Saturday, October 1, 2016

Memori 2 Oktober.

2 0ktober 2009, di sebuah SMK, 
Tingkatan 3


“ Kalau dah siap susun meja kamu semua boleh berehat. “ ujar cikgu . Itulah arahan yang aku tunggu-tunggu. Hari ni kami takda kelas sebab kena kemas dewan. Minggu depan nak pergi berperang kat situ. Periksa besar maa.. PMR.

Dewan yang sebelum ini lapang dan luas kini sudah tersusun kemas dengan meja dan kerusi. Lajur dan barisnya diperiksa kemas agar jaraknya sama supaya peperiksaan boleh berlaku dengan aman dan adil. Kata cikgu begitulah. Jaraknya sudah dipastikan agar tiada pelajar yang mampu meniru. Siap tanda guna tape putih lagi agar meja itu tetap berada di posisi asalnya. Lantai dewan itu juga sudah kelihatan bersih dari biasa. Sehelai rambut pun tidak dibenarkan bersemayam diatas lantai keramat itu. Cermin tingkap juga sudah dilap bersih-bersih. Sekaligus buat aku dah boleh rasa aura PMR di situ.

Dewan yang biasanya buruk dan berhabuk itu tiba-tiba buat aku seram sejuk pula. Fuh, baik aku keluar.

Hari itu hari Jumaat, Isninnya kami akan periksa besar. Macam tak percaya sekejap sahaja masa berlalu. Macam baru semalam kami habis orientasi lepas masuk sekolah itu.  Aku punya seram sejuk dan eksaited sampai sudah terbayang-bayang, hari isnin nanti tah macam mana nak jawab periksa. Bila teringat balik komik lawak kampus yang aku pernah baca, aku gelak sorang-sorang. Mana tahu haritu aku jadi sewel macam Vanessa , Bepop, atau Si Kosong ikut trick bodo diorang meniru. Haha.  Merepek apalah aku siang buta nih.

Suasana dekat nak PMR kat sekolah ni macam leisure sahaja. Budak form 3 dah takde kelas bersepah pergi sini sana. Tengah solat hajat atau studi grup agaknya. Teori tu buat aku ketawa lagi. Budak sheikh Ahmad dan belajar time cikgu takde…itu namanya non-equivalent equation. Lagi batch kitorang. Kalau tak sedang tawaf satu sekolah, barangkali sedang mengukir memori di sini-sana. Maklumlah lepas ni mungkin dah tak jumpa.

Aku lain la. Haha. Sivik aku tinggi jadi kejap lagi aku akan turun bengkel untuk hadam nama-nama keluarga mesin. Perempuan belajar Kemahiran Teknikal macamtula. Mesin tu makhluk asing dalam hidup dia, perlu masa nak jatuh cinta , dah dah isnin ni pula paper dia.

 Harini disamping hari menelaah mesin sebenarnya hari istimewa bagi aku. Jumaat pagi ini lain macam syahdunya sebab hari ni hari aku lahir ke dunia. Sebab sebenar aku termotivasi pagi ini lebih-lebih lagi untuk optimis belajar pasal mesin adalah kerana aku menerima ucapan selamat hari jadi dari kawan-kawanku. Aku gembira kerana hari istimewa hari ini, tiada kelas yang menjadikan hariku bosan seperti biasa. Aku tidak berharap semua orang yang aku kenal wish burfday aku…Cuma si dia…jeng…jeng..jeng…pulok dah.

Sapa takda crush masa zaman sekolah. Aku ada, Siap tersenarai nama dia dalam doaku saban solat dhuha. Tapi aku fine dengan fakta aku sorang jer suka dia. Dia tak payah suka aku la pendek kata tapi aku harap dia wish burfday aku. Pulak. Tula, budak sekolah patutnya tak elok baca shoujo manga.
Aku benam terus harapan tu sebab taknak kecewa. Orang lain tengah sibuk risau PMR takkan aku tak nak risau sama. Jadi dengan bismillah aku bukak langkah pertama. Ke bilik Kemahiran Hidup. Tempat makhluk asing tu.

Walaupun rabun aku tahap kena pakai kanta pembesar, aku tolak pakai spek mata di tempat awam sebab taknak tudung aku kembang. Tak lawa dan macam orang tua aku rasa... Tak kisahla,  bukankah yang penting aku belum buta nak nampak jalan pergi sana? 

Tengah on the way tu, aku nampak samar dua spesies manusia. Sorang mamat yang tengah pacak rambut dia kat kereta dan sorang mamat pakai songkok hitam dengan kemeja panjang yang dilipat tangannya. Rabun-rabun pun aku boleh agak salah seorang tu adalah crush aku. Korang cuba teka yang mana satu.

Mesti korang rasa mamat songkok tu kan. Plot twist. Crush aku mamat yang tengah pacak rambut dia bercermin kat tinted kereta tuh. Macam mana aku boleh tersuka tanpa sengaja dia ni aku cerita lain kali la. Pengenalan sikit mamat ni, macam dalam manga shoujo tu, agak  keartisan dan popular di sekolah aku. Oh ya, satu fakta lagi aku bukan orang asing untuk dia. Dia kenal aku.

Nak lari macam takde motif, nampak sangat nanti aku ni macam ada feeling kat dia. Jadi dengan langkah yang yakin aku maju ke depan. Satu persatu dengan beraninya aku berdepan dengan perasaan aku. Buat biasa saja, sampailah kitorang selisih. Fuh , dah lepas aku urut dada,..tiba-tiba…

“ AKAK SELAMAT HARI JADI!!!..” Sebulat suara budak-budak junior menyergah aku dari tingkat satu bangunan sains depan aku itu. Padu suara diorang sampai tak terkata aku. Of All time yang korang boleh wish…
Diorang sengih,  aku pula da ada tanda seru belakang kepala aku.

