur. Satu persatu kenangan kami dari zaman sekolah kini bermain di kotak fikiranku. Bagaikan semalam hari-hari itu baru berlalu.

            Pandanganku terarah kearah kotak hitam yang aku letak diatas almari baju. Kotak hitam itu aku tidak ingat isinya namun aku bawa juga setiap kali aku berpindah rumah kerana merasakan ada barang penting di dalamnya. Kotak itu ku bawa turun.

            Isinya cuma barang-barang lama seperti cermin mata patah dan keychain yang putus. Terdapat juga beberapa resit lama yuran pengajianku Namun kemudian ekor mataku menangkap sesuatu. Sekeping ketas yang berkemut ku buka dan ku baca.

" Meeting you was a fate, following you there was a choice, but loving you is beyond my control..sorry...and thank you."

Di antara kertas-kertas itu juga aku temui sepucuk sampul surat usang yang sudah pudar warnanya. Sampul surat itu ku buka dan ku baca isinya.

            Ia surat cinta yang dikirim Humairah semasa form 3 dulu. Ya Allah ya Tuhanku, mengapa aku menyimpan semua ini sehingga hari ini?.

Cinta. Rupanya perasaan itu pernah hadir dulu tapi aku nafikan. Akhirnya aku dapat jawapan mengapa hatiku tidak pernah terbuka pada gadis lain.


No comments:

Post a Comment