Monday, July 17, 2017

5 Tips Copywriting bagi "rookies"

Bismillahirrahmanirrahim...

Copywriting adalah satu seni menarik perhatian pelanggan untuk membeli barangan kita samada melalui percakapan mahupun tulisan. Jika anda mahu bersaing dalam dunia perniagaan online, maka seni ini adalah satu seni yang tidak-boleh-tidak untuk dipelajari. Di sini saya kongsikan 5 tips asas copywriting.

1. Jual USP kepada pelanggan.

USP ni bukan USB yang kita guna untuk charger. Ia adalah Unique Selling Point produk kita. Ini perkara utama anda perlu lakukan sebelum segala-galanya. Jika anda seorang pelanggan contohnya , apakah yang memotivasikan anda untuk membeli barangan itu? Kenapa anda memilih untuk membeli dari situ? Perniagaan anda haruslah mepunyai sesuatu kelebihan yang dapat membuatkan anda lebih istimewa dari pesaing anda. Maka "kelebihan" itulah yang kita akan jual kepada pelanggan.

2. Fokus dan ambil perhatian kepada manfaat produk

Prospek pelanggan terbina daripada orang-orang yang mencari manfaat produk.
 i. listkan ciri-ciri dan kecilkan skop potential customer anda.
ii. Faham sendiri kenapa kita guna ciri2 tersebut
iii. Hubungkan manfaat itu dengan emosi pelanggan

3. Formula P.A.S

P = Problem (kenal pasti masalah)
A = Agitate ( bangkit2kan masalah)
S = solution ( berikan solusi)

Cth

Anda ada masalah gatal-gatal?
Malu dengan rakan sekerja kerana asyik tergaru-garu di pejabat?
" No Itch" akan menghentikan penderitaan anda.

4. Ingat ! target audiens anda secara spesifik

Ingat! Bukan semua orang nak baca iklan anda. Lebih spesifik, lebih senang sangkut. Iklan kita berbayar, jadi kalau boleh jangan membazir uangnya.

Untuk tips copywriting yang persuasif dan meyakinkan, saya akan berkongsi di pos lain.


5. Gunakan " sense of urgency"

Manusia ni memang sifatnya suka bertangguh-tangguh. Ini bahaya sebab kadang-kadang sebab tangguh-tangguh ni mereka akhirnya tidak akan beli pon.

Jadi push mereka dengan :
i. time scarcity (cth : tawaran ini hingga 12hb July pukul 12.00 tengah malam sahaja! )
ii stok scarcity (Stok promosi tinggal 10 pek sahaja! Rebut peluang ini sebelum terlambat!)
iii purchase quota  (Promosi untuk 10 orang je, jangan kecewa jika anda orang ke 11)
iv free gift (Free gift istemewa disediakan untuk 10 pembeli terawal sahaja )

Sekian.

Wednesday, July 12, 2017

5 applikasi "doraemon" bagi pengguna android.

 Bismillahirrahmanirrahim..


1. Apps mencari apa sahaja...


Mudah.my


Katakan sahaja anda mahu mencari apa? Mencari telefon murah? Servis baiki paip? Rumah sewa?  Mahu mencari kerja? Pon ada..inilah applikasi mudah yang bernama mudah.my yang tak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia. Semudah namanya, ini aplikasi 2 hala dimana anda bukan sahaja boleh membeli apa sahaja malahan boleh menjual apa sahaja yang anda suka di sini. Paling penting jaringan pengguna applikasi ini sangat meluas di Malaysia lebih besar dari pasar besar bazar ramadhan di kota damansara.

2. Apps mencari tempat tinggal sementara..



Booking.com / trivago

Mencari medium untuk marketkan homestay/ hotel /bilik sewa / rumah sewa anda ? Di sinilah dia tempatnya. Melancong bukan lagi satu masaalah dengan adanya applikasi ini membantu anda.  Booking.com dan trivago mungkin lpopular untuk mencari homestay dan apa-apa tempat tinggal sementara dimana jaringan penggunanya tidak terhad di Malaysia sahaja malahan popular dalam kalangan pengguna luar negara.


