Tuesday, June 14, 2016

Ikhwah Perfect 10 (Part 4)

 Bismillahirrahmanirrahim..

Part IV:  Sekali lagi.

kredit


Langit cerah hari itu. Usai bertugas aku bergegas ke Majid Ar Rahman untuk berjemaah Zuhur. Lepas ni aku perlu bergegas ke restoran Mak Uda pulak. Meskipun penat aku cuba memenuhi permintaan sahabatku untuk menjadi orang tengah dengan sesi taaruf (berkenalan) anak usrahnya dengn seorang akhwat. Berat jugak aku pada mulanya, yalah bukan pernah ada pengalaman pun handle mende-mende macam nih,  mulanya akhi Harits yang sepatutnya hadir tapi last minute dia ada hal pula. Takpalah..bukan orang lain pun, usrahmate aku punya anak usrah jugak. Goreng sajalah
"Tok..tok..tok.." notification whatsapp ku berbunyi. Satu mesej masuk dari Raden Amzar, anak usrah Harits yang akan bertaaruf harini. Katanya, dia akan lambt sikit harini, jalan jam alasan dia. Respon aku pendek jer. Emotikon hidung keluar asap. Yang kenal aku semua tahu aku ni jenis yang punctual. Lagipun yang nak bertaaruf dia bukan aku. Ini bukan contoh yang baik lagi-lagi bila dia mahu berjodoh dengan seorang akhwat.

Seorang gadis bertudung labuh masuk dengan seorang gadis lain. Muka aku jadi pucat tak berdarah. Punya besar dunia kat sini jugak jumpa. Bagaimana ukhti Yusra dengan Humairah ada disini.. Yang penting apa hubungan mereka? Entah-entah....

***
Suasana sunyi sepi, kami bagaikan hanya tiga orang asing yang berkongsi meja. Masing-masing buat hal sendiri. Kekok. Hanya Yusra yang sesekali cuba memulakan perbualan. Sesekali aku menjawab ringkas. Ku jeling Humairah. Mukanya kayu sahaja dan dia nampak tidak berminat untuk mencelah ape-ape. Jika tadi aku sedikit marah dengan Raden Amzar yang tidak kunjung sampai, entah kenapa aku harap sekarang dia tak payah datang pun takpe. Humairah la rupanya akhwat yang mahu diperkenalkan pada Raden Amzar. Humairah seorang akhwat? Lately ni asyik dapat surprise aje...
***
Raden Amzar lewat setengah jam daripada masa yang dijanjikan. Dia mengambil tempat di sebelah aku sambil matanya dikerdipkan kepadaku tanda meminta maaf kerana kelewatannya. Sekilas matanya melirik kepada ukhti Yusra dan Humairah. Jelas dia sedikit kecewa bila ukhti Yusra memperkenalkan Humairah sebagai orang yang bakal ditaarufkan dengannya. Aku merenung Raden Amzar tidak senang . Apa kurangnya si Humairah ni?..

Raden Amzar sedikit berkerut membaca borang baitul muslim yang diisi oleh Humairah. Obvious tidak puas hati dia. Aku menjeling sekilas borang itu. Pada ruang kelulusan Humairah menulis kelulusannya hanya SPM sahaja. Pekerjaannya sebagai seorang guru taska. Tentang keluarganya pun dia tak banyak cerita.

"Maafkan ana.." teragak-agak dia menuturkannya. Riak wajahnya dapat aku baca. Aku menyikunya sedikit. Begitu cepat Raden Amzar membuat penilaian padahal satu soalan pun belum ditanyainya lagi. Bagiku, dia tidak bersabar dan tergesa-gesa. Humairah menunduk. Aku membayangkan wajahnya yang hampir menangis suatu ketika dulu dan entah kenapa aku tidak sanggup melihat  dia berwajah begitu kali ini.

Aku meminta diri ke tandas sambil mengisyaratkan Raden Amzar mengikutiku. Marah benar aku pada dia. Raden Amzar akur.

