Bismillahirrahmanirrahim.
Part I:Coretan Memori
Zaman sekolah menengah, Fom 3,
K
|
ecoh satu aspura bila aku dapat surat cinta. Ini semua Suhaimi punya pasal la nih, mulut tempayan dia tuh memang tak boleh nak tutup langsung. Sekarang satu aspura tahu Siti Humairah tu syok kat aku. Perasaan aku? Aku tak kisah pasal aku bukan minat sangat nak layan bende-bede macam nih. Bukan nak bajet hot tapi aku memang dah biasa dapat love letter, just kali ni kecoh sebab surat tu terlepas kat tangan Suhaimi.. kesian kat Siti Humairah tuh, lepas ni mesti teruk dia kene usik. Nak bela lebih-lebih pun aku tak berani, tak pasal-pasal nanti diorang cakap aku pulak yang syok kat dia.
Zaman sekolah menengah, Fom 4.
Siti Humairah menggemparkan satu sekolah dengan keputusan PMR-nya yang cemerlang. Satu sekolah kecoh sebab Siti Humairah ni budak kelas bawah-bawah yang selalu dapat tempat tiga terbawah jer dalam batch. Semua cikgu yang suka kutuk dia dalam kelas dulu macam nak terjuling je biji mata bila tengok result board tuh. Yalah, macam dunia sudah terbalik bak kata mereka. Cikgu Asiah, guru kelas dia jer yang kool sebab bebrapa bulan sebelum PMR memang dia ade nampak peningkatan dalam pelajaran Humairah ni.
Saje tulis pasal Humairah ni, bagi aku persistent dia tu kena contohi...usaha tangga kejayaan. Kan...dah dapat kaler terbang....
Saje tulis pasal Humairah ni, bagi aku persistent dia tu kena contohi...usaha tangga kejayaan. Kan...dah dapat kaler terbang....
Aku takpernah ambil tahu lagi pasal Humairah sebab lepas tuh aku pindah sekolah. Dengan result straight A aku melanjutkan pelajaran kat sekolah asrama penuh. Aku tak pernah fikir pun Humairah tu akan masuk balik dalam hidup aku sampai la sebulan berlalu. Humaira masuk ke sekolah yang sama dengan aku sebagai second intake dan kali ini dia jadi classmate aku.
Perasaan aku?
Takde la rase teruja ke ape masa tuh. Biasa je. Aku rase macam " Owh, ade jugak schoolmate aku kt sini.." and thats it. Takde rase lain.
Tapi sebab dia classmate aku masatuh aku nampak la yang kehidupan dia kat sini tidak mudah. Berbanding dengan budak-budak lain dia ni agak slow dalam pelajaran dia. Lagi-lagi bila dah duduk science stream. Nampak sangat dia ni merangkak-rangkak nak paham pelajaran menengah tinggi yang lebih susah..asyik blur pon ade jugak. Cikgu tanya pape dia selalu dia jawab dengan muka kasihan je. Selalu tertidur dalam kelas laa... Humairah, Humairah....dari sekolah lama sampai sekolah baru, dia masih cemerlang memegang watak budak blur.
Sedikit sebanyak rasa simpati aku mengalir juga kat dia ni. Bukan aku tak nampak usaha dia, bila dia bertanya itu ini, orang lain pon jenuh dengan homework memasing yang melambak. Dia ni pulak jenis yang lambat menangkap, lagi la.. orang malas nak ajar dia. Lagipon ini SBP, semua orang pon struggle nak jadi yang terbaik. Kapitalis sikitlah sebenarnya.
Nak cakap dia tak berdoa , selalu jugak aku tengok dia ni terkejar-kejar waktu rehat untuk solat dhuha. Aku tahu la, sebab haritu masa aku puasa aku ada ternampak dia kat surau tu tengah solat time rehat.