3. Apps mencari kereta sewa...



 Grab car / uber

Ini sudah popular. 
Untuk mereka yang mencari  perkhidmatan tambang murah kemana sahaja menggunakan  kereta, maka di sinilah anda boleh mencarinya. Teksi bukan lagi satu-satunya pilihan yang anda ada. Mencari kerja sementara sebelum mendapat kerja tetap bukanlah susah benar pada zaman ini. Dengan  sistem uber /grab car , para petani anggur boleh sudah boleh beralih kepada kerjaya pemandu grab car atau uber yang lebih bergaya dan kaya.

4. Apps mencari dan menjual servis freelancer..



Fiverr

Ini mungkin anda jarang dengar. 
Adakah anda mempunyai bakat terpendam untuk diniagakan? Atau mencari servis freelancer dengan harga-harga menarik? Inilah platform khusus untuk mereka yang ingin menjual servis atau membeli servis freelancer. Dari servis translator, tulis lirik lagu, copywriting, walhal servis tulis surat putus cinta juga mungkin ada disini. Jaringan penggunanya sangat meluas tanpa sempadan malahan anda boleh membuat order hingga keluar negara.

5. Apps mencari Tuhan...


Muslim Pro.


Haa..ini jangan salah faham. Saya bukan nak bagi anda alamat untuk anda Waze pergi Sidratul Muntaha. Haha..nanti silap haribulan anda cop saya " Ibu Pin " (rujuk:Ayah pin) pula.
Untuk pengetahuan anda apps ini adalah sangat berguna dalam membantu anda menjalani kehidupan sebagai seorang muslim sehari-harian. Selain ia menyediakan kalendar islam . memberitahu waktu solat dan arah kiblat, ia juga memberitahu anda di mana masjid yang terdekat, tempat makanan halal, kalkulator zakat , tasbih dan medium untuk anda mendoakan dan meminta doa dari rakan-rakan anda yang lain. Ia juga dilengkapi dengan Al quran tafsir dan 99 nama Allah untuk anda baca, hafal dan hadam. Yang lebih hebat lagi, apps ini juga akan mengajar anda doa-doa dalam kehidupan seharian seperti doa masuk tandas , pakai baju dan sebagainya. Anda juga boleh menghantar mesej ringkas islamik kepada rakan-rakan anda dalam templat menarik yang disediakan dalam apps ini.


Selamat mencuba semua!

Harap bermanfaat.

-sharing is caring-

Thursday, July 6, 2017

Hendak buat apa dengan masa?

Beberapa bulan ini saya sudah terlalu biasa dengan kehidupan yang agak sibuk dan terisi. Belajar di siang hari, pergi ke aktiviti usrah atau lain-lain dan berkerja di waktu lapang. Ia agak memenatkan tetapi entah kenapa semakin hari ia telah menjadi rutin.

Berhenti kerja buat sementara waktu membuatkan saya terasa kosong sebentar. Setiap hari saya merindui hari-hari sibuk saya dulu walaupun kebanyakan hari itu saya akan pulang ke rumah kelelahan. Kala itu saya mula sedar yang tidak semua hari-hari sibuk itu suatu yang menyedihkan dan ada masanya saya bahagia dengan kehidupan yang begitu. Kehidupan yang terhindar dari perbuatan yang sia-sia.

Ya. ia sesuatu yang membahagiakan untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat.

Naik semester baru ini jadual saya terlalu longgar sehinggakan saya punya satu atau dua hari tanpa kelas. Sudah tentu kerja separuh masa menjadi agenda saya buat masa ini. Dan saya sudahpun menemukannya. Tapi kerja yang baru ini mempunyai limitasi masa di mana saya tidak lagi mempunyai kebebasan untuk memilih berapa jam untuk saya berkerja. Ia membuatkan saya masih punya banyak waktu lapang dan terluang.

Sejujurnya saya bimbang akan hal ini, sebelum berkerja saya banyak membuang waktu lapang saya dengan perkara yang sia-sia. Yang pastinya Allah tidak suka. Sekarang saya lebih menimbang apa yang saya perlu lakukan dengan masa terluang itu kerana setelah masa berkerja saya berkurang pasti gaji saya juga akan berkurang. 