" Susah brader . Tapi saya tak nak beri harapan palsu kepada dia. Mulanya saya ingat Yusra yang akan diperkenalkan pada saya. Saya boleh terima akhwat yang rupanya biasa-biasa sahaja. Tapi Humairah, susah la. Saya lecturer ada degree PhD tapi dia SPM jer. Dalam borang bm nyer pon tak dinyatakan secara jelas tentang keluarga dia.. family saya strict sikit pasal mende ni..." ujarnya perlahan. Maklumlah, family Raden ni ketrunan berdarah biru.

Pada  aku hemat aku si Raden Amzar belum cukup diusrahkan lagi oleh Hariths. Aku tidak mahu bersangka buruk lalu cuba lagi memujuknya.

"Pilihlah yang terjaga agamanya.."

" Kerana itu saya mahukan seorang akhwat..." mendatar saja nadanya.. Barangkali dia serba salah melihat aku.

Aku diam. Kalau sudah tidak suka siapalah aku untuk memaksa. Kala itu aku sedar,bagaimanapun aku mengenal Humairah, dia tetap seorang gadis asing bagi Raden Amzar. Aku keluar dari tandas lalu duduk semula ke tempat tadi. Wajah ukhti Yusra yang kehairann aku biarkan sahaja. Raden Amzar keluar dari tandas sejurus selepas itu. Tatkala dia melabuhkan punggung untuk duduk Humairah pula bangun. Matanya merenung Raden Amzar dengan wajah yang masih kayu. Perlahan dia mengukir senyuman yang manis.

"Doktor takde ape nak tanya?" Riaknya selamba. Raden Amzar sedikit terkejut namun menggeleng. Humairah mengangguk . Sekali lagi dia tersenyum. Sedikit pon dia tidak nampak marah. Seolah-olah dia faham bahawa dirinya sudah ditolak

Jauh di sudut hati aku tidak sedih Raden Amzar menolak Humairah. Aku cuma bimbang hati Humairah terluka.  Tapi ternyata aku silap. Dia dihadapanku hari ini bukan gadis yang senang dibuli.

"Ana minta diri. Terima kasih atas masa yang diluangkan Dr. Raden dan Dr. Haikal.."selajur dia meninggalkan kami tanpa memandang ke belakang lagi.  Sekeping not RM 20 ditinggalkan atas meja. Ukhti Yusra hanya mengikutnya dari belakang. Meninggalkan  kami berdua terpinga-pinga.

            Hati aku sedikit rasa tersentuh. Humairah yang ini bukan lagi Humairah cengeng yang senang dibuli. Air matanya mahal dan dia lebih diam daripada Humairah yang dulu. Personalitinya juga kelihatan lebih keras dan tegas. Aku tiba-tiba tertanya-tanya...mengapa dia boleh berubah sampai begitu sekali. Tarbiyah kah yang mengubahnya begitu? 

bersambung..



Friday, June 10, 2016

5 Software Percuma Buat Marketer Online Amatur

Bismillahirrahmanirrahim.

1. Pagemodo

Link : https://www.pagemodo.com

Ini software istimewa untuk marketer FB amatur . Cara Sign Up dan Sign In dia pun sangat senang dan kurang birokrasi sebab kita boleh terus masuk melalui Fb sendiri sahaja. Software ini  hanya boleh digunakan secara online di dalam komputer. Dalam erti kata lain, selagi korang dapat cekau wi-fi dimana-mana. Lagi awesome bila kita da daftar masuk, pagemodo akan memandu kita ikut 3 motif yang kita tandakan semasa soalan ‘ mengapa kita mahu buat marketing ‘ ditanyakan.   Anda boleh menjayakan misi anda men” design” facebook cover , post, meng ‘edit’ gambar dengan lebih sofistikated dan bergaya menggunakan software  ini. Selain terdapat banyak template percuma, ia juga mudah dan senang untuk digunakan.

contoh template percuma.

