Monday, November 16, 2015

Resepi Puding Roti dengan segala macam petua membuatnya.

bismillahirrahmanirrahim..

Ini resepi puding roti yang sudah diupgrade. Kalau nak tahu resepi puding roti yang cikai2 jer boleh bace entri ni sampai habis...Setelah menggeledah dapur dengan segala macam google recipe, maka terhasillah puding roti yang sedap dan sangat ekonomi nih....

gambar ni kredit jer..

Bahan-bahannyer adelah
Pertama kene rajin ,,,, mane ade puding roti yg terus terbang masuk dalam mulut...

Hidangan untuk 4 orang.

1. 4 keping roti putih
2. 1/4 cawan Susu pekat manis( ikutla korang nak manis mane)
3. 2 biji telur
4. 2 sudu gula
5. 2 cubit garam
6. Sedikit kismis

Karamel epal
1. 4 sudu besar gula
2. 1 biji epal hijau

Manual:
1. Bancuh susu pekat manis dengan air suam hingga jadi secawan
2. Carik-carik roti putih dan rendamkan dalam air susu tadi. Ketepikan.
3. Dalam bekas lain, pukul 2 biji telur dan dua sudu besar gula hingga kembang. Ketepikan.
4. Buang kulit epal dan potong dadu epal tu.
5. Panaskan kuali sampai kering dan cairkan 4 sudu gula putih hingga keperangan. Kacaukan jangan sampai hangit. Dah cair semua gula tu baru taruk 2 sudu air masak.
6. Masukan epal hijau yg sudah didadu tadi kedalam karamel yang panas dan kacau sampai sebati hingga epal jadi sedikit lembut dan lembap.
7. Campurkan karamel epal, adunan telur dan roti dalam satu bekas. Kacau hingga sebati.
8. Bubuh garam dan kacau lagi.
9. Tuang dalam loyang dan taburkan kismis.
10. Bakar pada suhu 180 °C dalam masa 40-45 minit.

Siap-sedia untuk dihidangkan.


Istimewanya puding ni sebab dia ade perisa epal yang dikaramelkan. Basic nak buat puding roti ni senang je sebenarnya. Bahan basicnya adalah:

(Nisbah untuk 4-6  orang)

4 keping roti
380 ml susu/ satu cawan suku
2 biji telur
gula (kalau x tau nak sukat macamana, bila dah bancuh tuh gi rasa sikit adunan tuh)
garam sikit
1 sudu kecil esen vanilla (option sebab nak hilang bau telur je)

Pastu buat jer macam step kat atas tuh abis cerita. Kalau tak nak bakar , kukus pon boleh..kukus dengan api sederhana 20-25 minit. Tapi kalau korang bancuh susu pekat nak buat puding roti nih elok bakarlah sebab nanti kalau kukus warnanya x cantik gitu...

Kalau kat blog lain diorang selalu tulis tambah butter kan? butter tuh function dia nak cantikkan warne kuning puding roti tuh di samping tambah sikit rasa sedap. " Temptation Factor " gitu..tapi kalau xyah taruk pon takpe sebenarnya. Butter tu sapu kat roti baru carikkan roti tuh. Kalau xde esen vanilla korang boleh gak gantikan dengan mengikis kayu manis yang mak korang selalu guna masak kari tuh. Dalam bahase omputihnya itu adalah cinnamon powder yg mane ade fungsi yang sama untuk hilangkan bau...Tapi janganlah sengal sangat sampai sebatang kayu manis tuh habis korang kikis..kang rase lain, korang kate aku memandai buat propaganda pulak....hehe...

Pastu kalau korang ni memang jenis yang suke preserve makanan lama-lama, di tambah pulak dengan kemiskinan bandar sampai takde oven dan periuk belanga nak kukus bagai korang boleh guna agar-agar...versi ni pun sedap gak tapi teksturnyer lain sikit la dari version bakar dan kukus punya. Bahan-bahannya sama cuma tambahkan sepaket agar-agar tali/serbuk. Masak agar-agar dengan air sampai hancur kemudian masukkan adunan puding roti...lebihkan gula sikit kot sebab dah tambah air kan...kalau resepi ni taknak tambah telur pon takpe sebab ade agar-agar, tapi nak tambah pon boleh...lagi sedap...Kacau-kacau sampai dia masak then tuang dalam tray dan sejukkan...nak lagi ektreme? korang boleh tambah tujuh kaler pelangi dalam puding roti agar2 nih sebelum disejukkan. Pewarna yang boleh makanlah janganlah sengal sangat taruk water color pulak...