Lalu saya harus melakukan sesuatu. Menukarkan masa yang terluang ini sebagai satu pelaburan yang mencukupkan perbelanjaan saya sehari-harian. 

Saya berdoa semoga mata saya yang sangat celik dengan material ini akan lebih cerah juga memandang setiap amalan yang saya lakukan adalah sebagai bekal ke akhirat.

Apa yang saya harus lakukan dengan MASA yang saya ada ini?


-coretanhati-



Tuesday, July 4, 2017

Perbezaan nafsu dan syaitan

Anda sudah pun melalui Ramadhan untuk menjawab soalan ini.

Adakah sekarang bila mendapat jawapan anda merasa ngeri dengan realiti apabila anda masih melakukan maksiat yang sama?
Adakah kita  ni memang tiada harapan lagi untuk diselamatkan?

Cut this crap!.

As long we breath, it means we still have chance.

Mengapa masih buat dosa walaupun Ramadhan? Ini jawapannya.

Kejahatan yang kita lakukan didorong oleh 2 perkara.

1. Syaitan
2. Nafsu

Bezanya.

Syaitan akan mengilhamkan banyak jalan dosa. Mungkin mula ngan  yang ringan2 dulu, macam tengok citer korea, bercouple, buang sampah merata dan banyak lagi. Benda2 ringan ni kemudian mendekatkan kita kepada beberapa dosa besar seperti zina, minum arak dan sebagainya. Dia bagi idea nak buat apa. Bukan satu tapi banyak.

Mereka tahu manusia terutama sekali orang beriman ni takkan pilih nak buat semua dosa jadi inilah peranan nafsu.

Nafsu akan memilih satu atau dua dosa untuk dilazimi dan dilakukan setiap hari.

Hati yang lapar tanpa bekalan iman dan amal tidak akan dapat mengurangkan apa yang dilakukan oleh nafsu. Malah nafsu akan mengisi kekosongan itu dengan maksiat sehingga kita tidak puas melakukannya sekali. Kerana itu kita melakukannya berkali-kali dan nafsu akan terus melatihnya begitu sehinggalah kita dengan rela hati menyambut idea si syaitan melakukan dosa besar.

Ubatnya?
Ada. Perangilah syaitan dan nafsu ini salah satunya dengan kerapkan diri membaca Al quran.

Jika setelah 2 muka masih membuat anda lalai, bacalah 5 muka. Yang lebih penting bukanlah bilangan nombor muka surat tapi istiqomah anda membacanya setiap hari.

Al quran itu mukjizat. Ia akan memberi manfaat menurut apa yang pembacanya mahukan.

Wallahualam.
Auzubillah hi minash shaitonirrojim.

Thursday, June 15, 2017

Ramadhan 21: Ramadhan , Jumaat , lailatul qadar dan aku.

Jika Ramadhan adalah sekumpulan bidadara maka aku mencari penghulunya yang paling kacak bergaya, Encik Lailatul Qadar. Namun bersungguhkah aku mencarinya? Kita akan slalu jumpa benda yang kita cari tapi kalau x bersungguh2 akan jumpa ke.

Sepagi ni budak habis exam ni telah habis kan Ramadhannya dengan perkara sia-sia. Konon2 nak cari berapa iq dia kat google untuk isi masa lapang last2 melagha... 1q 128 kawal nafsu fail.

Tapi dia x putus asa. Ramadhan hari ini masih bersisa. Ganbatte! Fighthing! Su su! Bersemangat la diri berperang dengan al hawa.

Kalau harini malaikat maut bawa Death note dia adakah kita akan bersedia?

Mari beramal?.. mari kuatkan diri untuk beramal!..Ramadhan masih ada.

Yosh!

- konon2 nak jadi wirawati-

Untuk 10 ramadhan terakhir 1438

Assalaamu'alaikum

أول أيام التهجد فاغتنمها

Hari pertama masuk sepertiga terakhir bulan Ramadhan dimulai, ambil kesempatan emas ini dengan perbanyak shalat tahajjud.