Software  ini juga mempunyai menyediakan online storage untuk anda menyimpan hasil karya anda tanpa risau virus menyerang computer. Selain itu, ia juga menyediakan kemudahan untuk anda memantau prestasi post di fanpage anda.




2. Canva

Link: https://www.canva.com/

Anda ditugaskan untuk jadi ajk membuat poster TAPI sumpah buta IT dan tak tahu langsung membuat poster selain menggunakan krayon? Maka ini software yang seriously awesome ada untuk membantu anda. Jika penggunaan pagemodo lebih kepada facebook advertising, software ini lebih meluas lagi.

Cuba lihat. Banyak giler template yang telah disediakan untuk pelbagai kegunaan
Bukan sahaja membuat untuk poster, dan advertising anda juga boleh cuba-cuba membuat resume anda di sini.

Limitasi bagi software ini adalah ia tidak boleh digunakan selain di computer atau notebook. Gambar yang disediakan secara percuma adalah terhad dan ada yang perlu di bayar. 

Mana ada semua benda dalam dunia ni percuma kan.Haha.

3. Pic Resizes


Sesetengah fail gambar perlu dikecilkan pada saiz tertentu mencakupi saiz fail yang dibenarkan untuk diupload di dalam sesebuah page terutamanya jika kita mahu mengisi borang. Tapi kita ada masalah.:

1. kita tak tahu bagaimana nak crop ikut saiz fail yang dimahukan
2. Kita tak nak crop. Nak gambar yang sama dengan kualiti pixel yang sama. Cuma saiz yang berbeza.

Maka ini lah jawapan pada masalah anda.

Pilih mana-mana fail gambar untuk dikecilkan atau diejaskan saiznya. Tapi harus diingat. Gambar yang kecil tidak boleh dibesarkan.

interface pic resizes

4. Shorstack.

Link : https://www.shortstackapp.com/

Software ini sangat istimewa untuk marketer Fesbuk membuat landing page bagi pengunjung Fan Page masing-masing.
Jika kita nak run campaign “Tarik like”  contohnya , software ini  akan membantu anda untuk membina satu gateway misteri di mana pengunjung fanpage anda perlu tekan dulu butang like di landing tab sebelum melihat detail yang dikhendaki. Disinilah ayat-ayat COPYWRITING memainkan peranan penting. Kesungguhan anda membangkitkan rasa curiousity mereka akan membantu mereka menekan butang LIKE.


Masukkan promosi dalam bentuk tulisan atau gambar disini. Contohnya:

contoh gateaway.

5. Jing


Ia adalah satu software yang diboleh didownload secara percuma dari internet. Fungsi utamanya adalah untuk screen capture yang lebih efisien , edit dan mengepos gambar tersebut secara terus ke laman social seperti FB. Anda boleh juga menggunakan software Snipping Tools yang tersedia di computer anda jika sekadar mahu menggunakan aplikasi Screen Capture.

interface jing

Thanks so much for reading.
Sharing is caring.

#marketeramatur



Tuesday, June 7, 2016

Ikhwah Perfect 10 (Part 3)


Bismillahhirrahmanirrahim..
Part III: Ikhwah perfect10



Okay fine, ini serius drama. Humairah yang aku cuba elak sejak kali pertama aku jumpa dia kat tepi jalan tuh tup-tup rupanya jiran sebelah rumah aku. Terkejut sampai rasa nak tercabut jantung, macam nampak Ju-on pon ade aku haritu bila balik-balik on-call jer ternampak satu lembaga sister ni tengah on-her-way nak kuar rumah. Nasib baik pagi-pagi  buta itu gelap ditambah dengan tinted kereta aku yang sikit punya tebal, takdela dia nampak aku dalam kerete walaupun dia betol-betol lalu sebelah tempat driver. Aku cuba butakan mata dan pekakkan telinga jer lepas tuh, sampai la satu hari...

