Bismillahirrahmanirrahim..
Katakan sahaja anda mahu mencari apa? Mencari telefon murah? Servis baiki paip? Rumah sewa? Mahu mencari kerja? Pon ada..inilah applikasi mudah yang bernama mudah.my yang tak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia. Semudah namanya, ini aplikasi 2 hala dimana anda bukan sahaja boleh membeli apa sahaja malahan boleh menjual apa sahaja yang anda suka di sini. Paling penting jaringan pengguna applikasi ini sangat meluas di Malaysia lebih besar dari pasar besar bazar ramadhan di kota damansara.
Mencari medium untuk marketkan homestay/ hotel /bilik sewa / rumah sewa anda ? Di sinilah dia tempatnya. Melancong bukan lagi satu masaalah dengan adanya applikasi ini membantu anda. Booking.com dan trivago mungkin lpopular untuk mencari homestay dan apa-apa tempat tinggal sementara dimana jaringan penggunanya tidak terhad di Malaysia sahaja malahan popular dalam kalangan pengguna luar negara.
3. Apps mencari kereta sewa...
Untuk mereka yang mencari perkhidmatan tambang murah kemana sahaja menggunakan kereta, maka di sinilah anda boleh mencarinya. Teksi bukan lagi satu-satunya pilihan yang anda ada. Mencari kerja sementara sebelum mendapat kerja tetap bukanlah susah benar pada zaman ini. Dengan sistem uber /grab car , para petani anggur boleh sudah boleh beralih kepada kerjaya pemandu grab car atau uber yang lebih bergaya dan kaya.
4. Apps mencari dan menjual servis freelancer..
Ini mungkin anda jarang dengar.
Adakah anda mempunyai bakat terpendam untuk diniagakan? Atau mencari servis freelancer dengan harga-harga menarik? Inilah platform khusus untuk mereka yang ingin menjual servis atau membeli servis freelancer. Dari servis translator, tulis lirik lagu, copywriting, walhal servis tulis surat putus cinta juga mungkin ada disini. Jaringan penggunanya sangat meluas tanpa sempadan malahan anda boleh membuat order hingga keluar negara.
Muslim Pro.
Haa..ini jangan salah faham. Saya bukan nak bagi anda alamat untuk anda Waze pergi Sidratul Muntaha. Haha..nanti silap haribulan anda cop saya " Ibu Pin " (rujuk:Ayah pin) pula.
Untuk pengetahuan anda apps ini adalah sangat berguna dalam membantu anda menjalani kehidupan sebagai seorang muslim sehari-harian. Selain ia menyediakan kalendar islam . memberitahu waktu solat dan arah kiblat, ia juga memberitahu anda di mana masjid yang terdekat, tempat makanan halal, kalkulator zakat , tasbih dan medium untuk anda mendoakan dan meminta doa dari rakan-rakan anda yang lain. Ia juga dilengkapi dengan Al quran tafsir dan 99 nama Allah untuk anda baca, hafal dan hadam. Yang lebih hebat lagi, apps ini juga akan mengajar anda doa-doa dalam kehidupan seharian seperti doa masuk tandas , pakai baju dan sebagainya. Anda juga boleh menghantar mesej ringkas islamik kepada rakan-rakan anda dalam templat menarik yang disediakan dalam apps ini.
Selamat mencuba semua!
Harap bermanfaat.
-sharing is caring-
5. Apps mencari Tuhan...

No comments:
Post a Comment