الخميس
٢٠ رمضان

Kamis 20 Ramadhan

قال ابن الجوزي :

Ibnul Jawzi berkata :

إن الخيل إذا شارفت نهاية المضمار بذلت قصارى جهدها لتفوز بالسباق .. فلا تكن الخيل أفطن منك !

"Kuda pembalap jika mencapai putaran terakhirnya ia akan berlari sekencang-kencangnya untuk memenangkan perlombaan, makanya jangan sampai kamu kalah pintar dibanding kuda!"

فإنما الأعمال بالخواتيم....

"Karna sesungguhnya amalan-amalan itu yang terpenting adalah bagian terakhirnya...."

فإنك إذا لم تحسن الاستقبال لعلك تحسن الوداع !

"Kalo kamu belum bisa menyambut awalnya dengan maksimal, maka jangan sia-siakan, mungkin kamu bisa lebih baik disaat perpisahan akhirnya!"

قال ابن تيمية :

Ibnu Taymiyah berkata :

لعبرة بكمال النهايات لا بنقص البدايات !

"Yang dihitung itu; kesempurnaan di saat-saat terakhir, bukan kekurangan-kekurangan di masa-masa permulaan!"

ويقول الحسن البصري :

Hasan Al-Bashri berkata:

أحسن فيما بقى يغفر لك مامضى، فاغتنم مابقي فلا تدري متى تدرك رحمة الله !

"Berbuatlah sebaik mungkin di waktu yang tersisa, maka kesalahanmu yang lalu akan diampuni, ambil kesempatan yang tersisa ini, karna kamu tidak tahu kapan kamu mendapatkan rahmat Allah!"

أمامك العشر الأواخر وفيها ليلة خير من الف شهر ؛

Kamu memasuki sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan yang di dalamnya terdapat malam yang lebih baik daripada seribu bulan;

فاقتصد في راحتك، قلّل نومك، اتعب في الطاعة، تزوّد لآخرتك، كلّ هذه الدنيا ملحوقـة!

Kurangi istirahatmu, perpendek waktu tidurmu, bercapek-capeklah dalam amalan-amalan ketaatan, persiapkan bekal untuk akhiratmu, jangan khawatir, semua urusan duniamu akan menyusul dengan sendirinya

و أمّا رمضان ف" أيّاما معدودات"

Adapun bulan Ramadhan, dia hanyalah kumpulan hari2 yang sangat sedikit dan dapat dihitung dengan sangat mudah, yang akan berlalu tanpa disadari

اللهم اجعل خير أعمالنا خواتيمها وخير أيامنا يوم نلقاك....

Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik amalan kami adalah amalan-amalan penutup kami, dan jadikanlah sebaik-baik hari kami adalah hari ketika kami berjumpa dengan-Mu ya Allah....

أعتقنا الله وإياكم ووالدينا وجميع المسلمين من النار....

Semoga Allah membebaskan kita, orang tua kita, dan seluruh kaum muslimin dari Neraka

Amiiin
آمييين

alih bahasa : abumusa

Ramadhan 20 : 3 kegembiraan

Ada sebuah hadis sahih yang menyatakan bahawa orang berpuasa itu akan mendapat dua kegembiraan.

1) saat berbuka puasa
2) saat bertemu dengan ALLAH saw.

Alhamdulillah untuk hari ni Allah kurniakan aku 3 kegembiraan.

3) gembira saat habis final exam.

Huhu. Alhamdulillah.

Monday, June 12, 2017

Ramadhan 17 : Malam yg ke -18

Aku tertanya-tanya apakah kesudahan Ramadhan aku. Kekasih yang aku nantikan tapi bila depan mata aku persiakan. Aku ingin sekali semangat Ramadhan masa aku mula-mula dapat tarbiyyah dulu merasuk kembali.

Semangat nak berubah, semangat nak qiam tiap malam, semangat nak iktikaf , semangat nak berdakwah kepada adik2 dan keluarga. Allah. Di mana ruh aku itu sekarang.

Aku benar2 ingin membawa diriku ke syurga. Bersama-sama keluargaku, sahabat baikku, adik-adik usrahku dan orang2 yang aku cinta.