Ha ade pape nak tanya?

untuk kesekian kalinyer mintak maaflah dengan segala kesilapan tatabahasa dalam entri ni dan entri2 sebelumnya..harap still boleh bace.....bukannya tak dapat A dalam SPM dulu tapi malas la nak tunjuk aku ni budak skema dulu..huhu..

Jangan cuba2 nak google translate...haru korang nanti....


Tuesday, October 6, 2015

Bersyukur, menggapai lebih tinggi!!

Bismillahirrahmanirrahim....
(Istighfar 3X) 


credit: Alhamdulillah.


Selama 21 tahun  aku  hidup  di dunia ni,  baru aku sedar yang selama ini aku salah dalam mendefinisi syukur.  

Syukuri  apa yang ada , 
Hidup adalah anugerah,           
Tetap jalani hidup ini,
 Melakukan yang terbaik…

D’masiv melantunkan bait-bait  lagu ini dengan indah sekali. Syukur yang aku fahami selama ini adalah merasa cukup dengan apa yang ada. Menerima segalanya dengan reda sekaligus berpuas  hati seadanya. Tidak mengharapkan lebih dari itu. Tidak berhajat pada apa-apa lagi. Bak kata pemerintah di negara aku,  duduk dan bersyukurlah dengan apa yang ada. (Dengan erti kata lain, mengharapkan yang lebih baik daripada  itu adalah tidak bersyukur. Choyyy!!) haha... itulah...
Namun, kontras dengan pemahaman aku yg kurang cerah ni, Allah berfirman :


Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".  
  Surah Ibrahim: 7


Renungkan pemahaman yang terbalik daripada ayat ini. Contoh kalaulah orang tanya :
“ Macamana caranya  agar Allah tambahkan nikmatnya kepada kita?”

[tekan butang merah]                                                                                         
 jawapannya:   bersyukur!!

Ha!! Maksudnya, orang yang paling bersyukur dalam alam semesta ni adalah orang yang paling ghairah menggapai lebih tinggi. Yang paling mengharapkan agar Allah menambahkan nikmat padanya. Bukanlah orang yang berpuas hati. Malahan orang yang paling menghayati syukurnya , adalah orang yang paling merasa dirinya memerlukan Allah, menghajatkan nikmat-nikmatNya, lebih lagi dan lagi dan lagi dan lagi…

Merasa cukup apa adanya, hidup sederhana tanpa meminta lebih lagi, hidup bahagia selamanya. Happy Ending. Fullsetop. Itu konsep bahagia yang aku fahami. Tapi nampaknya itu bukanlah konsep bahagia melainkan itu adalah definisi  “ kepuasan”. Kadang2 aku wander jugak, adakah mungkin satu hari nanti aku tidak akan berhajat pada apa-apa lagi. Sebab lebih 20 tahun aku hidup hajat aku tk pernah berhenti..huhu,,,

Wahai sahabatku sekalian,

Aku tidak rasa “ loneranger” dalam permasalahan ini. Pak cik Salim A Fillah telah menerangkan pada ku tentang hal ini lalu aku terpanggil untuk berkongsi.
Konsep bahagia bagi seorang mukmin bukanlah pada kepuasan, tapi kepada rasa syukur kepada Allah Subhanahu Wataala. Dan syukur  ini  haruslah  dimanifestasikan. Ini formulanya:

[ Nikmat ] -->  [syukur] -->  [Nikmat berganda]2
Cth: [ harta ] --> [sedekah]  --> [harta berganda] 2 --> [sedekah berganda]2 --> ...

Dan seterusnya…orang yang paling bersyukur adalah orang yang terus meneruskan kitaran ini sehingga maut menjemputnya . Bersyukur mengajarkan kita untuk tidak berpuas hati dalam meminta  pada ilahi. Pasal itu Rasulullah s.a.w mengajar kita, “ Kalau meminta syurga mintalah Firdaus yang paling tinggi!!” Wah!!! Hebaattt….jadilah kita manusia bersyukur, sahutlah seruan Nabi.

Lalu apa pula maksudnya qana’ah?