" awak..." lembut suara itu memanggil
Aku cuba buat tak dengar je.

" Awak..." panggilnya lagi.

Aku pura-pura masuk ke dalam kereta balik mengambil briefcase. Padahal, tah sejak bile pulak doktor bawak briefcase pergi hospital. Tanpa memandang ke arah si pemanggil aku berjalan ke arah pintu rumah. Buat tak tahu dia panggil aku.

"  Izzat Haikal !!"

" Aqeel Izz Haikal....!!" involuntary reaction.
Dari dulu lagi memang  ada tabiat membetulkan orang yang salah sebut nama aku. Kepala yang tidak gatal aku garu sedikit. Perlahan aku berpusing ke arah dia yang memanggil.

****

Liqa' (usrah/perkumpulan) hari itu berjalan seperti minggu-minggu sebelumnya. Bermula sesi tadabbur(menghayati quran)  sehinggalah sampai ke isu semasa, aku try untuk fokus namun hati aku bagai tiada di situ. Kepalaku masih terngiang-ngiang peristiwa semalam..

" Owh ya, Siti Maisarah kan?"

Dia menggeleng. " Siti Humairah.." dia membetulkan.

Suasana jadi kekok semula. Barangkali masa berlalu aku juga sudah lupa bagaimana ingin terus berlakon. Menjadi ikhwah, sedikit sebanyak aku rasa agak bersalah kerana berpura-pura tidak mengenalinya tadi. Namun nak overfriendly pun aku bimbang, takut-takut sampai berdosa pulak aku nanti.

 Sebab takde perkara yang nak dibualkan sangat aku meminta diri masuk ke rumah. Namun sebelum aku masuk dia memanggilku sekali lagi..

" Sebenarnya saya dah lama perasan awak ni jiran saya, tapi saya rasa awak selalu macam elakkan saya. Saya tak tahu samada awak memang tak cam saya or bende lain..tapi kalau sebab apa yang jadi time sekolah dulu. Jangan risau saya sudah lama selesaikan perasaan tu." ujarnya tenang. Matanya bersinar memancarkan ketegasan.

“ Saya menegur sebagai jiran dan sebagai kenalan awak dulu. Awak jangan risau. Takda niat lain.” Ujarnya sambil tersenyum sedikit. Kemudian berpaling. Dia juga mahu berlalu.

Time tuh, aku rasa macam tak percaya. Terasa malu pun ada gak kat diri sendiri. Rasa macam diri sendiri pulak yang over dan perasan. Padahal Humairah buat rilek, buat peace ajer biler jumpa  aku.
Aku pegang dada. Hati aku tiba-tiba rasa macam sakit melihat wajah dia yang tenang. Betulkah dia benar-benar sudah tiada apa-apa rasa untukku?

" Saya mungkin akan bertunang!!"..gatal je mulut aku. Pantas sebelah tangan aku tekup mulut. Astaghfirullahalazim, ikhwah jenis ape la aku ni...Kalau ia pun tercabar ego ape pasal la sampai gatal sangat nak bagaitau...bende yang aku sendiri belum putuskan lagi. Rasa macam nak hantuk kepala sendiri kat dinding.

***

" Dr. Izz Haikal.."

Lamunanku terputus.

" Hang ni lagu apa??...termenung ja ana tengok dari tadi.." usik Acap atau nama sebenarnya Amirul Asyraf. Pemuda Kedah yang merangkap usrahmate aku itu memandangku kehairanan.

" Dalam Liqa' tadipun ana perasan anta ni macam tak fokus je..macam dah sampai planet pluto da,,,.ada masalah ka?"....tulus dia bertanya.

Dalam dakapan ukhwah begitulah, ada jer orang yang prihatin dengan kita. Aku menggeleng. Terasa malu pulak untuk bercerita.