Wahai Ramadhan,  bantulah aku mencintaimu. Ya Allah dekatkan aku padamu. Aku benar2 mahu menjadi seseorang yang pernah dirindukan oleh Rasulullah s.a.w dulu.

Aminn.

Ramadhan 16 : Jalan2 cari baju raya.

Basically tema tahun ni yang ditentukan bapak macam x dipersetujui oleh semua ahli keluarga. Tapi alhamdulillah tahun ni still ada kemampuan & kederat lagi nak bli baju raya.

Aku tengok almari , da bersusun baju raya aku tahun lepas2 punya. Aku punya wonder kalau aku hidup zaman Rasulullah saw ni mesti aku akan malu dengan baginda.

Macam ada niat juga nak infaq baju-baju lama ni tapi entahla. Hati aku macam x kuat lagi nak lepaskan benda-benda lama yang still cantik di mata aku. Dalam erti kata lain ..duniawi..Pergh...pedas...

Semalam gi solat terawih kat masjid bandar baru. Baru merasa sekali untuk tahun ni terawih kat masjid. Astaghfirullah...dah ramadhan keberapa ni baru solat masjid.

Allah selamatkan aku. Selamatkan aku dari terus lalai.

Wednesday, June 7, 2017

Ramadhan 12

Ramadhan ke 12 dah berlalu. Aku masih tertanya-tanya beginikah aku melayan kekasih yang sebelum ini aku kata aku rindukan. Terasa baru semalam aku menyambut raya dengan kuih raya berbalang yang tak habis. Aku takut tahun ini ramadhanku berlalu lagi seperti tahun lepas. Sedar2 sudah raya.

Wahai Ramadhan , aku sudah berada di sini menemuimu.

Semoga kali ini aku benar2 memaknakan pertemuan kita.

-salam azam-

Sunday, June 4, 2017

Ramadhan 10 : Hari pertama Hexam!

Tadi paper TITAS. Entah apa la aku merepek tadi. Tapi aku tengok semua orang relax dan buat peace je. Aku harap peace untuk aku jugakla. Haha...tetiba rindu nak keje. Rase pelik la duduk lepak kat umah macam nih baring2.

Semoga Allah sibukkan aku dalam membuat kebaikan. Aminn.

Friday, June 2, 2017

Ramadhan 8 : Mari belajar redha

Harini sudah hari keempat kat hospital. Hari ke 6 tinggal puasa. Masih kecewa x dapat discharge sebab diorang cakap radang hati aku belum trun lagi.
Aku tanya nurse yang round cek BP  aku tu tentang aku punya blood count. Sambil sumbat termometer kat bawah lidah aku dia suruh tanya doktor. Tapi doktor cakap result darah pagi tadi blom kuar lagi.

Aku jadi sedih macam ni. Apa yang aku buat kat sini sebenarnya? Jujur aku rasa aku ni da terlebih sihat untuk baring2 tak puasa kat hospital ni.

Kalau la arini dapat kuar hospital, benda yang first aku nk buat adela potong rambut aku. Balik s.alam , ikat bedana kat kepala dan studi. Stadi macam orang x ingat dunia.
Exam isnin pagi ...uwaaa...

Aku memang x da masa nk bazir kat sini. Sob..sob..

Aku betol2 rasa teruji ramadhan tahun ni. Ya Allah aku sedang belajar untuk redha maka aku mohon kekuatan dariMu untuk bersangka yang baik2 sahaja kepada Mu ya Allah.

Pasti ada hikmahnya kau berikan aku sakit di waktu yang betul2 aku taknak sakit.

Mesti ada hikmahnya Kau berikan aku career mark B di saat aku betul2 perlukan A .

Mohon ya Allah, Sabarkan aku ya Allah. Permudahkanlah urusan aku. AMIN...

Thursday, May 11, 2017

5 Applikasi Android yang berguna untuk Pelajar.


1. Jorte
Anda suka organizer? Jorte adalah aplikasi yang berbentuk organizer yang boleh juga dijadikan diari dan list-to-do anda. Kalendar nya boleh disetkan mengikut zon tempat dan masa akan membantu pelajar mengetahui hari-hari cuti umum dan perayaan di Malaysia. Dilengkapi dengan pelbagai emoji menarik, anda pasti akan tertarik!


