Friday, June 3, 2016

Ikhwah Perfect 10 (Part 2)

Part II:  Come-back.


Gambar: Kredit

          
            Dulu aku memang anti dengan orang-orang yang suka berpersatuan atau gigih sangat nak  memperjuangkan fahaman diorang nih. Bila nampak diorang  duduk ber “geng”  dengan berhuha-huha rasa macam nak hala senapang bazooka sahaja. Bagi aku diorang ni macam radikal dan  berhaluan kiri dan selalu claim diri sendiri  jer betul dan orang lain salah. Poyo betul.

Tapi macam irony pulak sekarang nih bila aku dah start commit dengan usrah dan tarbiyyah. Mula-mula tu aku just join sebab besfren aku ajak jer. Sajela dari tak buat ape. Tapi lame-lame aku dah start faham.. hidup ni bukan sekadar untuk aku jadi baik sesorang jer. Itu kapitalis namanya.

Melalui usrah, mata hati aku terbuka, aku belajar bahawa matlamat hidup bukanlah sekadar belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dalam kerjaya yang didimpikan. Aku mula sedar, di samping beribadah, aku juga perlu tanggungjawab sebagai khalifah. Kena buat dakwah. Melalui usrah aku belajar mencintai Rasulullah saw. Aku juga  mula faham  betapa perlu untuk belajar dan terus belajar tentang al quran bukan sekadar membacanya. Membaca dengan minda membuatkan Al quran sekadar menjadi repitasi, namun membaca dengan hati menyedarkan aku betapa dalamnya bahasa Al Quran itu. Insaf aku jadinya bila mengenangkan betapa aku berhutang dengan Allah atas nikmat islam dan iman yang diberiNya. Rupanya sebelum ini aku belum cukup muslim sebenarnya.

Di sini juga, setelah mengambil jurusan perubatan, jati diriku lebih terbina..yaa..mungkin juga setelah lebih banyak berjumpa orang sakit buat aku lebih memaknai kehidupan. Lebih empati dan lebih merendah diri. Di satu sudut, aku jadi lebih menghayati betapa kompleksnya penciptaan manusia, sekaligus lebih mengingatkan aku bahawa hidup ini bukan milikku seorang. Aku akan pulang juga pada Pencipta.

Sudah tentu ia tidak mudah bergelar seorang pelajar medik dalam masa yang sama seorang daie. Dalam bergelut dengan stress belajar, exam yang susah dan masa yang terhad, aku berusaha juga untuk menyuburkan tarbiyyah dalam diri. Semoga kelak disamping menjadi doktor biasa aku juga bisa menjadi doktor yang merawat sakit ummahku yang semakin parah.

******

“ Ini posting kau yang ke berapa? ” Muka ketua jabatan Wad  Psikatari  yang digelar singa betina itu ku pandang dengan senyuman kelat. Dia adalah ketua yang menjaga ward ini dan dia sangat garang. Gaya dia tanya aku  pun macam nak makan orang sahaja.  Macam bagus sangat pun ada jugak. Astaghfirullah, astaghfirullah. Berulang kali aku beristighfar dalam hati. Rasa marah dan jengkel sedaya upaya aku cuba campakkan ke planet Pluto. Aku cuba tenangkan hati yang masih berbara kerana tiba-tiba disergah begitu.  Ini bukan first time aku berdepan dengan situasi ini sepanjang setahun lebih menjadi HO.

Tahun ini adalah tahun yang kritikal untuk aku. Bergelar housemen(h/o)  di sebuah hospital kerajaan hampir sahaja membuatkan aku separuh gila. Bergelut dengan kesibukan rutin seorang doktor, suasana kerja langsung tidak membantu. Doktor dan jururawat senior disini macam berpakatan rakyat nak kenakan housemen sahaja. Ini lumrah, kata mereka. Budak baru kena belajar banyak pasal tu diorang bagi multitasking . Waktu bekerja bagaikan tiada rehat langsung. Balik kerja sudah kepenatan dalam kepala hanya nampak bantal sahaja.

Mujur sudah ramai ikhwah-ikhwah doktor mengingatkan aku pasal masalah ni. Cara-cara yang mereka kongsikan untuk membahagi masa untuk tarbiyyah dan menangani stress memang aku hadam habis-habisan. Bila aku reda menerima kerjaya sebagai doktor, aku telahpon berjanji untuk bersedia dengan segala kemungkinan yang boleh memfuturkan aku.

Cewaahh...Sebelum jadi doktor memang la rase macam dah sedia untuk semua ni, tapi bila dah hadap kerja tuh, Ya Allah memang rase teruji giler. Taubat , lepas housmen aku tak nak kerja hospital dah. Bukan-nya tak kuat semangat, tapi aku rasa aku perlukan kerja yang lebih mudah, agar lebih banyak masaku terisi dengan dakwah.

“ Izz Haiqal..!” Suaranya sudah naik satu oktaf memamggil aku. Sekaligus mengembalikan aku dari sindrom layan perasaan aku tadi.

“ Posting saya yang terakhir prof.” jawab aku sambil mengangkat muka menentang matanya. Berusaha menyembunyikan gemuruh. Aku try nak nampak konfiden dalam masa yang sama humble.  Selajur, aku berikan senyuman semanis choclairs untuk Professor itu dan macam biasa ianya berkesan.Senyuman aku macam jampi serapah orang kata. Yang masam-masam semua boleh jadi manis. Hahaha. Mukanya yang tadinya nampak tegang kini kendur sedikit.  Sudah nampak sedikit cahaya. Fuh. Aku lega.

“ Awak dari university mana? ” kali ini nada dia lebih sopan dan lembut. Setelah menjelaskan aku dari Universiti mana, dia dah tak tanya apa.