“Pah..”
Itu nama yang dia selalu panggil aku. Berat kepala pon  aku toleh juga sikit kat dia. Malu-malu . Dia pula panah senyuman dan lambaian kat aku.

“ Happy birthday..”

Sebaris ayat itu buat aku menulis panjang dalam diari aku. Wo-hen-khai-sing.


7 tahun berlalu,

Malam 2 Oktober 2016 , 1 Muharram

Aku tersenyum mengingati kenangan itu. Betapa mudanya aku pada masa itu. Penat balik kerja tadi terasa hilang sebentar mengingatkan betapa istimewanya tahun ini kerana hari jadiku jatuh pada tahun baru. Maknanya setiap hari yang berlalu lepas ini aku patutnya lebih ingat akan pertambahan usiaku.

Baju kemeja putih yang tergantung di birai katil aku jeling dan pastikan agar tidak perlu digosok lagi pagi  nanti. Aku ambil syif pagi agar petangnya aku dapat berbulatan gembira dengan ahli usrahku. Malamnya pula perlu aku perlu pastikan homework kuliahku setel.

Syukurnya aku masih hidup tahun ini. Meskipun hidupku bertambah sibuk, aku selalu merasakan Allah sedang menarikku untuk lebih dekat pada Dia.

Hari ini dia datang dalam kenang-kenanganku. 

Ada bertanya apakah aku masih ingat dan mengharapkan dia.

Aku tersenyum.

Kadang-kadang teringat juga tapi aku dah pencen dari mencari putera raja. Bukan dia atau mana-mana lelaki.

 Aku sedar tugas aku sekarang bukan lagi mengejar seorang lelaki tetapi syurga. Syurga yang lebih susah untuk dimiliki tapi tidak mustahil jika Allah redha

Apa yang aku harapkan pada hari jadiku tahun ini?

Bukan wish dari sesiapa…ataupun kek dan hadiah sesiapa…

Cuma Allah.

Memberiku sesuatu yang istimewa.

Hanya Dia.
(^_^)

InsyaAllah



Saturday, July 23, 2016

Ikhwah Perfect 10 (Part 6)

Bismillahirrahmanirrahim..
Part VI: Garis besar

kredit


Aku menutup pintu kereta. Usai menekan kunci sensor aku bergerak masuk ke dalam rumah. Namun langkahku terhenti separuh jalan bila dia memanggil namaku.

" Izz Haikal..." datar sahaja suaranya.
Sebaik sahaja aku menoleh ke belakang, sehelai sampul dihulur kepada ku.

" Saya tak perlukan bantuan awak..terima kasih..." wajahnya tiada perasaan. Sampul itu aku ambil. Selajur dia berpaling meninggalkan aku. Aku dapat teka isi didalamnya. Duit. Bil hospital dan ubat ibu Humairah yang aku tolong bayarkan. Aku termanggu seketika. Humairah ni kan...

" Niat saya cuma membantu..." mendatar suara aku. Sedaya upaya mengawal rasa kecewa ditolak begitu. Niat aku benar-benar sekadar membantu.

" Izz Haikal, awak suka kat saya kew?" Sinis suaranya.

Aku diam.

"Saya tahu jawapan awak. Jadi jangan buat saya konfius lagi. Jangan ganggu saya lagi. Awak dah bertunang pun dengan Yusra" Tegas dia menjawab. Meletakkan garisan jelas antara kami. Tenang dia melangkah meninggalkan aku.

"Satu lagi..." langkahnya dihentikan sambil menoleh kebelakang...                    
                                                                                                
“ Awak jangan risaukan saya. Saya ada Allah dan cukuplah dia sebagai Penjaga. “ suaranya kedengaran yakin.                                                                                                                                                                
Sekaligus aku terpana dengan jawapannya. Ia seolah satu tamparan hebat untuk aku. Mengingatkan aku juga tentang batas yang aku sepatutnya jaga sebagai seorang ikhwah.

***

Malam itu aku bermalam di rumah naqibku setelah dua hari bermalam di hospital. Aku tidak pulang ke rumah sewa kerana tidak mahu bertembung dengan Humairah. Aku malu padanya.  Mujur hari itu isteri abang Mikail tiada dirumah. Seminar katanya. Namun beberapa hari itu tidak berlalu sepi...fikiranku asyik teringatkan Humairah..sekaligus membuatkan aku terpaksa mengakui...

Ya..mungkin aku sudah jatuh cinta padanya. Cuma aku tidak yakin samaada ini rasa kasihan atau sekadar melawan ego. Aku ingin sekali melamarnya, namun penolakan demi penolakan juga buat aku takut mengambil langkah lebih jauh...aku takot kecewa. Dahlah aku pernah cakap nak bertunang dengan orang lain.

Namun aku semakin risau dengan diri sendiri. Aku tidak boleh terus menghabiskan hari-hari aku dengan memikirkan Humairah. Sepatutnya hari-hari aku dihabiskan memikirkan kerja-kerja dakwahku, dan maslahah umat. Mengapa aku boleh jadi begini kerana seorang wanita..Astaghfirullahalazim...baru aku sedar betapa aku masih perlu ditarbiyah lagi.

***

" Izz, Abang nak tanya sikit nih...." abang naqibku Mikail bertanya. Lamunanku terputus. Aku mengangguk.

