Anda sudah pun melalui Ramadhan untuk menjawab soalan ini.
Adakah sekarang bila mendapat jawapan anda merasa ngeri dengan realiti apabila anda masih melakukan maksiat yang sama?
Adakah kita ni memang tiada harapan lagi untuk diselamatkan?
Cut this crap!.
As long we breath, it means we still have chance.
Mengapa masih buat dosa walaupun Ramadhan? Ini jawapannya.
Kejahatan yang kita lakukan didorong oleh 2 perkara.
1. Syaitan
2. Nafsu
Bezanya.
Syaitan akan mengilhamkan banyak jalan dosa. Mungkin mula ngan yang ringan2 dulu, macam tengok citer korea, bercouple, buang sampah merata dan banyak lagi. Benda2 ringan ni kemudian mendekatkan kita kepada beberapa dosa besar seperti zina, minum arak dan sebagainya. Dia bagi idea nak buat apa. Bukan satu tapi banyak.
Mereka tahu manusia terutama sekali orang beriman ni takkan pilih nak buat semua dosa jadi inilah peranan nafsu.
Nafsu akan memilih satu atau dua dosa untuk dilazimi dan dilakukan setiap hari.
Hati yang lapar tanpa bekalan iman dan amal tidak akan dapat mengurangkan apa yang dilakukan oleh nafsu. Malah nafsu akan mengisi kekosongan itu dengan maksiat sehingga kita tidak puas melakukannya sekali. Kerana itu kita melakukannya berkali-kali dan nafsu akan terus melatihnya begitu sehinggalah kita dengan rela hati menyambut idea si syaitan melakukan dosa besar.
Ubatnya?
Ada. Perangilah syaitan dan nafsu ini salah satunya dengan kerapkan diri membaca Al quran.
Jika setelah 2 muka masih membuat anda lalai, bacalah 5 muka. Yang lebih penting bukanlah bilangan nombor muka surat tapi istiqomah anda membacanya setiap hari.
Al quran itu mukjizat. Ia akan memberi manfaat menurut apa yang pembacanya mahukan.
Wallahualam.
Auzubillah hi minash shaitonirrojim.
No comments:
Post a Comment