“ Baiklah, selamat maju  jaya. “ ujarnya sambil menulis seusai menulis sesuatu dalam cast-notenya. Aku lega. Bukannya apa. Sebagai housemen, deal dengan MO dan doktor senior ni kena hati-hati. Silap cakap pasti kene aim nanti. Masa tu baru  akan tahu  betapa ujiannya hidup di dunia. Semua benda dalam dunia yang kita buat akan jadi salah di mata mereka. Pastu asyik kena marah dan kena jerkah sahaja  

Aku bukanlah stretotaip mahu melabel semua doktor dan jururawat senior begitu. Sebenarnya ada juga yang baik dan sentiasa membantu.  Boleh jadi sebenarnya aku yang tidak menjaga hubunganku dengan Allah, sebab itu hubungan sesama manusia menjadi renggang.  Astaghfirullahalazim. Aku beristighfar lagi dan lagi.

Bekejar antara ke hospital, ke usrah, tempat daurah(seminar) dan rumah mutarabbi (orang yang didakwahkan) kadangkala melelahkan aku. Ini tidak boleh jadi. Lalu aku berpindah ke sebuah kawasan perumahan yang memudahkan aku pergi ke mana-mana destinasi aku. Demi kelangsungan dakwah dan tarbiyyah aku harus berkorban meskipun bukan murah sebenarnya nak duduk seorang diri.

Takpalah. Aku mampu. Bersenang-senang kat syurga nanti ya Izz. Itu sahaja modal aku memujuk diri sendiri. Dah seminggu aku pindah tapi setakat ni macam tak sempat lagi nak menyantuni jiran-jiran aku.

        Abang naqib(ketua usrah) aku dah start tanya pasal baitul muslim , Ala..yang cari-cari jodoh cara islam tu. Aku menganggukkan sahaja sebab masa tu memang dah rasa macam keperluan pulak untuk berkahwin. Rasa macam serabut jer kalau teros sensorang macam nih. Mahu juga rasa berteman tapi mesra di rumah baru ini.

Hmm..itu boleh dikira sebab ke..haha..

            Cuma itulah, hati aku belum rasa terpaut pada mana-mana wanita. Jangankan wanita biasa , dengan akhwat pun tiada. Bukan tiada yang mahu menjadi calon. Bukan aku tidak usaha. Sejak aku klinikal lagi memang banyak jer akhwat yang meminta taaruf dengan aku. Yang bagi aku surat layang pun tak kurang banyaknya. Sebab taknak kecewakan makcik dan pakcik yang jadi orang tengahtu aku terima juga borang mereka.  Kemudian aku rijek mereka secara baik.

Naqib aku jadi pening kepala dibuatnya. Puas disorongnya pelbagai borang, diaturkannya sesi taaruf yang berkali-kali tapi tetap aku tolak juga diakhir sesi . Sabar je la dia dengan adik usrah dia yang seorang ni.

“ Anta(awak) nak cari yang macamana sebenarnya ?”
Pertanyaan itu buat aku diam je kadang-kadang. Tak tahulah sebenarnya belum ada yang berkenan di hati atau aku sendiri yang belum buka hati.

“ yang bukak hati saya bang” sengih aku menjawab. Sikit sebayak simpatiku tumpah pada abang usrahku yang seorang itu.

Kali ini aku bertaaruf dengan seorang akhwat yang cantik, keturunan yang baik-baik. Paling penting akhwat ni qowiy(kuat) orangnya. Bawa dua tiga usrah dan hafal al quran. Hebat kan? Sesi bertaaruf itu berjalan dengan baik dan banyak pula perkara yang dibualkan serasi. Macam orang sains cakap...ade chemistry...

Tapi entahlah....hati aku langsung macam tak terpaut pun pada dia. Memang orangnya lembut, cantik dan sempurna , pandai berkata-kata pula tapi aku rasa bukan dia yang aku cari. Hati aku ini macam masih dimangga besi. Terkunci. Tidak mahu terbuka.

 Istikharah jugak aku beberapa malam , namun perasaan aku tetap sama. Setelah dipujuk-pujuk pak naqib aku, aku minta tempoh sebulan untuk mempertimbangkan lagi. Naqib aku senyum ja. Itu petanda baik kata dia, kerana aku tidak pernah memberi tempoh sebulan itu kepada mana-mana akhwat lain. Katanya lagi cinta tu boleh disemi, setakat ni pon gadis itulah paling bagus antara akhwat lain so takde sebab nak tolak kan?

Arasso! aku senyum sahaja . Betul juga. Hati kita kan Allah yang pegang.

        Tapi silap besarlah kalau ingat jalan dakwah ni akan berhampar karpet merah sampai ke syurga...Allah akan sentiasa menguji kita dengan pelbagai cara...yang kadang-kadang  langsung tak terjangkau akal fikiran kita...Saat itulah aku dipertemukan dengan Humairah kembali.

Mulanya aku cuma menangkap dari belakang seorang gadis yang berjalan kaki di tepi jalan raya berdekatan taman perumahan aku. Namun aku brek mengejut bila terpandangkan side-mirror setelah melepasi gadis itu.

Dia benar-benar Humairah yang pernah hilang dalam hidup aku sepanjang tujuh tahun lalu. Aku ingin sekali menegurnya namun bagaikan ada sesuatu yang menghalangku berbuat begitu. Gadis berbaju kurung itu tenang berjalan melepasi keretaku. Aku hanya mampu memandangnya dari jauh.

Kenapa baru muncul sekarang?.....hatiku tiba-tiba berbisik begitu....


bersambung.....
            

No comments:

Post a Comment