" Ko ade problem ke??cerita la kat ,abang.."..pujuknya..Aku diam sahaja. Abang Mikail semakin risau.
" ....izz...pesal ni?..anak usrah izz pon risau pasal izz..sampai tanya kat abang kenapa liqa' diorg izz asyik kansel jer...Izz sakit ke?.."

Pertanyaan itu menyedarkan aku. Selajur aku beristighfar lagi. Rasa bersalah menghantui aku. Baru aku teringat liqa' terakhirku adalah pada sebulan lepas. Ternyata masa yang aku peruntukkan untuk dakwah berkurang lantaran terlalu memikirkan masalah peribadi.

Astaghfirullah...Futurkah aku begini? Serabut. Dalam masa yang sama hatiku bertingkah. Bagaimana aku bisa membawa liqa' dan memberi pengisian sedang jiwa aku sendiri larut dengan dunia....cinta... Astaghfirullah. Layakkah aku menjadi murobbi begini? Aku memandang abang Mikail yang aku hormati itu. Barangkali ada  baiknya aku bercerita padanya..dia murobbiku, kalau bukan dia siapa lagi yang boleh memahami aku...

*****

Terkebil-kebil Abang Mika memandangku. Aku menumbuk bahunya perlahan.

" Bro.."panggilku.

Abang Mika tiba-tiba tertawa.

" Sorry, abang sebenarnya hepi sangat ko cerita kat abang masalah ko.." Mikail menggosok-gosok bahunya.

Aku angkat kening tinggi-tinggi. Sepesen dengan Acap jawapan dia. Muka aku mintak jawapan tanda aku tak faham maksud dia. Takkan la abang Mika pon ingat aku ni perfect 10 jugak kowt.

" Dalam banyak-banyak anak usrah abang , ko sorang jer yang macam takde problem sebelom nih, merungut pasal kerja ko pun langsung tidak..." jelasnya. Izz Haikal yang dikenali oleh Mikail tak pernah mengeluh apa-apa pada dia.

            Aku tersengih jer. Bukan aku takde masalah. Aku ni memang jenis pendam sebenarnya. Tak suka cerita. Aku lagi suka mendengar.

"...Bila anta mengadu macam nih baru abang confirm anta pon ikhwah normal juga..."sambung Mikail. Sah, aku tak normal sebelum ini.

" tuan doktor, tuan doktor..." seru abang Mikail lagi dengan nada bercanda. Dia menggeleng-geleng sambil mengusap-ngusap bahuku.

" Sepatutnya definisi cinta itu adalah sesuatu yang memberi berkah, sakinah dan mawaddah kan..? . Anta tahu beza cinta biasa dan cinta para pejuang? " Abang Mika mula berceramah.

Aku menggeleng. Jangan tanya aku pasal cinta, aku memanglah zero pasal perkataan lima huruf ini. Lagi-lagi kepada insan bergelar wanita kecuali ibuku. Selama ini aku tidak pernah memupuk cinta lain selain kepada Allah dan Rasulullah.

" Bak kata Sternberg cinta ni ada tiga komponen. Keintiman, ghairah dan komitmen. Fahaman yang ditanamkan oleh barat ialah urutannya bermula dengan keintiman, selepas itu ghairah dan akhirnya barulah komitmen lebih besar seperti perkahwinan. Tapi..."

Abang Mikail memegang bahuku. Mata kami saling menatap.

" Sebagai pejuang islam. Tugas kita mengislah ummah Izz...Urutan kita bermula dengan komitmen...ikatan kesetiaan...ikrar kerelaan untuk berkorban, ...dalam jalan dakwah ni...kita adalah imam kepada cinta bukan diimamkan oleh cinta..."

" Manusia memang dijadikan dengan ego izz, dan kadang-kadang dengan ego kita mengawal perasaan kita. Cinta tu fitrah, normal Izz.. tapi anta kene belajar memahaminya...Anta kecewa mungkin sebab posisi jiwa anta salah.."

Aku sabar menanti penjelasan selanjutnya.

" Abang bagi contoh, kita mencintai seseorang lalu kita anggap kita akan bahagia jika kita dapat hidup bersama dia. So bila kita ditolak, kita tak dapat hidup bersama dia, itu da jadi satu penderitaan. Kita derita bukan sebab kita mencintai atau cinta tu sendiri tapi sebab kita terjemahkan bahagia kita sebagai satu kebersamaan..."

Lembut Abang Mika memujuk.

" Anta tak pernah diuji dengan ujian cinta bukan? "

Diam. Berfikir sekejap. Selajur mengangguk.

Mikail tertawa. Dia tidak menafikan , di sebalik kesempurnaan yang terlihat pada Izz Haikal, lelaki yang dikenalinya itu memang agak jahil tentang cinta, hati atau perasaan., slow dan tak berapa reti mendisplaykan perasaan sayangnya meskipun pada anak usrahnya sendri. Kalau bukan dia ikhwah sudah tentu dia akan sangka si Izz Haikal ni tidak straight.

 Dia mengenali pemuda sebelum pemuda itu masuk tarbiyyah lagi. Aqeel Izz Haikal adalah jejaka tampan yang tegas, yang punya ramai peminat perempuan namun tidak pernah menunjukkan tanda-tanda dia berminat dengan perempuan. Pendiam dan namun punya prinsip.

