Hi , Assalamualaikum..
Da lame tak menulis. Harini nak share pasal korean drama yang bes la konon.
Dulu, kalau sebut pasal drama berantai , aku mesti bayangkan sinetron indon yang beratus episod tu. Aku tak rasa drama pepanjang ni best pon tapi aku serius cakap the plot of the story was quite addicting.
Yang paling aku kagumnya, drama2 berantai ni berjaya merantai nek abah aku, dan bapak aku setiap petang . Buktinya , sekarang ni bapak aku pantang setiap pukul 6 mesti terpacak depan tv tengok drama melayu yang macam sinetron tu...alaa yang kat tv astro pukul 6 tuh...Syurga yang kedua.
Aku ni pon minat jugak kadang-kadang tapi taste aku ni mata sepet sikit la... haha...
Yang aku suka drama berantai ni kalau family drama, genre dia bersih sikit dari babak2 yang cringeworthy dalam masa yang sama penuh pengajaran . Dalam masa yang sama aku tak yah risau pasal takde benda nak buat since episod drama ni banyak gila untuk korang take ur time and tengok ngan relaxs.
1. Ojakgyo Brother (2011-2012)
No of episode : 58
Drama ni start dengan pengenalan suatu keluarga yang mempunyai 4 anak teruna yang kacak-kacak belaka. Diorang ni keluarga sederhana je , dibesarkan dengan hasil kebun dan ladang itik oleh mak ayah diorang tapi family diorang still bahagia. Sampai la satu hari, ketenangan diorang ni dipagut oleh seorang gadis muda yang cantik yang bawak geran tanah dan claim tanah tempat diorang tinggal tu adalah pusaka bapak dia. Dia datang nak claim balik sebab sejak bapak dia hilang, syarikat bapak dia bankrap dan itu je satu-satunya harta yang dia ade.
Maka bermulala adengan penuh drama dalam citer ni. Ja Eun (Uee) ni bukan budak jahat pon walaupun kat kolej dia ni buat perangai diva. Jadi instead of guna tipu muslihat dia ni redah je sebab desperate sangat nak claim tanah tu. Last resolution dia, dia pergi pasang khemah depan halaman rumah tu.
Sisi menarik dalam cerita ni adalah bila konfilik dalam keluarga ni di highlight kan satu persatu. Watak mak dalam ni macam main yang buat citer ni menarik. Mak ni bukan orang jahat pon tapi despite of diri dia sedar dia bukan pemilik tanah tu, dia juga ade satu perasaan yang dia tak boleh lepaskan tanah tu sebab da hampir separuh hidup dia duduk kat situ.
Namun ni family drama yang bergenre, comedy dan romance. Sangat menarik untuk ditonton lebih2 lagi kisah cinta setiap anak lelaki tu.
2. My daughter Seo Young (2012)
No of episode : 50
Aku tak suka sangat citer sesedih ni tapi seriously drama my daughter seo young ni quite addicting sampai satu episode pon aku tak tinggal.
Citer ni start dengan sepasang kembar Seo Young dan Sang Woo yang hidup susah disebabkan bapak diorang yang selalu berjudi dan terpengaruh dengan skim cepat kaya. Mula2 dulu diorang bahagia sampai la ade satu point bapak diorang ni berubah 180 darjah sehingga betul2 buat Seo Young ni fed up. Seo young ni kemudian ambik keputusan nak menderhaka kat bapak dia dan tinggalkan keluarga dia untuk kahwin ngan orang kaya. Masa tu ayah dia baru nak berubah tapi sayang terlalu lambat sebab dia betul2 da lukakan hati anak dia.
Citer ni sangat menyentuh hati sebab dia macam nak cakap tak semua anak derhaka tu jahat, dan bapak yang jahat ni pon masih boleh berubah betul-betul bila dia dah sedar kesalahan diri. Banyak gila babak dalam drama ni yang boleh buat korang meleleh air mata so sebelum tengok sediakan kotak tisu la ae.
3. My Father is Strange (2017)
No of episode : 52
Yang ni aku tengok tahun lepas dan sumpah drama ni lejen giler. Haha.
Kalau Ojakgyo Brother tadi fokus dia pasal mak yang membesarkan 4 orang anak teruna, MFIS ni pulak fokus dia pasal Ayah yang membesarkan 3 anak dara dan seorang anak teruna. Semua anak diorang ni punya personaliti dan kehidupan peribadi yang berbeza tapi masih bahagia. Yang menariknya dalam cerita ni meskipun antara adik beradik ni bila bergaduh ganas gila diorang tetap bersatu bila ada masalah keluarga. Haaa...semua nya okay sampaila satu hari seorang artis terkenal datang rumah dorang dan mengaku dia adalah anak kepada bapak diorang. Mahu tak huru hara...
Dari Start sampai last aku follow citer ni memang lawak giler. Tapi ade gak babak sedih sampai bergenang air mata. Aku taknak spoiler citer best ni jadi korang tengoklaa...
4. Five Enough (2016)
No of episodes : 54
Drama ni aku tak sengaja tengok tapi tup-tup terfollow juga.
Drama ni bagi aku senang sangat nak relate sebab dia macam realistik gila. Duda anak dua nak kahwin dengan janda anak tiga tapi ingat senang camtu je ke kisah cinta diorang? First skali mesti la tentangan keluarga sebab kalau combine maknanya anak diorang akan jadi 5 which is consider banyak oleh masyarakat Korea Selatan. Bukan tu aje, masing-masing juga masih ade family untuk diorang tackle sebelum dapat restu. Kisah-kisah cinta sampingan macam adik ipar dan adik beradik diorang pon cam best gak untuk korang layan.
5. What Happen in My Family (2014-2015)
No of episodes : 53
Drama ni da lame gak tapi aku baru tengok. Aku ade macam2 rasa bila tengok drama ni, kejap gelak, pastu geram tak lame pastu nangis. Lastnye aku rasa insaf kejap bila ingat balik aku pon boleh jadi derhaka gak macam anak2 dalam ni.
Kisah dia bermula dengan pengenalan seorang bapa tunggal yang sangat penyayang dan memanjakan anak-anak dia sehingga la anak-anak dia ni besar dan start naik kepala. 3 orang anak dia ni bukan la jahat sangat sebenarnya tapi lebih kepada perangai yang pentingkan diri sendiri dan tak menghargai bapak diorang. Tahap " Anak-Tidak-tahu-diuntung" dalam cerita ni sangat senang untuk kita relate sebab maybe kita sendiri pon pernah buat tapi dalam citer ni korang akan rase sedih gila sebab korang akan nampak betapa baiknya bapak diorang nih.
Pendek cerita, satu hari bapak diorang ni terjatuh dan bila di diagnosis rupanya dia ni sakit tenat dan ada beberapa bulan je untuk hidup. Smpai tahap tu pon anak-anak dia taknak melawat dia kat hospital sebab ingat dia sakit belakang biasa je.
Si bapak ni macam dapat wake-up call lepas tu dan sedar yang dia perlu betulkan anak-anak dia. Step pertama adalah dengan menyaman anak-anak dia secara rasmi di makhamah dengan dakwaan anak derhaka.
Ade satu ayat ni cam touching gila tau..
" Saya besarkan anak-anak saya jadi pandai, sampai saya sendiri sudah tak boleh menasihati mereka. Ini sahaja cara yang saya boleh buat untuk betulkan mereka."
Ini la orang cakap da kena saman baru nak makan saman. Haha. Tengokla serius tak rugi pape.
Tu je nak share. Kalau suka boleh share jugak kat orang lain k.
😄. Bye bye. Anyeongg...