Qana’ah adalah perasaan sedar akan  kedudukan: siapa Allah dan siapa kita ketika menerima kurniaanNya. Qana'ah ini adalah perasaan yang menuntun kita untuk bersyukur.  Saat kita terima anugerah Allah kita qana'ah, terima dengan penerimaan yang baik, hati yang terbuka, kitaa hargai sebaik-baiknya, dengn segenap hati yang menumbuhkan rasa cinta . Sesudah itu , kita bersyukur, kita mahu lagi dan lagi. Dan bila terima nikmat lagi kite qana'ah lagi…lepas tu kita bersyukur secara lebih dahsyat dan begitulah kitarannya..

Terjebak pada kepuasan hingga tiada ghairah untuk menggapai yang lebih tinggi adalah perangkap yang sangat bahaya. Maka  BERSYUKUR bukanlah BERPUAS. Syukur adalah menggerakkan segenap nikmat yang Allah kurniakan untuk melompat lebih tinggi. Yang berharta, jangan berpuas dengan sedekahnya. Yang berilmu jangan berpuas dengan amal dan dakwahnya. Yang bernafas, jangan sekadar puas hati  sekadar berbaring dan duduk. Bangkitlah. Dan Berlarilah…  



Sunday, July 5, 2015

Kopi pasta: Preparing for the best out of the best day

Powerful Tips for the Last 10 Nights - by Sheikh Tawfique Chowdhury :

 1. Do not let your 'performance' until now affect your last 10 days. The moment of forgiveness could be today or anytime in the coming days! It is not all lost! If you sincerely wish it could have been better - Chin up and get ready to make it your best yet! Start with a positive, sincere intention! 

 2. Today, take a little time to read the Tafseer of Surah al-Qadr to understand what actually happens this night! You will feel its power & greatness so much more! 

 3. Do not wait for the 27th Night to give it your "all". The entire last 10 days should be your target. Stay up each night! Would you want to miss Laylatul Qadr even "by chance"? 

4. Do not fall into any innovations/celebrations any masjid or culture might try to promote. Follow the Sunnah! The Prophet (sallAllahu 'alaihi wa sallam) guided us simply: "Whoever stays up and prays on Laylat al-Qadr out of faith and in the hope of reward, his previous sins will be forgiven.” 

 5. Memorize and keep asking the dua' taught by Rasulullah (sallAllahu 'alaihi wa sallam): Allaahumma innaka ‘afuwwun tuhibb al-‘afwa fa’affu ‘anni (O Allaah, You are forgiving and You love forgiveness, so forgive me). 

 6. Prepare a short dua' list. Remember this is as awesome as it ever gets for a servant of Allah! The Night of Qadr, of Destiny! Consciously pick each and everything you crucially wish for in this dunya, in your deen, family, and in your aakhirah! Don't forget to include the brothers and sisters around the world who are suffering and in grief! 

 7. Take brief naps during the day, if possible. Keep your stomach light and sleep as soon as you have prayed 'isha. Do not delay! After a brief nap, refresh yourself and get. ready for worship. 

 8. Don't neglect your family! Rasulullah made it a point to wake up his wives throughout these nights! And yes, your children are not too young to stay up some part of the night - if they can be allowed to play video games or watch TV, they can be inspired to be up atleast for sometime! Prepare them, make them excited, plan some activities for them to do!

 9. Look the Part: The way we dress and prepare.has a big effect on our psychology. Wear your best, perfume yourself, and feel the energy! 

 10. Choose a spot, whether in the Masjid or in your home, where you can have peace and solitude. Keep your mushaf, praying mat, and water at hand so that you are not distracted by constantly getting up for this or that. 

 11. IMP: This is not the night to tweet pics or update FB statuses about how amazing the night is and how you are feeling & worshipping Allah! Let that be a secret between you & your Rabb! So switch off those phones, wifi, laptops and computers. Disconnect with the world, and connect with al-'Afuww! 

12. If you find yourself feeling sleepy, vary your acts of worship. Alternate between qiyaam, heartfelt dua'a, reading the Qur'an. Do not spend the night listening to lectures or recitations. Or do it only for a short while when you feel the sleep coming on! 

13. Patience is the Key: The last 10 days might be tiring. You might still have work or school. This is the time to bear all that hardship, and keep firm sabr. Think how Allah has blessed you with this tremendous opportunity that might NEVER come again in your life again. If you knew for sure that this was your last Ramadan , if you knew certainly that Jannah was up for grabs, wouldn't you sprint for it no matter what it takes? 

