Saturday, March 31, 2018

Bullet journals : 7 Mac dari belakang

*Disklemer : Manglish dikesan. Jika meluat mohon hentikan bacaan


· Ahad 25 Mac : Bagaimana hari keluarga kami?

Setiap Ahad adalah hari istimewa bagi keluarga kami. Tradisi yang dimulakan oleh Pak cik Brahim yang sangat rajin pergi ke kuliah Dhuha meskipun baru pulang dari shif malamnya. Kami anak beranak pada mulanya memberi seribu alasan untuk tidak pergi bersama. Malas. Namun kerana ketekunan pak Berahim yang tidak pernah memaksa dan istiqomah dalam mengajak kami akhirnya membuahkan hasil. Cuma di pihak perempuan, saya dan mak berpakat akan mengheret bapa ke shopping mall selepas kuliah. Bapak senyum. Barangkali kesudian kami pergi menuntut ilmu bersamanya lebih beharga dari duit dan tenaga yang dikerah di shopping mall. Pak cik Berahim tidak pernah berasa rehatnya kurang dengan ibadah yang dia lakukan. Petang itu sekitar pukul 2 lebih , dia akan pergi pula ke shif over-time dia.


· Isnin 26 Mac : Balik Shah Alam dan berkelah di dalam kereta

Isnin adalah hari akademik yang paling sibuk dalam jadual saya. Announcement yang paling ditunggu untuk harini pastilah sebuah text wassap di group yang mengatakan kelas kami kansel. Hampeh. Tinggal harapan je la tu. Kecuali suatu kelas yang pensyarahnya bercuti, 4 kelas lain on seperti biasa dengan jayanya. Usai kelas kami meluangkan masa untuk sesi bonding time sesame gegurl. Meskipun langit dah bagi signal “ Hujan Nak Turun” Kami masih berdegil melangkah ke Warung Cendol di bahu jalan untuk menikmati produk baru pak cik cendol “Ais Kepal Milo” yang sedang trending dan murah di situ. Sebaik saja ais kepal itu siap , turunlah hujan dengan tenangnya. Akhirnya , perkelahan kami bertukar pangkalan di kereta Hilux , kenderaan salah seorang dari rakan kami. HILUX tu kelas tau. Cuma sebab parking tak banyak kat kawasan sini, kami kena relocate beberapa kali sebab orang lain sangat annoying dengan keta besar yang double park diorang. Haha.


· Selasa 27 Mac : Food hunting. Dari Jibril ke Family mart

Saya sumpah tak pernah masuk bar. Haha. Tapi harini salah seorang rakan kami teringin nak makan butter chicken jadi harini amanlah kami dari perang “ Makan kat mana?” di mana soalan tu adalah soalan paling susah kat dunia bila duduk shah Alam ni. Kat Restoran Jibril ni la kami cari butter chicken di mana itulah menu special diorang. Konsep Jibril ni ala-ala bar tapi tak jual arak la, dia jual nasik. Kalau tengok depan kedai dia tak macam kedai makan pon , macam gerai jual eskrem je. Tapi kat SS15, Subang Jaya ni takde orang yang bukak kedai untuk jual eskrem je. Sebab kawasan ni macam hub jugala bagi segala restoran retro dan hipster. Masuk je ke dalam restoran ni memang gelap semacam bar. Movie pon dia pasang Charlie Chaplin je. Kitorang ni sampai kena bukak flash henpon sebab nak baca menu dia. Tapi so far ok la. Sedap. Saya beri 4 bintang 1 kurang. Kurang sebab cepat muak.
Balik tu kami singgah di My Family Mart. Dia ala2 seven eleven Malaysia la tapi yang ni Jepun punya. Yang paling best kat sini adalah makanan ringan dia macam aiskrim dan “lok cheng” dia. Dah la murah, rasanya sangat rich dan asli pulak eskrem dia. Sapa nak buat franchises dekat dengan seksyen 13 ni boleh bukak family mart ni, gerenti laku keras punya.


· Rabu 28 March : Fare well Jasmine .

Di department alat tulis Aeon ade sekuntum bunga yang manis bernama Jasmine. Seperti namanya , kulitnya juga putih seperti bunga melur sehingga digelar Jepun oleh rakan sekerja. Dan harini adalah hari terakhir gadis celup Jepun ni bertugas kat sini. Dia nak balik kerja kat Perak pulak jadi akauntan. 6 bulan dengan dia cukup untuk buat saya rasa dia adalah adik yang istimewa di mata saya. Ewahh…berjiwang pula. Sehelai scarf dan lipstick pemberian dia buat saya rasa istimewa sebagai wanita. Haha..berjiwang lagi. Ahaha.. Farewell Jasmine , Selamat maju jaya, Kampung awak tu dekat dengan kampong akak juga. Nanti raya kita roger2.


· Khamis 29 Mac : Hari patahkan semua.

Pencapaian pada harini adalah mematahkan dua pasang sandal wedges (kasut yang sole dia tinggi tu) dan berjalan dua kaliganda kilometre ke msu sebab nak tukar kasut. Satu pagi masa nak pergi kelas dan kedua masa nak pergi talk Dr Fatimah Syarha malam tu.
Talk tu sangat meaningful sebab dia banyak remind dengan tanggungjawab khalifah dan kepentingan menjaga institusi kekeluargaan. Nasihat utama dia haritu adalah “ Cuba Berlumba dengan Ayam”.

· Jumaat 30 Mac : 14 Rejab dan cubaan berlumba dengan ayam.

Malam sebelumnya saya cuba untuk tidur awal dari biasa kerana esoknya saya cuba untuk bangun lebih awal dari ayam. Namun kerana tiada perbezaan signifikan antara waktu tidur saya dan sebelumnya ( sejam je beza) saya masih bangun pada jam kitaran saya. Cuba bezanya saya tidak tidur balik selepas solat subuh. Pagi jumaat ni special tau kalau kita bangun dengan cubaan mendekati Allah. Ia buat kita rasa syahdu je dan semangat sikit nak buat tugas harian dan ibadah. Sesekali saya teringat dengan seorang cekgu yang saya kenal. Saya rasa dia selalu tidur lambat walaupun kena pergi awal ke sekolah. Saya doakan dia sihat je. Jangan stress dan dapat rehat yang cukup.


· Sabtu 31 Mac : Hari biasa seorang part-time.

Kerja okay, tak penat pon. Saya selalu cakap macam ni kat orang, bila masuk department alat tulis di sini rasa macam naik pangkat pula. Dulu kerja lipat kain di mana memanjang sibuk dan balik kepenatan. Di tempat baru 180 darjah lain. Sampai saya wonder, berkat ke kerja saya ni kalau banyak sangat masa lapang ? Kalau tak berkat tu bahaya. Fuh,,,astaghfirullahalazim. Kena banyak hati2 dengan masa. Itulah ujian kerja baru saya.

Harini rezeki saya dapat hadiah pendrrive. Alhamdulillah atas segala nikmat.

7 hari dalam bullet journal saya mengakhiri rekod bulan Mac. Sekian laporan dari saya.

Yang Benar,


Penulis 4 bintang 1 kurang.














No comments:

Post a Comment