2. Pocket
Sangat suka membaca online tapi sukar untuk mendapatkan internet sepanjang masa? Haa!! ini la penyelesaiannya. Simpan semua page yang anda ingin baca dalam Pocket supaya anda dapat membaca page yang sama dimana-mana anda sahaja anda berada tanpa memerlukan akses internet.




3. Evernote.
Inginkan nota anda dicatat dengan lebih bergaya dan interaktif? Mari download Evernote ni. Kini anda boleh menconteng nota anda dengan mudah dan melabelnya tanpa perlu melukis kembali gambar. Sumber nota dan gambar boleh diambil secara terus dari internet.




4. Cam Scanner
Jadi student memang kena slalu tangkap gambar. Tapi masalah besar jika gambar ditangkap kurang jelas dan terang. Maklumla kamera x canggih macam i -pong. Takpa (sambil tunjuk 5 jari) da boleh setel da dengan apps ni.

5. Money Wise
Poket kosong ? takda duit atau budget asyik lari?  Mahu keep track dengan budget harian anda? Boleh da ni. Money wise akan tolong anda buat graf dan carta pai lagi supaya anda tahu perbelanjaan anda.


5 Tips “ Saya mahu ikhlas! Yeah! ”

sekadar hiasan


1. Selalu memperbaharui niat


2. Banyakkan berdoa agar dapat ikhlas


3. Selalu berdzikir pagi & petang dengan doa
“ Ya Allah, kami berlindung pada-Mu  dari menyekutukan-Mu dengan sesuatu yang kami ketahui dan kami memohon ampun dari (menyekutukan-Mu) dari sesuatu yang tidak kami ketahui “


4. Adakanlah sesuatu kebaikan atau ketaatan yang tersembunyi. (Sesuatu perbuatan baik yang hanya kita dan Allah sahaja yang tahu)



5. Selalulah menjadi contoh teladan yang baik. Susah tapi sila cuba. Jangan sembunyikan ketaatan yang bisa memberikan petunjuk kepada manusia. Contoh: akhlak yang baik seperti bercakap benar.

#sumber:AmruKhalid
#HatiSebeningMataAir

Wednesday, March 29, 2017

Ikhwah Perfect 10 (Part Akhir)

Bismillahirrahmanirrahim..
Epilogue 

gambar sekadar hiasan. 

"Sah!!"

Pak cik Luqman tersenyum mengiakan lafaz nikah itu. Aku memanjat syukur didalam hati. Sempurna sudah sebahagian daripada agamaku. Setelah pelbagai onak duri akhirnya Humairah selamat kunikahi. Berlalu sudah segala kenangan pahit manis sepanjang melalui tempoh perkenalan ini. Aku tidak mahu bercerita lanjut bagaimana kisah cinta kami , cara aku melamarnya dan sebagainya. Tak perlu kau orang bayangkan juga kerana ia langsung tidak seperti naskah-naskah drama cinta yang kau orang tonton.  Usahaku selepas itu adalah lebih kepada berdoa dan memperbaiki diri sendiri.  Akhirnya, di jalan dakwah kami  bernikah. Sukar digambarkan betapa tenang hatiku saat lafaz sakinah itu dilafazkan. Aku memandang ke belakang. Kelihatan sang permaisuri hati tunduk. Seraya mendekati. Mata kami bertembung namun...aku tertawa...

" Muka nak nanges dia tuh.."  aku tergelak didalam hati.Kala itu aku bagaikan terlihat imbasan dirinya tujuh tahun yang lalu. Cuma kali ini muka nangisnya ditambah dengan sedikit celak mata yang sudah comot. Itulah ekspresi yang aku rindui. Air mata Humairah yang jatuh aku seka . Seraya tanganku dicapainya sambil menahan tangis.

"Selamat kembali Humairah..!!"bisikku sambil tersenyum nakal menyambut salam isteriku itu. Dalam tangisnya dia tertawa bahagia.