 14. This is most important: Keep husn adh-dhann bi Allah (good expectations from Allah). When you ask, remember you are asking the Most Generous King. If you hope for the best, He will give you the best. Don't hold back. Trust in Him, pour out your heart in front of Him, and let no doubt, no barrier, no evil thoughts keep you away from ar- Rahman, ar-Raheem! 

 Allahumma ballighna layl atal qadr. 

 Shared from Whatsapp.

Monday, June 29, 2015

Tadabbur : Kepada yg ditidurkan..





بسم الله الر حمن الر حيم.
(وَهُوَ الَّذِي يَتَوَفَّاكُمْ بِاللَّيْلِ وَيَعْلَمُ مَا جَرَحْتُمْ بِالنَّهَارِ ثُمَّ يَبْعَثُكُمْ فِيهِ لِيُقْضَىٰ أَجَلٌ مُسَمًّى ۖ ثُمَّ إِلَيْهِ مَرْجِعُكُمْ ثُمَّ يُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ)
[Surat Al-Anaam 60]
via @QuranAndroid

Maksudnya:
Dan Dia lah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Ia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Ia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan.

Assalamualaikum wbt.
Dalam ayat ni klau kita dok sorg2 dan baca maybe cam biase2 jer..Tapi kalau dengan ilmu ayat ni akn jadi sgt best.(Thumbs up)
Kalau kita tengok ayat nih Allah menggunakan lafaz :

يتوفاكم= dimaksudkan sebagai tidur dalam tafsiran ayat nih
      
Kalau direct translation yatawaffakum ni bermaksud mewafatkan. Wafat ni kalau perkataan melayu maksudnya= mati.

Well, pernah fikir x knpa Allah tak guna perkataan (ينام) yg bermaksud tidur?

Dalam ayat ni Allah sebnarnya nk meletakkan persamaan or btapa dekatnya tidur tu dengan mati. Buktinya...
1) bukankah time tido kita xleh jalankan aktiviti kita?same la kalau mati
2) time tido sensitiviti lahiriah xde...kita xley merasa, xley mendengar, melihat dan lelain lagi. Mati? Same la..
Bezenye time tido nih nyawa kita maseh ade lagi. Roh kita masih lagi dlam badan. Kalaulah roh kita dicabut maka tidurlah kita selama-lamanya. . Tapi hakikatnya time tido kita tetap helpless macam org mati. Sekaligus ini menjadi satu tanda kekuasaan Allah." X semestinya kita ade roh , kita boleh hidup!!"

Allah adelah Pengelola tidur kita. Walhal kita sendri pon xley nak mengawal tido tuh. Rasa mengantuk bukan bawah kontrol kita. Ia dtg x kira destinasi atau situasi(huh..baku sungguh ayatku)..mase perang pon bole ngantuk, apetah lagi time blajar..hehe..

Tidur ni adalah satu drpd banyak tanda Kebesaran Allah
1. Mase kita tido, kita pejam mata tapi boleh nampak bende laen, penampakan ini disebut mimpi.. Sekaligus menjadi bukti kewujudan alam lain seperti alam ghaib.
2. Kita tidor sebilik ramai2, ade yg sebantal pula tuh, tapi mimpi lain2..ada yg mimpi kene kejar dinosour, ade mimpi tengah mkan daging unta dan lain2. Ini menjadi bukti yg keadaan kita nnt boleh jadi berbeza antra satu sama lain walaupun di padang mahsyar yg sama. Ade yg peluh dia digambarkan sampai ke buku lali, ade pulak yg digambarkan berenang dlm lautan peluh.
3. Again, ia jadi bukti walaupun roh masih ada x  semestinya kita boleh hidup tanpa izin Allah.
4. Tidur ni adalah satu keajaiban. Tidur juga laksana tetamu. Kalau dia datang kpd kamu ia akan menjadi rehat. Tapi kalaula tidur itu dikejar ia akan menjadi penat.
5.To be clear, tidur tu jugak menjadi bukti yg akhirat tu sememangnya ader.,

Dalam ayat nih Allah mention kebiasaannya tidur adalah waktu malam. Tapi Allah itu Maha Mengetahui yg ade jugak hamba2nya yg perlu jugak kerje waktu malam dan tidur waktu siang lalu Allah mention pasal ni dalam surah Ar-Rum : 23 . Fair la kan?...