            Tidak dinafikan ego lelaki itu sedikit tinggi, namun selepas tarbiyyah dia nampak lelaki itu cuba berubah. Dia amat tegas dalam soal ikhtilat dan menundukkan pandangan nih. Dia tidak sekalipun memanfaatkan ketampanan wajahnya untuk mempermainkan perempuan atau untuk dirinya sendri. Dia punya cara tersendiri dalam berdakwah sekalipun tidak teragak-agak menasihati.  Walaupun kadang-kadang tegurannya ada melukai hati orang lain, namun lama-kelamaan mereka akan sedar bahawa si pendiam itu tidak akan bersuara melainkan perkara yang ditegur itu benar-benar salah. Bila ditegur pula lelaki itu akan cuba bersabar dan mengambil hikmah. Jarang sekali dia cepat marah atau melatah. Ikhwah syadid kate orang.

Namun kerana sikap tegas itu juga  Mikail hampir sahaja terfikir yang Izz Haikal mungkin selama-lamanya agak sukar menemukan jodoh yang sesuai sekiranya dia mencari sendiri. Kerana itu dia mengambil inisiatif bertanyakan soal baitul muslim kepada pemuda itu.


            Dia tidak menyangka hari ini lelaki itu menunjukkan sisi normal tentang perasaanya pada seorang wanita. 

Izz Haikal terdiam. Dia beristighfar lagi dan lagi.Menangis dalam hati. Dia sangat malu dengan Allah dan Rasulnya. Dia benar-benar mengharapkan petunjuk Allah ke atas dirinya sendiri kali ini.

bersambung...

Ikhwah Perfect 10 (Part 5)

Bismillahirrahmanirrahim..

Part V:  Masa lalu dia.
kredit


Kusut. Hal Humairah memenuhi kepala aku. Malam itu aku berbual panjang dengan Acap. Sabar jelä dia dgn aku. Yalah, hanya dia yang tahu kisah pasal aku dan Humairah. Aku ni pon satu, sibuk pikir masalah orang, padahal aku perlu berehat sebab esok giliran aku on-call. Acap buat muka serius kali ni. Terkebil-kebil  jugak dia menahan ngantuk. Musyawarah(perbincangan) kami Acap tutup dengan satu pertanyaan..

" Kau pernah tahu apa sebenarnya yang terjadi dengan hidup dia? Ko cakap result SPM dia ok kan? Kenapa dia tak sambung belajar? Kat mana pulak dia kenal si Yusra tuh?...

***

Persoalan yang diutarakan Acap menyebabkan aku mula mencari tahu mengenai Humairah. Ku tebalkan muka menyuruh mak cik yang selalu menjadi org tengah dalam baitul muslim itu bertanyakan perihal Humairah, pada sesiapa yang megenalinya. Nak tanya Yusra sendri segan la aku . Sesekali aku cuba mencari tahu melalui alumni lain. Tapi sebab Humairah ni lone-ranger tak ramai yang tahu pasal hal dia...Mujur mk cik Halijah yang baik tu ada...

"Humairah selepas SPM melanjutkan pelajaran diploma di sebuah kolej swasta. Lepastu dia kena tipu dan sijil dia disahkan tidak laku. Keluarga diorang terlibat dengan kemalangan lepas itu dan ayah dia meninggal. Dia putus asa nak menyambung pelajaran lepas tu jadi sekarang dia kerja untuk bayar hutang dan menjaga ibunya yang sakit.." Panjang lebar Whatsapp Mak Cik Halijah.

Aku terkedu. Berliku sungguh  hidup dia nih. Komplikated. Sebab tuh ke dia cakap dia lulusan SPM jer. Teringat pulak aku berita student kene tipu macamtuh dalam surat khabar. Bende ni rare sangat sebenarnya nak jadi terutama kat budak sekolah aku. Yalah, kalau dah cemerlang mesti banyak tawaran bagus buat ape amek risk masuk swasta. Tak sangka Humairah ni la orang yang satu dalam seribu tuh. Tapi Humairah ni memang lurus sikit daripada dulu, mungkin sebab tu jugak dia kene tipu. Marah pulak aku kat orang yang menipu Humairah ni. Hish..

Malam itu aku on-call. Routine check-up sudahpun aku selesaikan tadi. Mesej mak cik Halijah aku baca semula. Kalau boleh nak tanya lagi tapi segan la  pulak. Aku tarik nafas panjang. Chill dulu Izz Haikal. Sibuk sahaja nak tahu masalah orang.  Check dulu mutabaah amal, dah setel belom?

Riuh-rendah di wad 6a menarik perhatianku. Kedengaran suara dua anak beranak bertikam lidah namun mereka cuba ditenangkan oleh doktor yang bertugas agar tidak mengganggu pesakit lain.
"Mak cik tak nak duduk sini...nak balek....." seorang wanita dalam lingkungan 50-an bersuara. Dia merengek-rengek bagai anak kecil. Menghentak-hentak kaki.

" Mak duduk sini dulu..kaki mak sakit, nanti berulat kang.. macamana? " Si anak kelihatan tegang namun cuba bertenang. Tangannya memegang kaki ibunya agar si ibu tidak menghentak-hentak lagi.

"Tak nak...tak nak..mak cik nak jumpa anak mak cik..." wanita tua itu kelihatan langsung tidak kenal anaknya. Dia meronta-ronta dan mula menangis. Tangannya menolak semua bende di sekelilingnya sehingga jatuh.Bersepah dan terabur. Doktor yang bertugas datang ke arah mereka. Si anak menarik nafasnya. Wajahnya yang tegang cuba dilembutkan. Selajur istighfar meniti bibirnya.