*****
            Humairah bangun untuk menambah rakaat solat syukurnya. Malam itu seperti biasa dia bangun melunaskan rindu kepada Robb-nya. Dalam keheningan malam dia memilih tikar sejadah dari tidurnya. Namun tiba-tiba tangannya ditarik. Humairah menoleh kepada pemilik tangan itu. Batal sudah air wuduknya.

" Solat apa ??" tanyaku lembut. Dia tersenyum memandang aku.

"Syukur.."jawabnya pendek.

Aku membuka telekungnya.  Perlahan isteriku itu kutarik ke katil.

" Awak tak sedar dah berapa hari kita kahwin?"lembut aku bertanya. Dia terdiam. Berfikir sebentar. Jarinya digerakkan untuk mengira.

" 4 minggu.." dia mendongak. Matanya yang bening ku jatuh ke mataku. 

"..sebulan lebih, sayang.." aku membetulkannya.

" ...dan sehingga sekarang kita belum pernah menikmati malam pertama.." sambil tersenyum aku mengingatkan.

  Gadis itu menepuk kepala.

" Maaf.." wajahnya tunduk.

Sejujurnya aku sendiri baru teringat.  Sudah beberapa malam ini kami menghabiskan malam-malam kami dengan mensyukuri nikmat Allah yang amat banyak diatas tikar sejadah. Begitu terharu dengan nikmat penyatuan ini sehingga kami tidak sedar betapa cepat masa berlalu.

Dia melipat sejadahnya lalu duduk di sebelah ku. Malam itu kami habiskan lagi dengan bertasbih memuji kebesaran Allah lagi dengan cara yang berbeza.

Aminnn...
   
 TAMAT

Ikhwah Perfect 10 (Part 7)

Bismillahirrahmanirrahim..

Part VII : Mengislah Cinta.

gambar sekadar hiasan.



                Aku memaklumkan pada abang Mikail malam itu bahawa aku ingin membatalkan pertunanganku dengan ukhti Yusra. Terlebih dulu aku mengirim surat kepadanya mengatakan aku memohon maaf kerana jika keputusanku itu menyakiti hatinya. Aku menemui kembali keluargaku dan keluargnya menyatakan rasa hatiku.

            Keluarga Yusra agak marah pada mulanya namun akhirnya menerima keputusanku dengan reda. Untung keluargaku memahami. Mereka tidak bertanya apa-apa.

            Abang Mikail bertanya tentang Humairah. Apakah aku mahu melamarnya. Aku terdiam sekejap. Jujur apa yang terjadi mengajar aku banyak perkara. Aku belajar untuk lebih ikhlas dan memperbetulkan niat sebelum membuat keputusan. Aku tidak mahu terburu-buru lagi berkahwin dan meminta tempoh untuk beristikharah kepada Allah. Abang Mikail memahami. Dia tidak lagi mahu bertanya atau mencadangkan aku mana-mana akhwat lagi.

            Beberapa hari itu aku cuba bermuhasabah diri. Hati ku tak berhenti-henti berdoa kepada Allah supaya memberi petunjuk kepada ku tentang perasaan ku ini. Andai dia bukan jodohku dan rasa ini hanya nafsu semata aku minta supaya Allah menjauhkan aku daripadanya, dan jika sebaliknya aku mohon agar Allah mempermudahkan aku dengannya kelak.

            Sepucuk surat sampai ke tanganku daripada ukhti Yusra. Surat itu ku buka dan baca.

Assalamualaikum saudara Aqeel Izz Haikal yang terhormat,

Surat saudara sudahpun saya terima dan baca semalam dan jujur hati saya sungguh terluka menerima penolakan saudara. Namun saya tidak terkejut kerana dari awal saya dapat merasakan pandangan saudara yang amat berbeza kepada Humairah semasa kita bertemu haritu. Saudara mencintainya bukan?

Humairah itu sahabat saya dan dia mendapat tarbiyyah bersama dengan saya di kampus  yang sama . Namun saya amat menyayanginya. Selaku sahabatnya saya ingin mencontohi sahabat Rasulullah yang menyerahkan mas kahwinnya sebaik sahaja mengetahui wanita idamannya mencintai sahabatnya. 