★   خرجتم = perkataan ni  dtrjemahkan sebagai melukai dari segi penggunaan  Arab tapi translation  ayat ni adalah " apa yg kamu kerjakan dengan anggota"
Allah mengetahui apa yg kamu lukai pada waktu siang.

Dalam ayat ni Allah jadikan something yg berlawanan, tpi itula nature kehidupan kita...
♥ masa tidur kamu mmg x beramal
♡waktu kita bangun adalah untuk kita beramal
Kita bangun untuk mghbiskn sisa ajal kita..dengan apa kita menghbiskan usia kita itu soalan wajib tnpa kompromi Allah di hri hisab kita nnt.

Ayat ni jadi reminder: bila nak buat sesuatu amal tu Allah tahu.... even kita bru berniat
Walaupun Allah tahu Dia tetap suruh malaikat catat amalan kita sebgai bukti untuk diadili di akhirat nnt...boleh jer Allah srendri hitung tnpa catat tapi dia nk bentang sruh kita saksi balik ape yg kita buat dn blsannya...Allah kan Maha adil..Bgkitnya kita dri tidur adlh untuk habiskan ajal yg dtntukan sehinggalah kita bgkit pula pada hari kiamat untuk diadili.

P/S: Sedekahkan Al Fatihah kepada ex-schoolmate saya yang baru meninggal Jun haritu dalam keadaan tidur. Semoga arwah tergolong dlam kalangan yang beriman.

Wallahualam...

Saturday, June 27, 2015

Tadrib al Fateh Siri 1: Menjadi murobbi Ohsem



Bismillahirrahmanirrahim,

Pernah dengar kisah Sultan Muhammad A Fateh..dari tentera sampai ke rajanya, ohsem kan? Nak jadi murobbi osem gak?Jom semak poin2 daurah...Mesti fullfill dengan 4 perkara ni
1. Mutabaah amal dengan hati yg hidup
2. Jelas dan yakin dengan manhaj
3. Kreatif bawa halaqah
4. Daie yg syumul dan tawazun

Ulasan.
1. Mutabaah amal dengan hati yg hidup
Mutabaah amal bukan sekadar untuk dikompletekan jer tapi harus membina connection dengan Allah. Amal ibadah tanpa khusyuk samela macam henfon takde line or wi-fi. Kosong jer. Contoh solat yg ikhlas, solat = kita bercakap ngan Allah manakala baca al quran= Allah bercakap ngan kita. Cuba bezekan nikmat ibadah semasa kita diuji dengan ibadah masa kita senang, bezekan. Rasa khusyuk tuh kene usaha dapatkan.

2. Jelas dan yakin dengan manhaj.
Manhaj ni maksud dia jalan/kaedah/metodologi. Kene yakin dengan manhaj yg taghyir(mengubah). Bagi contoh dengan 3 jenis pekerja. Tiga orang tukang rumah which is a, b, dan c. Diorang buat rumah untuk family diorang memasing
Si A, buat rumah, bila org tanya dia buat ape dia pun jawab dengan marah2..buat rumahla...
Si B , buat rumah gak...bila org tanya dia buat ape dengan suara lesu dia jawab jawapan yg sama..buat rumah la...
Si C pun keje buat rumah jugak, tapi sambil dia bertukang dia tersenyum-senyum. Bila org tanya dia buat ape sambil tersenyum2 dia pon jawab buat rumah gak. Tapi org heran kenapa dia sengih2 so dia pon jawab, saya tengah bayangkan lepas rumah ni siap, ia akan melindungi keluarga saya, isteri saya akan masak kat sini, mak saya akn tidur kt sini...dan macam lagi kebaikan bila rumah tu siap. Nampak x part yakin dengan manhaj yg saya try explain kat sini? Yakin inside-out.
..
3. Kreatif bawa halaqah
Sesi taaruf adalah sesi yg sangat penting. Kalau boleh buat personality test untuk setiap mutarobbi. Kenal pasti learning style diorang, ade orang yg suka belajar dari mendengar, pemerhatian, ade yg suka kalau kaitkan ngan sirah, ade yg cepat bosan kalau dengar lelama...pendek kata kene amek tahu semua tuh. Agar kita dapat memahami mereka dan tidak cepat melatah kalau ada anak usrah yg terlalu diam ker, or tertidur ke..atau aper2 yg sewaktu dengannya. Communicate dengan diorang dengan 5 language of love,
i) connection, ii) acknowledge, iii) inquiries, iv) serve and v) choice

4) Daie yg syumul dan tawazun
Syumul= menyeluruh manakala tawazun= seimbang.
Kene planning dri segala aspect, contohnya spiritual, jaga tarbiyah dzatiyyah(diri sendri) dan mutabaah amal. Study contohnya, tetapkan career planning untuk future, family pon, kita need family for emotional and monetary support. Friends pon pnting gak for social support. Menjadi daie yg merancang.