" Ala bro...macamla aku baru kenal ko...da dua tahun kita berukhwah.. takkan dengan aku pon nak berahsia..Ini first-time aku tengok ko macam nih, cerita la...anak usrah ko malas mandi ke ?...ko yang malas mandi ke..?..." hilang terus loghat utara dia masuk pulak loyar buruk dia .

 Tapi bersungguh-sungguh dia bertanya. Muka serius walaupun bunyi soalan macam minta penampar sahaja. Akhirnya, aku luahkan juga pada dia..

Akhir cerita ku Acap tergelak besar. Angkat kening aku pada dia. Aku backhand jugak kang mamat keding nih, tadi dia yang beria tanya, bila aku cerita dia gelakkan pulak aku. Tu yang aku malas tuh nak cerita ni..Sabar jela..

" Yang anta gelak ni kenapa?.."

Dia berhenti gelak. Air matanya yang keluar akibat gelak tadi juga dikesat.

" Takde...cuma hepi...bila anta share pasal diri anta..."

" Maksud ko ?" aku meminta penjelasan. Tak istiqomah langsung. Kejap guna ana anta, kejap guna aku ko..

Muka Acap serius balik.
" Anta tahu apa gelaran semua junior-junior usrah ana pada enta?"

Aku menggeleng.

" Ikhwah perfect 10.."

Aku buat muka still blur pada Acap. Ini serius..serius minta penampar.  Acap mula dah takut bila dia nampak aura super saiya Vegeta of Dragon Ball belakang aku.

" Maksudnya anta ni ikhwah yang perfect la...muka jambu, genius, keje doktor, ade duit, pandai berdikari, keluarga baik-baik, ade karisma, .Aa..lagi satu bonus..akhwat yang nak kenal dengan anta semua cun-cun..."

Acap tertawa.

Laju sahaja aku bagi penampar bahu dia. Geram pula aku.

“ Ko ni bagi ajaran sesat apa kat anak usrah ko..” Sepatutnya Acap membawa mereka pada islam, bukan kepada aku.

" Rilek la...diorang baru lagi, lama sikit dalam tarbiyyah nanti diorang fahamlah...lagipun ana tengok anta ok aper...enta jaga mutabaah amal, enta tegas dengan tarbiyyah, muwajih yang hebat, berdikari, ade prinsip sendiri dan jarang ada masalah dengan ikhwah lain. Pasal tu ana iakan jer junior-junior ana tuh. Bagus jugak diorang ade sumber inspirasi macam enta ni,,.hehe..."

Aku diam jer dengar Acap cakap macam tuh. Beristighfar lagi, aku akui aku sedikit bangga dengan pujian itu tapi aku sedar juga  aku cuma manusia yang penuh kekurangan. Tidak layak langsung dipuji sebegitu

"..tapi soal hati perasaan ni memang enta clueless skit. Jadi ana takde heran sangat la bila enta diuji macamnih...." Acap menyambung.

" Hati ? Perasaan?" Perkataan itu bagai minyak dengan aku. Tak masuk langsung.  Naik bulu roma. Acap kutenung tajam bagai mahu tembus. Dia tak tau ker aku ni allergik dengan bende-bende  jiwang camtuh? Lagipon...Ikhwah kowt....

" Ape jeling-jeling?...ape enta ingat ikhwah bukan manusia biase?"..Acap buat muka serius.

****
Acap menasihatkan agar aku tidak terlalu melayan perasaan. Dia mengingatkan aku tentang musuh utama manusia, syaitan yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menghasut manusia. Lagipun bukankah aku sudah bersetuju mempertimbangkan ukhti Yusra. Humairah tu belum tentu akhwat.

