Bismillahirrahmanirrahim..
Part IV: Sekali lagi.
![]() |
kredit |
Langit cerah hari itu. Usai bertugas aku bergegas ke
Majid Ar Rahman untuk berjemaah Zuhur. Lepas ni aku perlu bergegas ke restoran
Mak Uda pulak. Meskipun penat aku cuba memenuhi permintaan sahabatku untuk
menjadi orang tengah dengan sesi taaruf (berkenalan) anak usrahnya dengn
seorang akhwat. Berat jugak aku pada mulanya, yalah bukan pernah ada pengalaman
pun handle mende-mende macam
nih, mulanya akhi Harits yang sepatutnya
hadir tapi last minute dia ada hal
pula. Takpalah..bukan orang lain pun, usrahmate aku punya anak usrah jugak.
Goreng sajalah
"Tok..tok..tok.." notification
whatsapp ku berbunyi. Satu mesej masuk dari Raden Amzar, anak usrah Harits
yang akan bertaaruf harini. Katanya, dia akan lambt sikit harini, jalan jam alasan dia. Respon aku pendek jer.
Emotikon hidung keluar asap. Yang kenal aku semua tahu aku ni jenis yang punctual. Lagipun yang nak bertaaruf dia
bukan aku. Ini bukan contoh yang baik lagi-lagi bila dia mahu berjodoh dengan
seorang akhwat.
Seorang gadis bertudung labuh masuk dengan seorang gadis
lain. Muka aku jadi pucat tak berdarah. Punya besar dunia kat sini jugak jumpa.
Bagaimana ukhti Yusra dengan Humairah ada disini.. Yang penting apa hubungan
mereka? Entah-entah....
***
Suasana sunyi sepi, kami bagaikan hanya tiga orang asing
yang berkongsi meja. Masing-masing buat hal sendiri. Kekok. Hanya Yusra yang
sesekali cuba memulakan perbualan. Sesekali aku menjawab ringkas. Ku jeling
Humairah. Mukanya kayu sahaja dan dia nampak tidak berminat untuk mencelah
ape-ape. Jika tadi aku sedikit marah dengan Raden Amzar yang tidak kunjung
sampai, entah kenapa aku harap sekarang dia tak payah datang pun takpe.
Humairah la rupanya akhwat yang mahu diperkenalkan pada Raden Amzar. Humairah
seorang akhwat? Lately ni asyik dapat
surprise aje...
***
Raden Amzar lewat setengah jam daripada masa yang
dijanjikan. Dia mengambil tempat di sebelah aku sambil matanya dikerdipkan
kepadaku tanda meminta maaf kerana kelewatannya. Sekilas matanya melirik kepada
ukhti Yusra dan Humairah. Jelas dia sedikit kecewa bila ukhti Yusra
memperkenalkan Humairah sebagai orang yang bakal ditaarufkan dengannya. Aku
merenung Raden Amzar tidak senang . Apa kurangnya si Humairah ni?..
Raden Amzar sedikit berkerut membaca borang baitul muslim yang diisi oleh
Humairah. Obvious tidak puas hati
dia. Aku menjeling sekilas borang itu. Pada ruang kelulusan Humairah menulis
kelulusannya hanya SPM sahaja. Pekerjaannya sebagai seorang guru taska. Tentang
keluarganya pun dia tak banyak cerita.
"Maafkan ana.." teragak-agak dia menuturkannya. Riak wajahnya
dapat aku baca. Aku menyikunya sedikit. Begitu cepat Raden Amzar membuat
penilaian padahal satu soalan pun belum ditanyainya lagi. Bagiku, dia tidak
bersabar dan tergesa-gesa. Humairah menunduk. Aku membayangkan wajahnya yang
hampir menangis suatu ketika dulu dan entah kenapa aku tidak sanggup
melihat dia berwajah begitu kali ini.
Aku meminta diri ke tandas sambil mengisyaratkan Raden Amzar mengikutiku.
Marah benar aku pada dia. Raden Amzar akur.
" Susah brader . Tapi saya tak nak beri harapan palsu kepada dia.
Mulanya saya ingat Yusra yang akan diperkenalkan pada saya. Saya boleh terima
akhwat yang rupanya biasa-biasa sahaja. Tapi Humairah, susah la. Saya lecturer ada degree PhD tapi dia SPM jer. Dalam borang bm nyer pon tak
dinyatakan secara jelas tentang keluarga dia.. family saya strict sikit pasal mende ni..." ujarnya perlahan. Maklumlah, family Raden ni ketrunan berdarah biru.
Pada aku hemat aku si Raden Amzar
belum cukup diusrahkan lagi oleh Hariths. Aku tidak mahu bersangka buruk lalu
cuba lagi memujuknya.
"Pilihlah yang terjaga agamanya.."
" Kerana itu saya mahukan seorang akhwat..." mendatar saja
nadanya.. Barangkali dia serba salah melihat aku.
Aku diam. Kalau sudah tidak suka siapalah aku untuk memaksa. Kala itu aku
sedar,bagaimanapun aku mengenal Humairah, dia tetap seorang gadis asing bagi
Raden Amzar. Aku keluar dari tandas lalu duduk semula ke tempat tadi. Wajah
ukhti Yusra yang kehairann aku biarkan sahaja. Raden Amzar keluar dari tandas
sejurus selepas itu. Tatkala dia melabuhkan punggung untuk duduk Humairah pula
bangun. Matanya merenung Raden Amzar dengan wajah yang masih kayu. Perlahan dia
mengukir senyuman yang manis.
"Doktor takde ape nak tanya?" Riaknya selamba. Raden Amzar
sedikit terkejut namun menggeleng. Humairah mengangguk . Sekali lagi dia
tersenyum. Sedikit pon dia tidak nampak marah. Seolah-olah dia faham bahawa
dirinya sudah ditolak
Jauh di sudut hati aku tidak sedih Raden Amzar menolak
Humairah. Aku cuma bimbang hati Humairah terluka. Tapi ternyata aku silap. Dia dihadapanku hari
ini bukan gadis yang senang dibuli.
"Ana minta diri. Terima kasih atas masa yang diluangkan Dr. Raden dan
Dr. Haikal.."selajur dia meninggalkan kami tanpa memandang ke belakang
lagi. Sekeping not RM 20 ditinggalkan
atas meja. Ukhti Yusra hanya mengikutnya dari belakang. Meninggalkan kami berdua terpinga-pinga.
Hati aku sedikit rasa
tersentuh. Humairah yang ini bukan lagi Humairah cengeng yang senang dibuli.
Air matanya mahal dan dia lebih diam daripada Humairah yang dulu. Personalitinya
juga kelihatan lebih keras dan tegas. Aku tiba-tiba tertanya-tanya...mengapa
dia boleh berubah sampai begitu sekali. Tarbiyah kah yang mengubahnya
begitu?
bersambung..
No comments:
Post a Comment