" Mak cik.. jangan menangis!” Pujuknya lembut. Dia mula menukar panggilan itu. Tangannya dilekapkan ke bahu wanita itu seraya bertentang mata dengannya. Matanya seolah berbicara lembut agar si ibu lebih bertenang.  Berkesan. Si ibu tersedu-sedu menahan tangisnya. Bagaikan anak kecil.

“ Esok kita balik ya mak cik, Aira sayang kat mak cik, tapi kalau mak cik nangis macam ni Aira susah hati. Kak Long pun susah hati. Mak cik nak kami gembira kan?”  anak itu memandangnya sayu. Tubuh tua itu diselimuti dengan penuh kasih sayang. Ibunya dipeluk sekejap.

Si ibu tua itu mengangguk-ngangguk.

            “ Aira, esok bawa mak cik jumpa anak-anak mak cik ya. Mesti diorang risaukan mak cik..”
Gadis itu mengangguk. Senyumannya cuba diukir semanis mungkin menyembunyikan seribu satu rasa di hatinya. Juga agar wanita tua itu lebih tenang. Kemudian dia menoleh kearah doktor yang bertugas.
" Maaf doktor, Mak saya Alazheimer, Kaki dia cedera tadi sebab merayau-rayau time kak long saya tertidur. Baru sekejap tadi jumpa dia. Biar dia tidur di wad ni semalam dulu ya. Saya jaga...malam ini kami tidak boleh balik, ada hal kat rumah...." tangannya menepuk-nepuk tubuh tua itu sehingga tertidur.

" Ayah awak mana?"tanya si doktor. Tangannya mencatat-catat  sesuatu dalam buku rekod.

Si anak diam.

"Dah takda..." tanpa memandang dia menjawab. Si doktor mengangguk-ngangguk. Dia mengisyaratkan seorang  jururawat menulis sesuatu dalam bukunya.

" Ok..tapi esok boleh check-out yer..kaki dia tak terok sangat tuh...mujur wad tak penoh..ade katil  kosong...." pesan jururawat itu. Sekadar mengingatkan ini adalah hospital kerajaan dimana lebih banyak pesakit lain yang memerlukan katil itu.

Dia diam lagi. Hanya mengiakan doktor itu. Lambat-lambat  dia mengemas barang-barang  yang jatuh.

***


Aku memerhatikan drama swasta itu dengan rasa berbaur. Apa lagilah kisah si Humairah ni yang aku tidak tahu. Drama-drama. Kebetulan atau takdir kami bertemu begini? Oh aku terlupa, dalam dunia ini mana ada kebetulan. Semuanya pasti daripada Allah.



Tuesday, June 14, 2016

Ikhwah Perfect 10 (Part 4)

 Bismillahirrahmanirrahim..

Part IV:  Sekali lagi.

kredit


Langit cerah hari itu. Usai bertugas aku bergegas ke Majid Ar Rahman untuk berjemaah Zuhur. Lepas ni aku perlu bergegas ke restoran Mak Uda pulak. Meskipun penat aku cuba memenuhi permintaan sahabatku untuk menjadi orang tengah dengan sesi taaruf (berkenalan) anak usrahnya dengn seorang akhwat. Berat jugak aku pada mulanya, yalah bukan pernah ada pengalaman pun handle mende-mende macam nih,  mulanya akhi Harits yang sepatutnya hadir tapi last minute dia ada hal pula. Takpalah..bukan orang lain pun, usrahmate aku punya anak usrah jugak. Goreng sajalah
"Tok..tok..tok.." notification whatsapp ku berbunyi. Satu mesej masuk dari Raden Amzar, anak usrah Harits yang akan bertaaruf harini. Katanya, dia akan lambt sikit harini, jalan jam alasan dia. Respon aku pendek jer. Emotikon hidung keluar asap. Yang kenal aku semua tahu aku ni jenis yang punctual. Lagipun yang nak bertaaruf dia bukan aku. Ini bukan contoh yang baik lagi-lagi bila dia mahu berjodoh dengan seorang akhwat.

Seorang gadis bertudung labuh masuk dengan seorang gadis lain. Muka aku jadi pucat tak berdarah. Punya besar dunia kat sini jugak jumpa. Bagaimana ukhti Yusra dengan Humairah ada disini.. Yang penting apa hubungan mereka? Entah-entah....

***
Suasana sunyi sepi, kami bagaikan hanya tiga orang asing yang berkongsi meja. Masing-masing buat hal sendiri. Kekok. Hanya Yusra yang sesekali cuba memulakan perbualan. Sesekali aku menjawab ringkas. Ku jeling Humairah. Mukanya kayu sahaja dan dia nampak tidak berminat untuk mencelah ape-ape. Jika tadi aku sedikit marah dengan Raden Amzar yang tidak kunjung sampai, entah kenapa aku harap sekarang dia tak payah datang pun takpe. Humairah la rupanya akhwat yang mahu diperkenalkan pada Raden Amzar. Humairah seorang akhwat? Lately ni asyik dapat surprise aje...
***
Raden Amzar lewat setengah jam daripada masa yang dijanjikan. Dia mengambil tempat di sebelah aku sambil matanya dikerdipkan kepadaku tanda meminta maaf kerana kelewatannya. Sekilas matanya melirik kepada ukhti Yusra dan Humairah. Jelas dia sedikit kecewa bila ukhti Yusra memperkenalkan Humairah sebagai orang yang bakal ditaarufkan dengannya. Aku merenung Raden Amzar tidak senang . Apa kurangnya si Humairah ni?..