Humairah yang saya kenali itu seorang yang amat bersungguh-sungguh dan terang hatinya. Kami mengambil jurusan berlainan namun kerapkali bertemu di makmal. Kala itu saya berasa amat aneh bila melihat betapa susahnya dia memahami apa yang diajarkan oleh pensyarah kami. Mengapa dia perlu bersusah payah mempelajari sesuatu yang tidak diminatinya di sebuah kolej swasta?

 Ketika ditanya dia bercerita bahawa tujuan dia mengambil kos biomedik adalah kerana dia ingin menyaingi seorang lelaki yang dicintainya pada zaman sekolah yang pada masa itu sedang menyambung jurusan doktor. Bersungguh benar dia, walaupun tidak terlalu pandai , dia cukup berusaha sehinggalah dia berjaya menghabiskan pengajiannya dengan lulus cemerlang.

Sampai di situ saya amat kagum dengannya. Namun nasib tidak menyebelahinya. Harapan cintanya musnah apabila sijil kelulusan bagi jurusan itu gagal mendapat pengiktirafan MQA. Biasalah institusi swasta hanya mementingkan keuntungaan. Saya cuma bernasib baik kerana kos yang saya ambil itu sememangnya mendapat pengiktirafan.

Ketika dia dirudung kesedihan itulah dia menemui usrah dan menerima tarbiyyah. Dia mengajak saya menyertainya dan itulah sesuatu saya tidak dapat lupakan sehingga sekarang. Dia mengganti cintanya yang tidak kesampaian dengan cintanya kepada Allah dan Rasulullah s.a.w. Kemuncaknya dia menyatakan kepada saya bahawa dia ingin mewakafkannya dirinya ke jalan dakwah.

Namun seperti yang saudara tahu menjadi mukmin itu tidak mudah. Saya menyaksikan dengan mata dan kepala saya sendiri betapa hebatnya ujian yang dia alami setelah mengumumkan ikrarnya untuk berwakaf di jalan dakwah. Dia diuji dengan kehilangan ahli keluarga, sakit ibunya, masalah kewangan hinggalah ketika saya menceritakan bahawa saya akan bertunang dengan anda..

Jujur saya tidak pernah dapat meneka saudaralah lelaki yang hadir lewat impiannya dulu sehinggalah selepas itu dia memberi tahu bahawa saudara bekas rakan sekelasnya. Dia tidak pernah bercerita lagi selepas itu sehinggalah saya mendapat tahu tentang saudara melalui rakan sekelasnya yang lain.

Saudara,
Humairah itu baik dan ikhlas orangnya. Maka saya mohon percepatkanlah urusan sekiranya saudara mahu menikahinya. Tidakkah saudara nampak betapa dia cuba menjaga ikrarnya?
-Dewi Yusra-

Aku melipat surat Dewi Yusra itu dengan hati yang bercampur baur. Satu persatu kenangan kami dari zaman sekolah kini bermain di kotak fikiranku. Bagaikan semalam hari-hari itu baru berlalu.

            Pandanganku terarah kearah kotak hitam yang aku letak diatas almari baju. Kotak hitam itu aku tidak ingat isinya namun aku bawa juga setiap kali aku berpindah rumah kerana merasakan ada barang penting di dalamnya. Kotak itu ku bawa turun.

            Isinya cuma barang-barang lama seperti cermin mata patah dan keychain yang putus. Terdapat juga beberapa resit lama yuran pengajianku Namun kemudian ekor mataku menangkap sesuatu. Sekeping ketas yang berkemut ku buka dan ku baca.

" Meeting you was a fate, following you there was a choice, but loving you is beyond my control..sorry...and thank you."

Di antara kertas-kertas itu juga aku temui sepucuk sampul surat usang yang sudah pudar warnanya. Sampul surat itu ku buka dan ku baca isinya.

            Ia surat cinta yang dikirim Humairah semasa form 3 dulu. Ya Allah ya Tuhanku, mengapa aku menyimpan semua ini sehingga hari ini?.

Cinta. Rupanya perasaan itu pernah hadir dulu tapi aku nafikan. Akhirnya aku dapat jawapan mengapa hatiku tidak pernah terbuka pada gadis lain.