Point2 ni dapat kat daurah. Saya elaboratekan dengan contoh yg muwajih crita tambah sikit2 ngan elaboration sendri. Saya belom bawa usrah tapi insyaAllah saya akan rujuk nota ni kembali nnt bila dakwah fardhiah saya sukses. Haha..

Tuesday, June 16, 2015

Tadrib Al Fatih Siri II : Are we listening?

cc: syuhada yg sudah pergi menemui bidadarinya.




Bismillahirrahmanirrahim





Tadrib al Fatih secra rgkasnya adlah latihan menjadi remaja hebat sprt sultan Muhammad Al Fatih. Kata mak cik , dia ada bawa banyak bahan tapi harapannya xde la sekadar mem'bahankan' orang..haha..makcik ni sorang lecture n mak naqibah yg sgt sporting..





Are we LISTENING??????





Dalam menjadi seorang naqibah@mak usrah, mendengar ocehan, omelan, aduan rakyat atau ape2 sahaja luahan dari anak usrah kita yg comel adalah adalah satu dari banyak tanggungjawab kiter.Tapi persoalannya adakh slme ini kita mendengar dengan betol? Tujuan kita menjadi seorang pendengar adalah untuk mmbuatkan anak usrah rasa dekat di hati dengan kita, tapi ada jugak kes makin dekat kita dengan ank usrah, semakin pulak dia menjauh.. 

"Ooo..smakin kau dekat, semakin kau jauh..."mcam lagu plak... 


Walaupun sekadar mendengar, ia tetap memerlukan ilmu, sampai mcam tu skali telitinya dakwah ni. Nak ckapnyer betapa dakwah ni satu krja yg sangat besar sebenarnya, perlukan strategi dan hati2...bukan maen sebat je..

Rule in listening



1) Jangan sesekali / diharomkan untuk potong stim. Biar dia cerita dulu sampai abis cerita dia. Plisla...walaupun sampai nk kolesteakoma pon telinga korg, diorang punyer cerita bersimpang siur.. dengar je...huhu...


2) Jangan cepat sangat jadi judgemental. Urut dada tarik nafas banyak2...cuba dengar cerita dengan background mereka. Pasal tula proses taaruf tu sangat penting...try fahami dia dri family camana n amek tahu kisah hidup dia. Fahami dan dengari mereka yg comel ni dari background mereka bukan dengan background kita. Kita berbeza dengn mereka, tapi kita x boleh samekan diri kita dengan mereka. Accept personality difference. 


3) Never belittle their problem. Jangan sesekali2 memperkecilkan masalah diorang atau membanding-banding masalah diorang dengan masalah sendri or orang lain. Macam tadi, dengar dengan background dia...mgkn masalah tu kecil bagi kita tapi besar bagi dia..ini kesilapan yg slalu oleh para daie..oh ya, jangan sesekali buat pertandingan " siapa yang lebih menderita ?" dengan mereka...bandingkn nasib diorang dengn refungee ker, dengan gelandangan ker...NO!NO! ...patutnya kita kena acknowledge masalah dia sebgai problem, acknowledge apa yg dia rasa...


4) Perkataan tabooo...harom sebut bila sesi curhat ni sbgi mak usrah..

Ada banyak tapi ada beberapa contoh mcam...

" Saya faham perasaan awak..."(kite mmg xkan pham prasaan diorg pon sbb bkn kita yg dtmpa ujian tuh"

" sabar.." ( jangan sebut tau..) kita la sbnrnya yg patut sabar mendengar.



5) Jangan sesekali memandai respon curhat diorang dengan autoriti. Letakkan diri anda dalam kasut mereka bak kate peptah orang putih. Kalau orang tu baru lagi dalam tarbiyah xpayah la bagi bulat2 ayat quran or hadis2 skema korang. Sekali pon korang banyak ilmu try sedaya upaya respon dengan kasih sayang dan level diorang.




" People never care how much u KNOW until they know how much u CARE!!"