Aku try tolong dia kalau ade study group ramai-ramai. Kebetulan, kitorang satu group study kat sini. Tapi tak banyak yang aku boleh tolong sebenarnya, tolong lebih-lebih kang tak pasal-pasal pula kene gosip dengan team Melodi kat sini. Kalau aku masuk blog Oh Bintang, atau Pen Biru macamana?
Lagipun, kat sini ikhtilat kene jage, kalau aku ade masa free pon takkan nak berdua-duaan study dengan dia. Boleh kene tangkap khalwat dengan BEDAH, eh silap, Badan Dakwah dan Rohani a.k.a BADAR kat sini woo..
Tapi sebab aku tetap nak tolong dia , untuk mengelakkan sebarang salah faham aku treat dia dingin sedikit daripada orang lain. Kalau orang lain aku garang 20 peratus je, aku akan garang dengan dia 80 peratus lagi-lagi bila depan orang lain. Buat-buat marah jer tapi lepas tuh aku tolong jugak dia. Satu sebab tak mahu orang salah faham, kedua tujuan aku sebenarnya nak letak line antara kitorang. Aku nak dia clear yang aku takda niat lain selain membantu dia. Risau jugak kalau dia ni menanam harapan lagi kat aku, padahal aku tak anggap dia lebih dari seorang kawan.
Kadang-kadang aku rasa aku ter-over menghayati karakter pula. Masa tu muka dia kene marah dengan aku memang nampak sangat macam nak nangis. Kesian dia..anak manja la katekan..kene buli sikit da emo... ke sebenarnya aku rase aku ni yang terer berdrama?. Kalau bro Syamsul Yusof nampak bakat terpendam aku ni mesti die offer aku berlakon. Haha. Yelah tu...tapi entah kenapa.. bila tengok si Humairah nih kene buli, bukan simpati yang aku rase, rase macam lawak dan seronok pulak kenakan dia.
Aku ni takde la kejam sangat...kadang-kadang kalau dia nak pinjam nota ke ape aku bagi jer, aku dahulukan dia lagituh, sebab aku rase dia lebih memerlukan nota tu dari orang lain. Baik la jugak aku ni kan..
Zaman sekolah menengah form 5,
Masuk ke alam tingkatan 5 cuma satu jer matlamat budak-budak kat sini,..mesti dapat straight A plus-plus SPM.
Pasal Humairah? Antara budak form 5 dia adelah yang paling popular kat sini..sebab? err...
- suka bertanya itu dan ini dalam kelas, kalau boleh semua bende dia nak tanya.,,cikgu pon macam jadi takut dengan dia..
- muka bottom 10 dalam batch. Kalau kitorang ada kuiz teka silang kata pasal isu ni, nama dia kita orang mention nombor satu
- orang yang ade dalam setiap list kelas "Menggilap Permata" setiap subjek teras dan
- budak yang gelabah dia paling kelakar untuk ditonton setiap kali buat presentation solo.
Oh ya...
5. dia jugak femes antara budak batch aku sebab dia nih "lone ranger". Selalu orang nampak dia sesorang jer dan lagi banyak bercampur dengan junior dari batch sendiri.Sampai aku pon lupa kadang-kadang dia ni batch aku sendiri...hmm..
Budak puteri macam tak da yang nak geng dengan dia. Kenapa ya? Aku pun tak faham, Humairah ni ade kutu ke? Bawak virus ke? ...
Kisah zaman sekolah dibungkus dengan dengan peperiksaan SPM yang menjadi mimpi siang malam budak fom 5. Beberapa bulan kemudian keputusan SPM diumumkan. Mase ambil result SPM tu aku saje la beratur belakang Humairah. Mana tahu keajaiban berlaku kali kedua. Tetibe rase macam nak tahu sangat pasal result dia daripada amek tahu pasal result aku sendiri.
