Tuesday, June 7, 2016

Ikhwah Perfect 10 (Part 3)


Bismillahhirrahmanirrahim..
Part III: Ikhwah perfect10



Okay fine, ini serius drama. Humairah yang aku cuba elak sejak kali pertama aku jumpa dia kat tepi jalan tuh tup-tup rupanya jiran sebelah rumah aku. Terkejut sampai rasa nak tercabut jantung, macam nampak Ju-on pon ade aku haritu bila balik-balik on-call jer ternampak satu lembaga sister ni tengah on-her-way nak kuar rumah. Nasib baik pagi-pagi  buta itu gelap ditambah dengan tinted kereta aku yang sikit punya tebal, takdela dia nampak aku dalam kerete walaupun dia betol-betol lalu sebelah tempat driver. Aku cuba butakan mata dan pekakkan telinga jer lepas tuh, sampai la satu hari...

" awak..." lembut suara itu memanggil
Aku cuba buat tak dengar je.

" Awak..." panggilnya lagi.

Aku pura-pura masuk ke dalam kereta balik mengambil briefcase. Padahal, tah sejak bile pulak doktor bawak briefcase pergi hospital. Tanpa memandang ke arah si pemanggil aku berjalan ke arah pintu rumah. Buat tak tahu dia panggil aku.

"  Izzat Haikal !!"

" Aqeel Izz Haikal....!!" involuntary reaction.
Dari dulu lagi memang  ada tabiat membetulkan orang yang salah sebut nama aku. Kepala yang tidak gatal aku garu sedikit. Perlahan aku berpusing ke arah dia yang memanggil.

****

Liqa' (usrah/perkumpulan) hari itu berjalan seperti minggu-minggu sebelumnya. Bermula sesi tadabbur(menghayati quran)  sehinggalah sampai ke isu semasa, aku try untuk fokus namun hati aku bagai tiada di situ. Kepalaku masih terngiang-ngiang peristiwa semalam..

" Owh ya, Siti Maisarah kan?"

Dia menggeleng. " Siti Humairah.." dia membetulkan.

Suasana jadi kekok semula. Barangkali masa berlalu aku juga sudah lupa bagaimana ingin terus berlakon. Menjadi ikhwah, sedikit sebanyak aku rasa agak bersalah kerana berpura-pura tidak mengenalinya tadi. Namun nak overfriendly pun aku bimbang, takut-takut sampai berdosa pulak aku nanti.

 Sebab takde perkara yang nak dibualkan sangat aku meminta diri masuk ke rumah. Namun sebelum aku masuk dia memanggilku sekali lagi..

" Sebenarnya saya dah lama perasan awak ni jiran saya, tapi saya rasa awak selalu macam elakkan saya. Saya tak tahu samada awak memang tak cam saya or bende lain..tapi kalau sebab apa yang jadi time sekolah dulu. Jangan risau saya sudah lama selesaikan perasaan tu." ujarnya tenang. Matanya bersinar memancarkan ketegasan.

“ Saya menegur sebagai jiran dan sebagai kenalan awak dulu. Awak jangan risau. Takda niat lain.” Ujarnya sambil tersenyum sedikit. Kemudian berpaling. Dia juga mahu berlalu.

Time tuh, aku rasa macam tak percaya. Terasa malu pun ada gak kat diri sendiri. Rasa macam diri sendiri pulak yang over dan perasan. Padahal Humairah buat rilek, buat peace ajer biler jumpa  aku.
Aku pegang dada. Hati aku tiba-tiba rasa macam sakit melihat wajah dia yang tenang. Betulkah dia benar-benar sudah tiada apa-apa rasa untukku?

" Saya mungkin akan bertunang!!"..gatal je mulut aku. Pantas sebelah tangan aku tekup mulut. Astaghfirullahalazim, ikhwah jenis ape la aku ni...Kalau ia pun tercabar ego ape pasal la sampai gatal sangat nak bagaitau...bende yang aku sendiri belum putuskan lagi. Rasa macam nak hantuk kepala sendiri kat dinding.

***

" Dr. Izz Haikal.."

Lamunanku terputus.

" Hang ni lagu apa??...termenung ja ana tengok dari tadi.." usik Acap atau nama sebenarnya Amirul Asyraf. Pemuda Kedah yang merangkap usrahmate aku itu memandangku kehairanan.

" Dalam Liqa' tadipun ana perasan anta ni macam tak fokus je..macam dah sampai planet pluto da,,,.ada masalah ka?"....tulus dia bertanya.