            Acap mengingatkan aku lagi bahawa kita sedang melakukan satu kerja yang besar iaitu dakwah. Dakwah menuntut banyak pengorbanan masa dan tenaga. Katanya, ikhwah seperti aku terlalu berharga untuk disibukkan dengan perkara-perkara begitu. Aku jadi bersemangat balik lepas dapat nasihat Acap. Aku cuba menyibukkan diri semula dengan aktiviti tarbiyyah dan dakwah untuk melupakan Humairah. Dalam masa yang sama cuba fokus kepada kerjaku sebagai seorang doktor dan berusaha menjadi contoh terbaik kepada manusia sekelilingku.

bersambung..

Friday, June 3, 2016

Ikhwah Perfect 10 (Part 2)

Part II:  Come-back.


Gambar: Kredit

          
            Dulu aku memang anti dengan orang-orang yang suka berpersatuan atau gigih sangat nak  memperjuangkan fahaman diorang nih. Bila nampak diorang  duduk ber “geng”  dengan berhuha-huha rasa macam nak hala senapang bazooka sahaja. Bagi aku diorang ni macam radikal dan  berhaluan kiri dan selalu claim diri sendiri  jer betul dan orang lain salah. Poyo betul.

Tapi macam irony pulak sekarang nih bila aku dah start commit dengan usrah dan tarbiyyah. Mula-mula tu aku just join sebab besfren aku ajak jer. Sajela dari tak buat ape. Tapi lame-lame aku dah start faham.. hidup ni bukan sekadar untuk aku jadi baik sesorang jer. Itu kapitalis namanya.

Melalui usrah, mata hati aku terbuka, aku belajar bahawa matlamat hidup bukanlah sekadar belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dalam kerjaya yang didimpikan. Aku mula sedar, di samping beribadah, aku juga perlu tanggungjawab sebagai khalifah. Kena buat dakwah. Melalui usrah aku belajar mencintai Rasulullah saw. Aku juga  mula faham  betapa perlu untuk belajar dan terus belajar tentang al quran bukan sekadar membacanya. Membaca dengan minda membuatkan Al quran sekadar menjadi repitasi, namun membaca dengan hati menyedarkan aku betapa dalamnya bahasa Al Quran itu. Insaf aku jadinya bila mengenangkan betapa aku berhutang dengan Allah atas nikmat islam dan iman yang diberiNya. Rupanya sebelum ini aku belum cukup muslim sebenarnya.

Di sini juga, setelah mengambil jurusan perubatan, jati diriku lebih terbina..yaa..mungkin juga setelah lebih banyak berjumpa orang sakit buat aku lebih memaknai kehidupan. Lebih empati dan lebih merendah diri. Di satu sudut, aku jadi lebih menghayati betapa kompleksnya penciptaan manusia, sekaligus lebih mengingatkan aku bahawa hidup ini bukan milikku seorang. Aku akan pulang juga pada Pencipta.

Sudah tentu ia tidak mudah bergelar seorang pelajar medik dalam masa yang sama seorang daie. Dalam bergelut dengan stress belajar, exam yang susah dan masa yang terhad, aku berusaha juga untuk menyuburkan tarbiyyah dalam diri. Semoga kelak disamping menjadi doktor biasa aku juga bisa menjadi doktor yang merawat sakit ummahku yang semakin parah.

******

“ Ini posting kau yang ke berapa? ” Muka ketua jabatan Wad  Psikatari  yang digelar singa betina itu ku pandang dengan senyuman kelat. Dia adalah ketua yang menjaga ward ini dan dia sangat garang. Gaya dia tanya aku  pun macam nak makan orang sahaja.  Macam bagus sangat pun ada jugak. Astaghfirullah, astaghfirullah. Berulang kali aku beristighfar dalam hati. Rasa marah dan jengkel sedaya upaya aku cuba campakkan ke planet Pluto. Aku cuba tenangkan hati yang masih berbara kerana tiba-tiba disergah begitu.  Ini bukan first time aku berdepan dengan situasi ini sepanjang setahun lebih menjadi HO.