Raden Amzar sedikit berkerut membaca borang baitul muslim yang diisi oleh Humairah. Obvious tidak puas hati dia. Aku menjeling sekilas borang itu. Pada ruang kelulusan Humairah menulis kelulusannya hanya SPM sahaja. Pekerjaannya sebagai seorang guru taska. Tentang keluarganya pun dia tak banyak cerita.

"Maafkan ana.." teragak-agak dia menuturkannya. Riak wajahnya dapat aku baca. Aku menyikunya sedikit. Begitu cepat Raden Amzar membuat penilaian padahal satu soalan pun belum ditanyainya lagi. Bagiku, dia tidak bersabar dan tergesa-gesa. Humairah menunduk. Aku membayangkan wajahnya yang hampir menangis suatu ketika dulu dan entah kenapa aku tidak sanggup melihat  dia berwajah begitu kali ini.

Aku meminta diri ke tandas sambil mengisyaratkan Raden Amzar mengikutiku. Marah benar aku pada dia. Raden Amzar akur.

" Susah brader . Tapi saya tak nak beri harapan palsu kepada dia. Mulanya saya ingat Yusra yang akan diperkenalkan pada saya. Saya boleh terima akhwat yang rupanya biasa-biasa sahaja. Tapi Humairah, susah la. Saya lecturer ada degree PhD tapi dia SPM jer. Dalam borang bm nyer pon tak dinyatakan secara jelas tentang keluarga dia.. family saya strict sikit pasal mende ni..." ujarnya perlahan. Maklumlah, family Raden ni ketrunan berdarah biru.

Pada  aku hemat aku si Raden Amzar belum cukup diusrahkan lagi oleh Hariths. Aku tidak mahu bersangka buruk lalu cuba lagi memujuknya.

"Pilihlah yang terjaga agamanya.."

" Kerana itu saya mahukan seorang akhwat..." mendatar saja nadanya.. Barangkali dia serba salah melihat aku.

Aku diam. Kalau sudah tidak suka siapalah aku untuk memaksa. Kala itu aku sedar,bagaimanapun aku mengenal Humairah, dia tetap seorang gadis asing bagi Raden Amzar. Aku keluar dari tandas lalu duduk semula ke tempat tadi. Wajah ukhti Yusra yang kehairann aku biarkan sahaja. Raden Amzar keluar dari tandas sejurus selepas itu. Tatkala dia melabuhkan punggung untuk duduk Humairah pula bangun. Matanya merenung Raden Amzar dengan wajah yang masih kayu. Perlahan dia mengukir senyuman yang manis.

"Doktor takde ape nak tanya?" Riaknya selamba. Raden Amzar sedikit terkejut namun menggeleng. Humairah mengangguk . Sekali lagi dia tersenyum. Sedikit pon dia tidak nampak marah. Seolah-olah dia faham bahawa dirinya sudah ditolak

Jauh di sudut hati aku tidak sedih Raden Amzar menolak Humairah. Aku cuma bimbang hati Humairah terluka.  Tapi ternyata aku silap. Dia dihadapanku hari ini bukan gadis yang senang dibuli.

"Ana minta diri. Terima kasih atas masa yang diluangkan Dr. Raden dan Dr. Haikal.."selajur dia meninggalkan kami tanpa memandang ke belakang lagi.  Sekeping not RM 20 ditinggalkan atas meja. Ukhti Yusra hanya mengikutnya dari belakang. Meninggalkan  kami berdua terpinga-pinga.

            Hati aku sedikit rasa tersentuh. Humairah yang ini bukan lagi Humairah cengeng yang senang dibuli. Air matanya mahal dan dia lebih diam daripada Humairah yang dulu. Personalitinya juga kelihatan lebih keras dan tegas. Aku tiba-tiba tertanya-tanya...mengapa dia boleh berubah sampai begitu sekali. Tarbiyah kah yang mengubahnya begitu? 

bersambung..



Friday, June 10, 2016

5 Software Percuma Buat Marketer Online Amatur

Bismillahirrahmanirrahim.

1. Pagemodo

Link : https://www.pagemodo.com

Ini software istimewa untuk marketer FB amatur . Cara Sign Up dan Sign In dia pun sangat senang dan kurang birokrasi sebab kita boleh terus masuk melalui Fb sendiri sahaja. Software ini  hanya boleh digunakan secara online di dalam komputer. Dalam erti kata lain, selagi korang dapat cekau wi-fi dimana-mana. Lagi awesome bila kita da daftar masuk, pagemodo akan memandu kita ikut 3 motif yang kita tandakan semasa soalan ‘ mengapa kita mahu buat marketing ‘ ditanyakan.   Anda boleh menjayakan misi anda men” design” facebook cover , post, meng ‘edit’ gambar dengan lebih sofistikated dan bergaya menggunakan software  ini. Selain terdapat banyak template percuma, ia juga mudah dan senang untuk digunakan.

contoh template percuma.

Software  ini juga mempunyai menyediakan online storage untuk anda menyimpan hasil karya anda tanpa risau virus menyerang computer. Selain itu, ia juga menyediakan kemudahan untuk anda memantau prestasi post di fanpage anda.




2. Canva

Link: https://www.canva.com/

Anda ditugaskan untuk jadi ajk membuat poster TAPI sumpah buta IT dan tak tahu langsung membuat poster selain menggunakan krayon? Maka ini software yang seriously awesome ada untuk membantu anda. Jika penggunaan pagemodo lebih kepada facebook advertising, software ini lebih meluas lagi.

Cuba lihat. Banyak giler template yang telah disediakan untuk pelbagai kegunaan
Bukan sahaja membuat untuk poster, dan advertising anda juga boleh cuba-cuba membuat resume anda di sini.