Tag: Part of brain




Kalau blajar anatomy , dekat brain ni ada satu part yg kita panggil perforantal cortex. Function part ni adalah untuk planning and reasoning. Untuk adult , sampai 25 tahun ia akan fully developed, mean lepas 25 tahun slalunya kita dah ade prinsip hidup dan personality sendiri..susah dah nak ubah...seblom 25 tahun mksudnya still senang lagi la kalau seseorang mak usrah tu nak try tanam fikrah dalam dri mutarobbi..pasal tuh kalau kita bawa anak usrah lebih 25 tahun kene bersabar banyak...Diorang da ade personality sendiri yg perlu kita santuni..paperwpown sebenarnya dakwah ni memang kena banyak sabar pasai orang lain-lain cara handle dia.


Perempuan ni boleh dikatakn kompleks juga sebenarnya, even lepas curhat gaya macam nak mintak solusi sebenrnya diorang bukan nk mintak solusi pon..diorang nak support jer..so banyak akhwat yg tiada ilmu ni end up being a bad listener becos most of us like to respond with otoriti..which is solution and comparing with others. Sadly, most of us fail to realize the same thing we need and felt when we told our problem to someone else.

BATHE (listening technique)





1 . Background : Hear with their backgroud. Start wth question such as, " What happen since last i meet u?"


2) Affect : " What do u felt?" ( diorang slalunya suka kalau kita tanya apa yg diaorg rasa..)


3) Troubles : "What troubles u the most?"


4) Handling : " How did u handle the situation?"


5) Emphathy : Acknowledge the problem. Eg. "Its sounds very frightening.." pendek kata mksudnya kita dengar smpai abis cerita diorg la..






"True murobbi is not solving their problem but lead until COME OUT for solution."


P/S: Tulisan ini boleh juga direnungi untuk suami yg ingin memahami hati isteri. Awak tu pon murobbi jugak..Tak lupa juga kepada para pak menteri yg sejak akhir2 ni sering memprovokasi rakyat marhaen dengan kenyataan2 yg tidak membina. Harapnya lepas ni ade ujian "how to listen to others" before lulus jadi menteri...hmmm...

Thursday, January 8, 2015

Resepi Sphagetti bolognise guna sos tomato

Macam biasa balik dari kelas , tengah hari...lapor pulak...maka aku pon mula mengidam makan2 yang pelik2...aku nak makan spaghetti yang paling murah, sedap dan tak muak...kalau boleh nak free..dari bayaran, rasa msg or cream susu yg warnanya pon harini membuatkan aku lemah semangat....oleh kerana ekonomi aku sekarang sangat gawat aku nekad xkan membeli apa2 pon dari kedai runcit or kedai makan tepi jlan....lagipon harini kan klas aku semua kensel so xde penat sangat sebenarnya...lapooo je lebih...macam biasa..moto aku " Masak nih x perlukan skil pon, tapi perlukan...GOOGLE..." hoho...

So hasil google lan aku diadun dengan sedikit kreativiti dan imaginasi terhasillah satu resepi pasta yang amat simple, mudah sedap dan murah....Guna jela apa yang ade kat  dapor tuh...

Bahan-bahan:
( serve untuk 2 orang atau sorang kalau anda jenis mencekik darah..)

Pasta
Spaghetti yang halal separuh bungkus/kurang

1. Rebus sampai masak . toskan dan gaulkan dengan sedikit minyak kasi dia x melekat.

Kuah Pasta

Bwang putih dicincang halus
Bawang merah dicincang halus ( aku pakai seulas kecik cenonet je sebab bawang aku dah habis)
Sosej dicincang halus atau
Daging ayam dipotong macam nak dihancurkan
Sebiji Tomato ( didadu/ ptong kecil2)
sos tomato
minyak masak
air masak
garam secukup rasa
gula pon sama
sedikit lada hitam
sedikit lada sulah(optional


Cara.
1. tumis bawang sampai naik bau
2. jangan kasi bawang hangit plak, Terus masuk daging ayam / sosej cincang tadi
3. masak atas api sampai ayam /sosej masak
4. taruk sos tomato dalam ayam tadi. Sampai boleh gaul dengan semua ayam tadi. Gaul sebati.
5. campurkan terus dengan tomato telah didadu.
6. tambah sedikit air,                
7 bubuh gula , garam , lada hitam dan lada sulah secukup rasa.

dah siap