Tahun ini adalah tahun yang kritikal untuk aku. Bergelar housemen(h/o)  di sebuah hospital kerajaan hampir sahaja membuatkan aku separuh gila. Bergelut dengan kesibukan rutin seorang doktor, suasana kerja langsung tidak membantu. Doktor dan jururawat senior disini macam berpakatan rakyat nak kenakan housemen sahaja. Ini lumrah, kata mereka. Budak baru kena belajar banyak pasal tu diorang bagi multitasking . Waktu bekerja bagaikan tiada rehat langsung. Balik kerja sudah kepenatan dalam kepala hanya nampak bantal sahaja.

Mujur sudah ramai ikhwah-ikhwah doktor mengingatkan aku pasal masalah ni. Cara-cara yang mereka kongsikan untuk membahagi masa untuk tarbiyyah dan menangani stress memang aku hadam habis-habisan. Bila aku reda menerima kerjaya sebagai doktor, aku telahpon berjanji untuk bersedia dengan segala kemungkinan yang boleh memfuturkan aku.

Cewaahh...Sebelum jadi doktor memang la rase macam dah sedia untuk semua ni, tapi bila dah hadap kerja tuh, Ya Allah memang rase teruji giler. Taubat , lepas housmen aku tak nak kerja hospital dah. Bukan-nya tak kuat semangat, tapi aku rasa aku perlukan kerja yang lebih mudah, agar lebih banyak masaku terisi dengan dakwah.

“ Izz Haiqal..!” Suaranya sudah naik satu oktaf memamggil aku. Sekaligus mengembalikan aku dari sindrom layan perasaan aku tadi.

“ Posting saya yang terakhir prof.” jawab aku sambil mengangkat muka menentang matanya. Berusaha menyembunyikan gemuruh. Aku try nak nampak konfiden dalam masa yang sama humble.  Selajur, aku berikan senyuman semanis choclairs untuk Professor itu dan macam biasa ianya berkesan.Senyuman aku macam jampi serapah orang kata. Yang masam-masam semua boleh jadi manis. Hahaha. Mukanya yang tadinya nampak tegang kini kendur sedikit.  Sudah nampak sedikit cahaya. Fuh. Aku lega.

“ Awak dari university mana? ” kali ini nada dia lebih sopan dan lembut. Setelah menjelaskan aku dari Universiti mana, dia dah tak tanya apa.

“ Baiklah, selamat maju  jaya. “ ujarnya sambil menulis seusai menulis sesuatu dalam cast-notenya. Aku lega. Bukannya apa. Sebagai housemen, deal dengan MO dan doktor senior ni kena hati-hati. Silap cakap pasti kene aim nanti. Masa tu baru  akan tahu  betapa ujiannya hidup di dunia. Semua benda dalam dunia yang kita buat akan jadi salah di mata mereka. Pastu asyik kena marah dan kena jerkah sahaja  

Aku bukanlah stretotaip mahu melabel semua doktor dan jururawat senior begitu. Sebenarnya ada juga yang baik dan sentiasa membantu.  Boleh jadi sebenarnya aku yang tidak menjaga hubunganku dengan Allah, sebab itu hubungan sesama manusia menjadi renggang.  Astaghfirullahalazim. Aku beristighfar lagi dan lagi.

Bekejar antara ke hospital, ke usrah, tempat daurah(seminar) dan rumah mutarabbi (orang yang didakwahkan) kadangkala melelahkan aku. Ini tidak boleh jadi. Lalu aku berpindah ke sebuah kawasan perumahan yang memudahkan aku pergi ke mana-mana destinasi aku. Demi kelangsungan dakwah dan tarbiyyah aku harus berkorban meskipun bukan murah sebenarnya nak duduk seorang diri.

Takpalah. Aku mampu. Bersenang-senang kat syurga nanti ya Izz. Itu sahaja modal aku memujuk diri sendiri. Dah seminggu aku pindah tapi setakat ni macam tak sempat lagi nak menyantuni jiran-jiran aku.