Aku tersenyum bila aku nampak result dia daripada belakang. 10 A-, 1 B+. Alhamdulillah, tak teruk pon . Tak sia-sia aku volunteer gilap “permata” dia ni. Tapi aku sembunyikan senyum aku bila dia menoleh ke belakang. Mata kami bertembung dan aku nampak kolam matanya bertakung. Muka nak nangis la tu. Bwahaha. Hamir-hampir aku gagal kontrol macho aku. Dia tunduk dan kemudian berlalu dari situ.
Aku biarkan jer la, ape korang ingat ni citer hindustan nk kejar-mengejar?.. Ah..lapangnya hati. Aku tumpang gembira lebih-lebih macam itu result aku.
Berakhirnya hari itu bermakna berakhir juga zaman persekolahan kami. Dia datang kepada aku dan menyerahkankan kembali nota yang dipinjam nya dulu.
Di rumah aku menemui sesuatu ketika mengemas buku. Di dalam nota yang dipulangkan Humairah terjatuh satu lipatan kertas yang berkemut. Di satu belah nota itu diconteng dengan kiraan matematik di satu belah pula tertulis sesuatu..
" Meeting you was a fate, following you there was a choice, but loving you is beyond my control..sorry...and thank you."
Wah...power ayat dia. Google ke ape..
Aku nak gelak tapi tak jadi...entah kenapa aku rasa ayat itu ditulis untuk aku...
7 tahun berlalu.
Sejak haritu aku tak pernah jumpa Humairah lagi. Masa berlalu dan aku juga sudah lupa pasal dia. Sekarang aku berjaya menghabiskan pengajianku dalam jurusan perubatan di sebuah universiti swasta tempatan dan bergelar seorang housemen di sebuah hospital di ibu kota.Pembelajaran aku ditanggung sepenuhnya oleh sebuah NGO terkemuka. Semua itu atas izin Allah melalui keputusan SPM aku yang cemerlang.
Memasuki dunia mahasiswa, aku banyak terdedah dengan perkara baru. Terlalu banyak persatuan dan fahaman seputar isu agama, politik dan sahshiah. Macam-macam orang yang aku jumpa, ada yang terlalu sosial, ada yang terlalu fanatik tokoh-tokoh tertentu, tak kurang juga yang asyik-asyik ajak aku masuk peniagaan MLM dia.
Terdedah dengan pelbagai ragam dan fahaman, membuatkan aku lebih berhati-hati memilih kawan. Dan melalui itulah aku mula terjebak dengan geng-geng tarbiyyah.
***
Alhamdulillah,
Terima kasih kerana sudi membaca TEASER Ikhwah Perfect 10 . Mudah-mudahan karya ini mampu meberi manfaat kepada anda.
Sebenarnya ia karya bersiri.
Adakah anda ingin tahu kesudahan cerita jejaka idaman malaya ini dengan Siti Humairah? Apakah kesan setelah dia menerima tarbiyyah?
Awalnya karya ini ditulis adalah untuk dijual. Namun penulis mengambil keputusan untuk menghadiahkan karya ini secara percuma sebagai memperkenalkan diri kepada semua kerana blog ini masih baru dan inilah karya pertama yang berjaya ditulis sehingga habis.
Awalnya karya ini ditulis adalah untuk dijual. Namun penulis mengambil keputusan untuk menghadiahkan karya ini secara percuma sebagai memperkenalkan diri kepada semua kerana blog ini masih baru dan inilah karya pertama yang berjaya ditulis sehingga habis.
Jadi,
Mohon bantu disebarkan karya ini agar penulis amatur ini dapat terus menghasilkan karya yang lebih berkualiti. Semoga satu hari ia berjaya menjadi satu metode dakwah yang mengesankan jiwa anak-anak muda.
Harapan saya tiada sebarang plagiarasi berlaku disini. Ianya adab tahu!
Terima kasih sekali lagi. Saya doakan kita semua dipermudahkan urusan. Amin
Episod kedua akan dipos kelak.
Episod kedua akan dipos kelak.
=)
Nice fifah nice :)
ReplyDelete