Dalam dakapan ukhwah begitulah, ada jer orang yang prihatin dengan kita. Aku menggeleng. Terasa malu pulak untuk bercerita.

" Ala bro...macamla aku baru kenal ko...da dua tahun kita berukhwah.. takkan dengan aku pon nak berahsia..Ini first-time aku tengok ko macam nih, cerita la...anak usrah ko malas mandi ke ?...ko yang malas mandi ke..?..." hilang terus loghat utara dia masuk pulak loyar buruk dia .

 Tapi bersungguh-sungguh dia bertanya. Muka serius walaupun bunyi soalan macam minta penampar sahaja. Akhirnya, aku luahkan juga pada dia..

Akhir cerita ku Acap tergelak besar. Angkat kening aku pada dia. Aku backhand jugak kang mamat keding nih, tadi dia yang beria tanya, bila aku cerita dia gelakkan pulak aku. Tu yang aku malas tuh nak cerita ni..Sabar jela..

" Yang anta gelak ni kenapa?.."

Dia berhenti gelak. Air matanya yang keluar akibat gelak tadi juga dikesat.

" Takde...cuma hepi...bila anta share pasal diri anta..."

" Maksud ko ?" aku meminta penjelasan. Tak istiqomah langsung. Kejap guna ana anta, kejap guna aku ko..

Muka Acap serius balik.
" Anta tahu apa gelaran semua junior-junior usrah ana pada enta?"

Aku menggeleng.

" Ikhwah perfect 10.."

Aku buat muka still blur pada Acap. Ini serius..serius minta penampar.  Acap mula dah takut bila dia nampak aura super saiya Vegeta of Dragon Ball belakang aku.

" Maksudnya anta ni ikhwah yang perfect la...muka jambu, genius, keje doktor, ade duit, pandai berdikari, keluarga baik-baik, ade karisma, .Aa..lagi satu bonus..akhwat yang nak kenal dengan anta semua cun-cun..."

Acap tertawa.

Laju sahaja aku bagi penampar bahu dia. Geram pula aku.

“ Ko ni bagi ajaran sesat apa kat anak usrah ko..” Sepatutnya Acap membawa mereka pada islam, bukan kepada aku.

" Rilek la...diorang baru lagi, lama sikit dalam tarbiyyah nanti diorang fahamlah...lagipun ana tengok anta ok aper...enta jaga mutabaah amal, enta tegas dengan tarbiyyah, muwajih yang hebat, berdikari, ade prinsip sendiri dan jarang ada masalah dengan ikhwah lain. Pasal tu ana iakan jer junior-junior ana tuh. Bagus jugak diorang ade sumber inspirasi macam enta ni,,.hehe..."

Aku diam jer dengar Acap cakap macam tuh. Beristighfar lagi, aku akui aku sedikit bangga dengan pujian itu tapi aku sedar juga  aku cuma manusia yang penuh kekurangan. Tidak layak langsung dipuji sebegitu

"..tapi soal hati perasaan ni memang enta clueless skit. Jadi ana takde heran sangat la bila enta diuji macamnih...." Acap menyambung.

" Hati ? Perasaan?" Perkataan itu bagai minyak dengan aku. Tak masuk langsung.  Naik bulu roma. Acap kutenung tajam bagai mahu tembus. Dia tak tau ker aku ni allergik dengan bende-bende  jiwang camtuh? Lagipon...Ikhwah kowt....

" Ape jeling-jeling?...ape enta ingat ikhwah bukan manusia biase?"..Acap buat muka serius.

****
Acap menasihatkan agar aku tidak terlalu melayan perasaan. Dia mengingatkan aku tentang musuh utama manusia, syaitan yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menghasut manusia. Lagipun bukankah aku sudah bersetuju mempertimbangkan ukhti Yusra. Humairah tu belum tentu akhwat.

            Acap mengingatkan aku lagi bahawa kita sedang melakukan satu kerja yang besar iaitu dakwah. Dakwah menuntut banyak pengorbanan masa dan tenaga. Katanya, ikhwah seperti aku terlalu berharga untuk disibukkan dengan perkara-perkara begitu. Aku jadi bersemangat balik lepas dapat nasihat Acap. Aku cuba menyibukkan diri semula dengan aktiviti tarbiyyah dan dakwah untuk melupakan Humairah. Dalam masa yang sama cuba fokus kepada kerjaku sebagai seorang doktor dan berusaha menjadi contoh terbaik kepada manusia sekelilingku.

bersambung..

No comments:

Post a Comment