        Abang naqib(ketua usrah) aku dah start tanya pasal baitul muslim , Ala..yang cari-cari jodoh cara islam tu. Aku menganggukkan sahaja sebab masa tu memang dah rasa macam keperluan pulak untuk berkahwin. Rasa macam serabut jer kalau teros sensorang macam nih. Mahu juga rasa berteman tapi mesra di rumah baru ini.

Hmm..itu boleh dikira sebab ke..haha..

            Cuma itulah, hati aku belum rasa terpaut pada mana-mana wanita. Jangankan wanita biasa , dengan akhwat pun tiada. Bukan tiada yang mahu menjadi calon. Bukan aku tidak usaha. Sejak aku klinikal lagi memang banyak jer akhwat yang meminta taaruf dengan aku. Yang bagi aku surat layang pun tak kurang banyaknya. Sebab taknak kecewakan makcik dan pakcik yang jadi orang tengahtu aku terima juga borang mereka.  Kemudian aku rijek mereka secara baik.

Naqib aku jadi pening kepala dibuatnya. Puas disorongnya pelbagai borang, diaturkannya sesi taaruf yang berkali-kali tapi tetap aku tolak juga diakhir sesi . Sabar je la dia dengan adik usrah dia yang seorang ni.

“ Anta(awak) nak cari yang macamana sebenarnya ?”
Pertanyaan itu buat aku diam je kadang-kadang. Tak tahulah sebenarnya belum ada yang berkenan di hati atau aku sendiri yang belum buka hati.

“ yang bukak hati saya bang” sengih aku menjawab. Sikit sebayak simpatiku tumpah pada abang usrahku yang seorang itu.

Kali ini aku bertaaruf dengan seorang akhwat yang cantik, keturunan yang baik-baik. Paling penting akhwat ni qowiy(kuat) orangnya. Bawa dua tiga usrah dan hafal al quran. Hebat kan? Sesi bertaaruf itu berjalan dengan baik dan banyak pula perkara yang dibualkan serasi. Macam orang sains cakap...ade chemistry...

Tapi entahlah....hati aku langsung macam tak terpaut pun pada dia. Memang orangnya lembut, cantik dan sempurna , pandai berkata-kata pula tapi aku rasa bukan dia yang aku cari. Hati aku ini macam masih dimangga besi. Terkunci. Tidak mahu terbuka.

 Istikharah jugak aku beberapa malam , namun perasaan aku tetap sama. Setelah dipujuk-pujuk pak naqib aku, aku minta tempoh sebulan untuk mempertimbangkan lagi. Naqib aku senyum ja. Itu petanda baik kata dia, kerana aku tidak pernah memberi tempoh sebulan itu kepada mana-mana akhwat lain. Katanya lagi cinta tu boleh disemi, setakat ni pon gadis itulah paling bagus antara akhwat lain so takde sebab nak tolak kan?

Arasso! aku senyum sahaja . Betul juga. Hati kita kan Allah yang pegang.

        Tapi silap besarlah kalau ingat jalan dakwah ni akan berhampar karpet merah sampai ke syurga...Allah akan sentiasa menguji kita dengan pelbagai cara...yang kadang-kadang  langsung tak terjangkau akal fikiran kita...Saat itulah aku dipertemukan dengan Humairah kembali.

Mulanya aku cuma menangkap dari belakang seorang gadis yang berjalan kaki di tepi jalan raya berdekatan taman perumahan aku. Namun aku brek mengejut bila terpandangkan side-mirror setelah melepasi gadis itu.

Dia benar-benar Humairah yang pernah hilang dalam hidup aku sepanjang tujuh tahun lalu. Aku ingin sekali menegurnya namun bagaikan ada sesuatu yang menghalangku berbuat begitu. Gadis berbaju kurung itu tenang berjalan melepasi keretaku. Aku hanya mampu memandangnya dari jauh.

Kenapa baru muncul sekarang?.....hatiku tiba-tiba berbisik begitu....


bersambung.....