Limitasi bagi software ini adalah ia tidak boleh digunakan selain di computer atau notebook. Gambar yang disediakan secara percuma adalah terhad dan ada yang perlu di bayar. 

Mana ada semua benda dalam dunia ni percuma kan.Haha.

3. Pic Resizes


Sesetengah fail gambar perlu dikecilkan pada saiz tertentu mencakupi saiz fail yang dibenarkan untuk diupload di dalam sesebuah page terutamanya jika kita mahu mengisi borang. Tapi kita ada masalah.:

1. kita tak tahu bagaimana nak crop ikut saiz fail yang dimahukan
2. Kita tak nak crop. Nak gambar yang sama dengan kualiti pixel yang sama. Cuma saiz yang berbeza.

Maka ini lah jawapan pada masalah anda.

Pilih mana-mana fail gambar untuk dikecilkan atau diejaskan saiznya. Tapi harus diingat. Gambar yang kecil tidak boleh dibesarkan.

interface pic resizes

4. Shorstack.

Link : https://www.shortstackapp.com/

Software ini sangat istimewa untuk marketer Fesbuk membuat landing page bagi pengunjung Fan Page masing-masing.
Jika kita nak run campaign “Tarik like”  contohnya , software ini  akan membantu anda untuk membina satu gateway misteri di mana pengunjung fanpage anda perlu tekan dulu butang like di landing tab sebelum melihat detail yang dikhendaki. Disinilah ayat-ayat COPYWRITING memainkan peranan penting. Kesungguhan anda membangkitkan rasa curiousity mereka akan membantu mereka menekan butang LIKE.


Masukkan promosi dalam bentuk tulisan atau gambar disini. Contohnya:

contoh gateaway.

5. Jing


Ia adalah satu software yang diboleh didownload secara percuma dari internet. Fungsi utamanya adalah untuk screen capture yang lebih efisien , edit dan mengepos gambar tersebut secara terus ke laman social seperti FB. Anda boleh juga menggunakan software Snipping Tools yang tersedia di computer anda jika sekadar mahu menggunakan aplikasi Screen Capture.

interface jing

Thanks so much for reading.
Sharing is caring.

#marketeramatur



Tuesday, June 7, 2016

Ikhwah Perfect 10 (Part 3)


Bismillahhirrahmanirrahim..
Part III: Ikhwah perfect10



Okay fine, ini serius drama. Humairah yang aku cuba elak sejak kali pertama aku jumpa dia kat tepi jalan tuh tup-tup rupanya jiran sebelah rumah aku. Terkejut sampai rasa nak tercabut jantung, macam nampak Ju-on pon ade aku haritu bila balik-balik on-call jer ternampak satu lembaga sister ni tengah on-her-way nak kuar rumah. Nasib baik pagi-pagi  buta itu gelap ditambah dengan tinted kereta aku yang sikit punya tebal, takdela dia nampak aku dalam kerete walaupun dia betol-betol lalu sebelah tempat driver. Aku cuba butakan mata dan pekakkan telinga jer lepas tuh, sampai la satu hari...

" awak..." lembut suara itu memanggil
Aku cuba buat tak dengar je.

" Awak..." panggilnya lagi.

Aku pura-pura masuk ke dalam kereta balik mengambil briefcase. Padahal, tah sejak bile pulak doktor bawak briefcase pergi hospital. Tanpa memandang ke arah si pemanggil aku berjalan ke arah pintu rumah. Buat tak tahu dia panggil aku.

"  Izzat Haikal !!"

" Aqeel Izz Haikal....!!" involuntary reaction.
Dari dulu lagi memang  ada tabiat membetulkan orang yang salah sebut nama aku. Kepala yang tidak gatal aku garu sedikit. Perlahan aku berpusing ke arah dia yang memanggil.

****

Liqa' (usrah/perkumpulan) hari itu berjalan seperti minggu-minggu sebelumnya. Bermula sesi tadabbur(menghayati quran)  sehinggalah sampai ke isu semasa, aku try untuk fokus namun hati aku bagai tiada di situ. Kepalaku masih terngiang-ngiang peristiwa semalam..

" Owh ya, Siti Maisarah kan?"

Dia menggeleng. " Siti Humairah.." dia membetulkan.

Suasana jadi kekok semula. Barangkali masa berlalu aku juga sudah lupa bagaimana ingin terus berlakon. Menjadi ikhwah, sedikit sebanyak aku rasa agak bersalah kerana berpura-pura tidak mengenalinya tadi. Namun nak overfriendly pun aku bimbang, takut-takut sampai berdosa pulak aku nanti.

 Sebab takde perkara yang nak dibualkan sangat aku meminta diri masuk ke rumah. Namun sebelum aku masuk dia memanggilku sekali lagi..

" Sebenarnya saya dah lama perasan awak ni jiran saya, tapi saya rasa awak selalu macam elakkan saya. Saya tak tahu samada awak memang tak cam saya or bende lain..tapi kalau sebab apa yang jadi time sekolah dulu. Jangan risau saya sudah lama selesaikan perasaan tu." ujarnya tenang. Matanya bersinar memancarkan ketegasan.

“ Saya menegur sebagai jiran dan sebagai kenalan awak dulu. Awak jangan risau. Takda niat lain.” Ujarnya sambil tersenyum sedikit. Kemudian berpaling. Dia juga mahu berlalu.

Time tuh, aku rasa macam tak percaya. Terasa malu pun ada gak kat diri sendiri. Rasa macam diri sendiri pulak yang over dan perasan. Padahal Humairah buat rilek, buat peace ajer biler jumpa  aku.
Aku pegang dada. Hati aku tiba-tiba rasa macam sakit melihat wajah dia yang tenang. Betulkah dia benar-benar sudah tiada apa-apa rasa untukku?

" Saya mungkin akan bertunang!!"..gatal je mulut aku. Pantas sebelah tangan aku tekup mulut. Astaghfirullahalazim, ikhwah jenis ape la aku ni...Kalau ia pun tercabar ego ape pasal la sampai gatal sangat nak bagaitau...bende yang aku sendiri belum putuskan lagi. Rasa macam nak hantuk kepala sendiri kat dinding.

***

" Dr. Izz Haikal.."

Lamunanku terputus.

" Hang ni lagu apa??...termenung ja ana tengok dari tadi.." usik Acap atau nama sebenarnya Amirul Asyraf. Pemuda Kedah yang merangkap usrahmate aku itu memandangku kehairanan.

" Dalam Liqa' tadipun ana perasan anta ni macam tak fokus je..macam dah sampai planet pluto da,,,.ada masalah ka?"....tulus dia bertanya.

Dalam dakapan ukhwah begitulah, ada jer orang yang prihatin dengan kita. Aku menggeleng. Terasa malu pulak untuk bercerita.

" Ala bro...macamla aku baru kenal ko...da dua tahun kita berukhwah.. takkan dengan aku pon nak berahsia..Ini first-time aku tengok ko macam nih, cerita la...anak usrah ko malas mandi ke ?...ko yang malas mandi ke..?..." hilang terus loghat utara dia masuk pulak loyar buruk dia .

 Tapi bersungguh-sungguh dia bertanya. Muka serius walaupun bunyi soalan macam minta penampar sahaja. Akhirnya, aku luahkan juga pada dia..

Akhir cerita ku Acap tergelak besar. Angkat kening aku pada dia. Aku backhand jugak kang mamat keding nih, tadi dia yang beria tanya, bila aku cerita dia gelakkan pulak aku. Tu yang aku malas tuh nak cerita ni..Sabar jela..

" Yang anta gelak ni kenapa?.."

Dia berhenti gelak. Air matanya yang keluar akibat gelak tadi juga dikesat.

" Takde...cuma hepi...bila anta share pasal diri anta..."

" Maksud ko ?" aku meminta penjelasan. Tak istiqomah langsung. Kejap guna ana anta, kejap guna aku ko..

Muka Acap serius balik.
" Anta tahu apa gelaran semua junior-junior usrah ana pada enta?"

Aku menggeleng.

" Ikhwah perfect 10.."

Aku buat muka still blur pada Acap. Ini serius..serius minta penampar.  Acap mula dah takut bila dia nampak aura super saiya Vegeta of Dragon Ball belakang aku.

" Maksudnya anta ni ikhwah yang perfect la...muka jambu, genius, keje doktor, ade duit, pandai berdikari, keluarga baik-baik, ade karisma, .Aa..lagi satu bonus..akhwat yang nak kenal dengan anta semua cun-cun..."

Acap tertawa.

Laju sahaja aku bagi penampar bahu dia. Geram pula aku.

“ Ko ni bagi ajaran sesat apa kat anak usrah ko..” Sepatutnya Acap membawa mereka pada islam, bukan kepada aku.

" Rilek la...diorang baru lagi, lama sikit dalam tarbiyyah nanti diorang fahamlah...lagipun ana tengok anta ok aper...enta jaga mutabaah amal, enta tegas dengan tarbiyyah, muwajih yang hebat, berdikari, ade prinsip sendiri dan jarang ada masalah dengan ikhwah lain. Pasal tu ana iakan jer junior-junior ana tuh. Bagus jugak diorang ade sumber inspirasi macam enta ni,,.hehe..."

Aku diam jer dengar Acap cakap macam tuh. Beristighfar lagi, aku akui aku sedikit bangga dengan pujian itu tapi aku sedar juga  aku cuma manusia yang penuh kekurangan. Tidak layak langsung dipuji sebegitu

"..tapi soal hati perasaan ni memang enta clueless skit. Jadi ana takde heran sangat la bila enta diuji macamnih...." Acap menyambung.

" Hati ? Perasaan?" Perkataan itu bagai minyak dengan aku. Tak masuk langsung.  Naik bulu roma. Acap kutenung tajam bagai mahu tembus. Dia tak tau ker aku ni allergik dengan bende-bende  jiwang camtuh? Lagipon...Ikhwah kowt....

" Ape jeling-jeling?...ape enta ingat ikhwah bukan manusia biase?"..Acap buat muka serius.

****
Acap menasihatkan agar aku tidak terlalu melayan perasaan. Dia mengingatkan aku tentang musuh utama manusia, syaitan yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menghasut manusia. Lagipun bukankah aku sudah bersetuju mempertimbangkan ukhti Yusra. Humairah tu belum tentu akhwat.

            Acap mengingatkan aku lagi bahawa kita sedang melakukan satu kerja yang besar iaitu dakwah. Dakwah menuntut banyak pengorbanan masa dan tenaga. Katanya, ikhwah seperti aku terlalu berharga untuk disibukkan dengan perkara-perkara begitu. Aku jadi bersemangat balik lepas dapat nasihat Acap. Aku cuba menyibukkan diri semula dengan aktiviti tarbiyyah dan dakwah untuk melupakan Humairah. Dalam masa yang sama cuba fokus kepada kerjaku sebagai seorang doktor dan berusaha menjadi contoh terbaik kepada manusia sekelilingku.

bersambung..